Tok Guru Kesayangan Ummah

Khamis, 29 Oktober 2009

Biduk berlalu, kiambang bertaut


Kenyataan akhbar oleh TGHA Presiden PAS selepas Mesyuarat Khas malam tadi.

Ketetapan yang diambil oleh Mesyuarat Khas Jawatankuasa Pusat serta turut hadir Pesuruhjaya PAS Negeri dan juga Mursyidul Am Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat malam tadi ialah :



  • Mengadakan satu Seminar Khas menggantikan Muktamar Khas sepertimana dicadangkan oleh Mursyidul Am bagi membincangkan halatuju parti yang bakal disertai oleh lebih 1000 perwakilan dari seluruh negara, pada 7 November 2009 ini, bertempat di Dewan Dato' Fadzil Noor, Markas Tarbiyah PAS Pusat, Taman Melewar, Kuala Lumpur.

  • Lembaga Disiplin PAS yang dipimpin oleh Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man akan menyiasat semua dakwaan terhadap PAS Selangor.

  • Lembaga Disiplin PAS juga akan mencadangkan tindakan disiplin kepada mana-mana pihak yang didapati bersalah melanggar disiplin parti.

  • Isu Kerajaan Perpaduan ditutup sepenuhnya dan tidak akan berbangkit lagi.

Selasa, 27 Oktober 2009

PAS takkan pecah....

Oleh Prof Abd Aziz Bari

Saya menyinggung politik dalam Pas kerana saya melihat parti ini penting dalam Pakatan Rakyat. Dan Pakatan pula penting dalam politik baru Malaysia. Seterusnya politik baru ini kritikal dalam membina sistem dua parti yang akan menentukan sama ada perlembagaan kita dapat diperkasakan atau terus dimanipulasi untuk kepentingan politik sebagaimana yang kita saksikan selama ini.

Sesiapa yang menafikan bahawa perlembagaan telah dikembirikan selama 52 tahun ini adalah jahil dan menipu dirinya sendiri. Selain tindakan UMNO, istana dan mahkamah dalam krisis politik di Perak apa yang dilakukan sejak merdeka juga sebenarnya telah menghambat perkembangan kemerdekaan. Jika ada yang tidak percaya silalah teliti laporan Suruhanjaya Reid dan draf yang mereka sediakan dan bandingkan dengan dokumen perlembagaan yang ada hari ini. Kaji juga keputusan-keputusan mahkamah sejak merdeka.

Memang Pakatan belum tentu tidak jadi macam Barisan Nasional. Tapi saya fikir kita perlu realistik dan beri mereka peluang. Jika mereka gagal kita akan letakkan kembali Barisan di tempatnya sekarang. Dalam sistem demokrasi yang kita amalkan ini sahaja cara yang kita boleh lakukan.

Ahad, 11 Oktober 2009

Mengenali Sheikh Daud b Abdullah Al-Pattani

Nama sebenar beliau ialah Daud b Abdullah bin Idris Al-Jawi Al-Pattani Al-Melayuwi atau lebih dikenali dengan gelaran Tok Sheikh Daud Fatani. Dilahirkan di Kampung Parit Marhum sekitar tahun 1183H/1769M.
Beliau mendapat pendidikan awal di kampung kelahirannya, ketika remaja beliau mula merantau mencari ilmu. Acheh merupakan antara tempat terawal beliau menuntut ilmu. Setelah berada di sana selama 2 tahun, belaiu sempat berguru dengan tokoh-tokoh ilmuan yang tersohor dengan keilmuan mereka. Setelah itu beliau kembali semula ke kampung halamannya. Pada Usia 18 tahun belaiu berangkat ke Mekah untuk mengerjakan ibadat haji.
Selama berada di Tanah Suci Mekah, sekitar 30 tahun beliau menuntut pelbagai ilmu di sana. Selepas itu beliau bepindah ke Madinah selama 5 tahun untuk mendalami pelbagai ilmu terutamanya ilmu agama. Setelah tamat pengaiannya beliau tidak terus kembali ke tanah airnya, tetapi membuat keputusan untuk menetap di Tanah Suci Mekah untuk menyebarkan ilmu agamanya kepada umat Islam. Masjidil Haram merupakan tempat beliau menyampaikan kuliah dan pengajarannya. Berkat usaha yang dijalankan oleh Tok Sheikh Daud, maka lahirlah murid-muridnya yang ternama, mahir dan arif dalam soal berkaitan keagamaan.
Taif merupakan tempat terakhir belaiu mencurahkan ilmunya, di sana belaiu membeli sebidang tanah dan mendirikan sebuah rumah. Selain mengajar beliau juga sempat menghasilkan beberapa karya ilmiah yang diguna pakai sehingga hari ini. Setelah menghabiskan sisa usianya kerana berkhidmat kerana Allah, akhirnya beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir di kediamannya di Taif, pada hari Khamis tanggal 22 Rejab 1263H ketika usianya menghampiri 80 tahun. Jenazahnya disemadikan berhampiran makam sahabat dan sepupu nabi s.a.w iaitu Saidina Abdullah b. Abbas r.a.

Antara Karya Beliau ialah:
1)kifayatul Mubtadi fi Ushuli I'tiqadil Mursydin
2)Risalatu Ta'alluqi bi Kalimatil Iman
3)Hidayatul Muta'allim wa 'Umdatul Mu'allim
4)Sullamul Mubtadi fi Ma'rifatil Muhtadi
5)Furu'ul Masail wa Wushulul Washail