Tok Guru Kesayangan Ummah

Jumaat, 19 Mac 2010

Kerajaan dicabar respon fatwa Yusuf Qardhawi

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Balik Pulau Yusmadi Yusuff mencabar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharom membuat pendirian mengenai fatwa tokoh ulama Islam, Yusof Al Qardhawi.

Menurutnya, fatwa penerima tokoh Maal Hijrah Malaysia tahun lalu yang merujuk kepada kes qazaf Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim itu yang disifatkan sebagai tuduhan fitnah yang tidak berasas.

“Yusuf berpesan kepada kami untuk menyebarkan fatwa beliau kepada rakyat Malaysia dan kami telah menghantar rakaman video fatwa tersebut kepada Pejabat Perdana Menteri.

“Namun, sehingga kini tiada jawapan dari Perdana Menteri mahu pun menteri agama mengenai fatwa tersebut, saya mahu mencabar mereka untuk menyatakan pendirian mereka dalam isu ini,” katanya dalam sidang media di lobi Parlimen, semalam.

Beliau turut mencabar kerajaan untuk menarik balik anugerah tokoh Maal Hijrah yang telah diberikan kepada Yusuf Al Qardhawi kerana mencampuri urusan dalam negara.

“Saya cabar kalau kerajaan tegas, adakah kerajaan akan menarik balik anugerah tersebut,” katanya.

:Sebelum ini, Angkatan Muda Keadilan (AMK) telah menghantar video fatwa Yusof Al Qardhawi dan menyerahkan tiga cakera padat video (VCD) kepada Najib, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Jamil Khir.

Yusuf Al Qardhawi telah berfatwa bahawa sesiapa yang merencana sesuatu tuduhan fitnah yang tidak berasas dan sesiapa yang menyebarkannya boleh jatuh kategori orang munafik dan fasik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan