Tok Guru Kesayangan Ummah

Rabu, 31 Mac 2010

Ulama Tiada Kuasa VS Ulama Ada Kuasa

Oleh MOHAMED HANIPA MAIDIN

Antara isu yang sering dimainkan media ke atas gerakan Islam seperti PAS adalah dakwaan kononnya Pas anti hiburan. Mesej yang cuba dibawa dari dakwaan tidak berasas ini - amat berbahaya untuk memberi kepada gerakan Islam seperti Pas . Memberi sokongan kepada Pas ertinya menyokong supaya industri hiburan ditutup. Tiada konsert, tiada filem, tiada nyanyian. Begitulah fitnah yang sering dimainkan oleh musuh gerakan Islam.

Tidak dinafikan jika yang dimaksudkan hiburan itu adalah satu bentuk keseronokan yang bebas sepenuhnya dari sebarang sekatan dan kawalan maka Pas mengaku bahawa ia memang menentang hiburan sebegitu

Jika yang dimaksudkan dengan hiburan misalnya adalah nyanyian atau lakonan yang melibatkan pergaulan bebas lelaki dan wanita yang tidak terkawal , pakaian yang menjolok mata, senikata dan skrip yang tidak membina keperibadian manusia sepertimana yang ditonjolkan oleh Hollywood atau Bolywood dan ditiru oleh industri hiburan tanahair maka hiburan yang seperti itu akan pasti ditentang oleh Pas meskipun seluruh alam membenci Pas.

Bagi Pas hasrat manusia untuk berhibur adalah satu fitrah manusia. Memandangkan ianya satu fitrah maka adalah mustahil untuk Pas melarang perkara tersebut. Sebaliknya hiburan itu patut disuburkan bagi membantu manusia lari dari masalah dan kerunsingan yang mereka hadapi. Bukankah itu matlamat hiburan ?

Selasa, 30 Mac 2010

7 tempat di Alam Roh.....

Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar
dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A: "Roh itu menuju ketujuh tempat:-


1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.

2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.

3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.

4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut
kehendak mereka.

5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di
bumi
dan tidak di langit sampai hari kiamat.

6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari
minyak
misik.

7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin,mereka
diseksa
berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat."


Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok manusia yang akan
dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari
kuburnya:-

1. Orang-orang yang mati syahid.

2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.

3. Orang berpuasa di hari Arafah.


Sekian untuk ingatan kita bersama.

Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang
yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.

Ahad, 28 Mac 2010

Hamas gesa pemimpin Arab selamatkan Baitulmaqdis

GAZA - Konflik Israel-Palestin meningkat di Tebing Barat dan Genting Gaza kelmarin menjelang sidang kemuncak Liga Arab di Libya.

Dua pejuang Palestin dan dua askar Israel terbunuh dalam pertempuran sengit dekat kawasan sempadan di tenggara Genting Gaza dan Israel.

Sayap bersenjata Hamas, Briged al-Qassam mengaku bertanggungjawab meletupkan bom tepi jalan dekat sempadan Israel dan bandar Khan Younis di tenggara Gaza.

Radio Al-Aqsa melaporkan kumpulan pejuang meletupkan bom yang dipasang di tepi jalan ketika askar Israel melakukan rondaan di kawasan sempadan.

Sementara itu, seorang pegawai Hamas menggesa pemimpin Arab meningkatkan usaha untuk menyelamatkan Baitulmaqdis daripada penempatan haram Yahudi.

"Kesungguhan pemimpin Arab diperlukan untuk menggerakkan usaha meningkatkan tekanan antarabangsa bagi menyelamatkan Baitulmaqdis dan menghentikan pencerobohan Yahudi," kata Ezzat al-Rushok.

"Pemimpin Arab mesti menekan Amerika Syarikat dan negara-negara Eropah menerusi kepentingan ekonomi negara-negara itu di dunia Arab dan Islam," katanya.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu enggan bertolak ansur mengenai Baitulmaqdis dengan mendakwa bandar suci itu adalah milik Israel yang tidak boleh dipisahkan.

Khamis, 25 Mac 2010

Pengguguran Tengku Faris tidak sah - Setiausaha MPN

Mohd Nor Yahya

KOTA BHARU, 25 Mac: Setiausaha Majlis Perajaan Negeri (MPN), Datuk Mohd Aiseri Alias berkata, pengisytiharan yang dibuat Datuk Wan Hashim Wan Daud yang melucut kedudukan Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhamad Faris Petra (gambar) adalah tidak sah.

“Saya merujuk kepada salinan perisytiharan yang dibuat oleh YB Mulia Tengku Seri Utama Raja, selaku pengerusi Majlis Perajaan Negeri dan Wan Hashim bertarikh 24 Mac yang menamatkan pelantikan Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Pemangku Raja adalah sama sekali tidak mewakli keputusan Majlis Perajaan Negeri,” katanya kepada media di sini petang ini.

Kata beliau Perkara 11 (1) Undang-undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan memperuntukkan mana-mana keputusan Majlis Perajaan Negeri tidak akan menjadi sah dan terbatal melainkan sekurang-kurangnya dua pertiga daripada ahli-ahli yang hadir dan mengundi bersetuju dengan keputusan itu.

Oleh itu katanya, Pengerusi Majlis Perajaan Negeri telah bertindak secara bersendirian tanpa memanggil anggota-anggota Majlis Perajaan Negeri bersidang.

“Ini jelas bahawa tindakan di atas adalah salah dan bertentangan dengan undang-undang tersebut dan ia tidak terpakai,” katanya ketika menunggu keberangkatan pulang Tengku Muhammad Faris Petra di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra petang ini.

Beza Menteri Islam Brunei dengan Menteri Islam Malaysia

BANDAR SERI BEGAWAN (Brunei): Menteri Hal Ehwal Agama Brunei, Zain Serudin menolak usul ahli Parlimen, Goh King Chin supaya zon khas jual beli arak diwujudkan untuk pelancong bukan Islam.

Zain menegaskan, andai ia diwujudkan, Brunei yang mengharamkan penjualan arak pasti dilaknat Tuhan.
“Yang paling kami takuti ialah laknat Allah. Laknatnya bukan pada mereka yang melakukannya sahaja tapi semua yang berada di negara ini.

“Pelancong yang ingin minum arak boleh minum di negara mereka, malah mereka boleh mandi arak.


“Hari ini mereka mahu zon arak, lepas ini mungkin zon pelacuran, kasino. Kami perlu tolak semuanya dan kekalkan kemakmuran,” tegasnya. - AP

Rabu, 24 Mac 2010

RABBANI-IRTIHAL(versi Arab pergi tak kembali)

Bukan tugas Speaker pujuk Adun letak jawatan

Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 24 Mac: "Kenapa ada double standard macam ni? Ini bukan tugas Speaker untuk pujuk-pujuk Adun yang hendak letak jawatan. Speaker kena terima dan maklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk adakan pilihan raya kecil. Kenapa Speaker tidak bertindak profesional?" kata Pengarah Strategik Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua.

Beliau menyatakan sebagai mengulas tindakan Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun) Perlis, Datuk Yazid Mat berhubung Adun Titi Tinggi dari Barisan Nasional, Yip Sun Onn yang menghantar surat peletakan jawatan.

Yip menghantar surat peletakan jawatannya kepada Yazid semalam.

Dalam suratnya itu, Yip berkata peletakannya itu adalah serta merta akibat tidak berpuas hati dengan pucuk pimpinan MCA pusat.

Bagaimanapun, Yazid dilaporkan sebagai berkata, kedudukan Yip masih belum diputuskan lagi dan masih dalam pertimbangan beliau.

Sehubungan itu, Tian Chua mempersoal sikap tidak profesional Yazid yang tidak mahu menerima surat peletakan jawatan dan mengisytiharkan kekosongan kerusi.

Ujarnya, sama ada Yip akan meletakkan jawatan atau tidak, beliau sudah hilang kredibiliti kerana menjadikan kerusi Dun sebagai senjata untuk kepentingan diri sendiri.

"Sama ada Adun Titi Tinggi akhirnya letak jawatan atau tidak, tapi saya anggap Yip sudah hilang kredibilti sebagai wakil rakyat kerana sanggup mempermainkan amanah rakyat sebagai Adun untuk kepentingan parti sendiri," ujarnya.

Namun beliau berkata, sekiranya berlakunya pilihan raya kecil akibat kekosongan kerusi itu, Pakatan Rakyat bersiap sedia untuk menghadapinya dan yakin mempunyai peluang yang cerah untuk menawan kembali Dun tersebut.

"Kita bersiap sedia dan kali ini kami yakin kalau bertanding kita ada peluang cerah untuk menang kerana jelas Adun BN tidak menghormati kerusi dan hanya anggap isu peletakan jawatan sebagai protes terhadap parti," katanya.

Beliau juga yakin dapat menawan undi kaum Cina di kawasan itu.

"Saya percaya kalau bertanding bukan sahaja boleh dapat sokongan majoriti rakyat tapi juga dapat sokongan kaum Cina," katanya.

Mengulas peletakan jawatan itu, Tian berkata Yip Sun Onn mempamerkan sikap wakil rakyat BN yang lebih mementingkan kuasa dalam parti berbanding menunaikan amanah rakyat.

Beliau berkata, perkara itu jelas terbukti apabila Yip sanggup menjadikan kerusinya sebagai pertaruhan semata-mata untuk merebut kuasa dalam parti.

"Ini menujukkan bahawa sebenarnya wakil-wakil BN lebih mementingkan kuasa dalam parti sehingga boleh menggunakan kerusi dalam Dun sebagai pertaruhan untuk merebut kuasa dalam parti.

"Budaya ini sangat tidak sihat dan mencerminkan identiti BN yang kebanyakan wakil rakyatnya mementingkan kedudukan dalam parti lebih daripada amanah yang telah diserahkan kepada mereka," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen petang semalam.

Tian yang juga Ahli Parlimen Batu juga berkata, tindakan Yip yang merupakan Exco tunggal MCA dalam kerajaan negeri ini membuktikan krisis dalaman MCA yang sangat kritikal menjelang pemilihan parti itu pada hujung minggu ini.

"Saya nampak ini mungkin satu permainan untuk menarik perhatian dan peletakan jawatan ini mencerminkan kekecohan di dalam MCA dan kemelut perampasan kuasa dalam MCA.

"Krisis dalaman MCA sangat teruk sehingga sanggup menggunakan kerusi sebagai satu ancaman kepada parti untuk melanjutkan agenda perebutan kuasa dalam parti dan menjelang pemilihan MCA hujung minggu ini kita nampak ia makin kritikal," katanya.

Yip memegang portfolio perumahan dan kerajaan tempatan dan satu-satunya Exco yang digugurkan pada 19 Mac lalu.

Tempatnya digantikan oleh Adun Indera Kayangan, Dr Por Choo Cho, yang juga Setiausaha MCA Perlis.

Pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 Mac 2008 lepas, Yip mendapat 3,399 undi, calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Keria Senawi (846) dan Mohammad Radzi Mustaffa (Bebas) pula 1,585 undi.

Berdasarkan daftar pemilih PRU ke-12, terdapat seramai 7,830 pengundi di Dun Titi Tinggi yang melibatkan 73.52 peratus Melayu, Cina (23.2), India (2.8) dan lain-lain kaum (0.59).

Selasa, 23 Mac 2010

Hentikan khidmat firma Israel

KUALA LUMPUR - Kerajaan Pusat dicabar untuk membatalkan pelantikan syarikat Apco Worldwide dalam urusan komunikasi negara, kerana bertentangan dengan dasar luar negara.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyenaraikan segala urusan kerjasama di antara kerajaan dengan Apco termasuk jumlah bayaran yang diberikan kepada syarikat tersebut.

“Saya minta kerajaan perjelaskan siapa Apco, berapa dia dibayar, apa peranan dalam negara ini dalam bidang komunikasi, kesihatan, pendidikan, maklumat dan kesemuanya.

“Sama ada ini berkaitan dengan keselamatan negara ataupun tidak, ia mempunyai hubungan dengan jawapan saya nanti (yang mengaitkan kerajaan dengan sebuah firma penasihat Israel)," katanya pada sidang media di lobi Parlimen, semalam.

1Malaysia Najib lompang, tiada pengisian – Presiden PAS

Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 23 Mac: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (gambar) menyifatkan slogan 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai lompang dan tiada pengisian yang jelas.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang sewaktu membahaskan usul menjunjung kasih Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat petang semalam berkata, 1Malaysia belum bebas daripada masalah moral di kalangan pemimpin Umno/BN.

"Bukan saya marah 1Malaysia, tapi jangan tulis 1Malaysia besar-besar tapi pengisian tidak tepat. Di negeri saya (Terengganu) contohnya, banyak sekolah didirikan di pedalaman tapi tiada pelajar. Ada kelas yang langsung tidak ada pelajar disebabkan kroni-kroni Umno/BN berebut untuk mendapatkan projek sehingga berlakunya lebihan sekolah.

"Tetapi ada pula di kawasan yang padat penduduk tapi sekolah tidak mencukupi. Bilik darjahnya tak cukup, makmal komputer runtuh kerana masih ada salah urus, rasuah yang perlu disiasat," katanya.

Beliau juga berkata, kerajaan terdahulu bertanggungjawab terhadap salah guna kuasa dan penyelewengan yang berleluasa hari ini kerana ianya diwarisi oleh mereka.

"Perkara ini berlaku dalam era pemerintahan yang lalu. Jadi kerajaan hari ini harus berani menyatakan kesalahan pemimpin yang lalu," katanya.

Beliau menambah, slogan 1Malaysia akan juga menjadi seperti slogan yang terdahuliu jika kerajaan hanya memikirkan slogan pada zahirnya, tanpa berusaha meningkatkan mutunya.

"Media yang hanya mengiklankan 1Malaysia, sehingga salam pun 1Malaysia, bukan mengisi modal insan akan menyebabkan slogan 1Malaysia menerima nasib yang sama dengan slogan yang terdahulu," katanya.

Ustaz Abdul Hadi turut menyentuh mengenai media yang semakin tidak bermutu kerana lambakan rancangan hiburan yang melampau, mendahului fungsinya sebagai penyebar ilmu dan maklumat kepada rakyat.

"Media ialah alat mengilmukan rakyat tapi sekarang ini media dipenuhi oleh hiburan yang melampau. Media bukan lagi menjadi alat untuk kita mendapatkan ilmu yang berfaedah sebaliknya hanya menjadi penting ketika adanya pilihan raya kerana media digunakan Umno/BN untuk memenangkan mereka.

“Rakyat sedang diperbodohkan kerajaan melalui media dengan menyiarkan iklan-iklan yang melampau menjadikan rakyat lebih berkhayal di alam impian daripada berilmu dan beramal di alam nyata," katanya.

Menyentuh mengenai sistem kehakiman pula, Beliau berkata, sehingga kini sistem itu di Malaysia belum mendapat kepercayaan yang sepenuhnya daripada rakyat.

"Betapa besarnya bidang kehakiman, sehingga Islam meletakkannya dalam perkara fardu kifayah dan menjadi perkara fardu ain pula kepada pengamalnya. Oleh sebab itu, Islam meletakkan sistem ini terpisah dengan sistem lain," katanya

Ahad, 21 Mac 2010

Apa guna 1Malaysia sedangkan BN menuju kehancuran

Mohd Sabri Said

KEPALA BATAS, 21 Mac: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mempersoalkan apa gunanya slogan 1Malaysia yang diperkenalkan kerajaan sedangkan parti komponen dalam Barisan Nasional (BN) sedang menuju kehancuran.

