Tok Guru Kesayangan Ummah

Sabtu, 22 Ogos 2009

Selamat Berpuasa...

Hari ini merupakan hari pertama umat islam di Malaysia menunaikan ibadah puasa. Masa bersahur tadi ana kejutkan anak sulong dan no 2 untuk bersahur. Mereka berdua bersemangat untuk menunaikan ibadah puasa. Semangat mereka ini membuatkan ana bangga mempunyai anak-anak yang sedemikian, tapi semngat mereka hanya bertahan sehingga pukul 8.35 pagi ini sahaja. heheh....

Kepada semua umat islam seluruh dunai SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA. Semoga kita semua dapat mempertingkatkan ibadah kita pada bulan yang diberkati ini berbanding dengan bulan-bulan yang lain.

Rebutlah tawaran yang diberikan oleh ALLAH di Bulan ini!!!!!!!

Para pejuang di Permatang Pasir, Selamat Bertugas...Semoga kalian dapat mempastikan Kemenangan ISLAM di sana,
Semangat Kemenangan Badar Al-Kubra menjadi inspirasi pejuang-pejuang di Permatang Pasir.

Salam Ramadhan

1 Ramadhan 1430, - Sempena kehadiran bulan yang berkat ini, lahirlah blog ambo ini, semoga blog ini dapat memberi atau menyampaikan mesej yang amat berguna kepada para pengunjung.