Menurutnya lagi, MCA yang akan memilih kepimpinan baru pada 28 Mac ini hampir terbenam ekoran sikap kepimpinannya sendiri yang rakus serta ego.

"Kalau mahu membina Malaysia ke arah yang lebih cemerlang, kita harus ada kekuatan dalaman terutama parti yang menjadi teras BN. MCA, Gerakan, MIC dan Umno telah hilang kewibawaan selepas Pilihan Raya Umum ke-12 lalu kerana rakyat tidak lagi menaruh harapan terhadap parti itu," tegasnya ketika perjumpaan dengan masyarakat Cina di Dewan Terbuka Hock Teik, Jalan Satu di sini, petang semalam.

Baginya, BN umpama sebuah kapal yang hampir karam di lautan yang bergelora.

“Bila karam semuanya rosak termasuk enjin serta anak kapal," jelasnya dalam program anjuran Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pulau Pinang dengan kerjasama DAP Kepala Batas.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri resah dengan perkembangan politik kerabat BN terutamanya MCA yang dilihat makin kurang sokongan.
Sampai kini, MCA gagal mencari kepimpinan yang boleh menyelamatkan maruah parti tertua Cina itu.

"Rakyat terdiri daripada masyarakat Cina usah lagi bergantung harap pada MCA sebaliknya kena berani membuat perubahan dan memberikan sokongan padu pada Pakatan Rakyat yang memerintah empat buah negeri," kata beliau.

Sementara itu, wakil masyarakat Cina Kepala Batas, Lai Hock Peng berharap iklim politik sekarang masih menyebelahi Pakatan Rakyat, tambahan lagi Parlimen Kepala Batas ditandingi orang baru, bukan lagi Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Katanya, pasti PAS yang bertanding berpeluang kali ini kerana lazimnya orang baru sebagai calon BN akan menghadapi masalah perebutan.

"Saya yakin bila PAS bertanding kelak pada pilihanraya umum ke-13 nanti, Pakatan Rakyat akan menang kerana dulu ia hanya bergantung pada nama Tun Abdullah yang terkenal dengan cucu tok guru," jelasnya.

Sabtu, 20 Mac 2010

Saya sedia jadi orang tengah untuk selesaikan isu royalti minyak : Ku Li

KUALA TERENGGANU - Anggota Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah hari ini menawarkan diri kepada pihak berkenaan untuk menjadi orang tengah dalam menyelesaikan isu tuntutan royalti minyak khususnya oleh Kelantan.

Menurutnya, sebagai pihak yang turut bertanggungjawab merangka Akta Kemajuan Petroleum 1974 itu, beliau lebih arif mengenai hak negeri dalam menuntut royalti minyak.

Isu ini sepatutnya telah selesai jika Petronas membayar lima peratus daripada hasil minyak kepada kerajaan negeri seperti yang termaktub dalam akta itu, katanya pada majlis Dialog Perdana Isu Royalti Minyak dan Solat Hajat anjuran dua buah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang memperjuangkan isu itu, di sini.

"Saya bukan nak kritik Kerajaan Pusat, cuma saya nak jelaskan apa yang terdapat dalam undang-undang yang dikuatkuasakan sehingga hari ini", kata bekas Pengerusi Petronas itu.

Bekas Menteri Kewangan itu juga berkata Kerajaan Pusat tidak boleh terlalu bergantung kepada pendapatan hasil minyak oleh Petronas memandangkan sumber itu akan kehabisan pada satu hari nanti.

"Kerajaan mesti pelbagaikan ekonomi, tak boleh lagi bergantung kepada pendapatan minyak semata yang suatu hari nanti akan habis. Maknanya nanti kita kena import minyak dari luar yang lebih mahal. Tak patut kita terlampau bergantung kepada hasil minyak," katanya.

Bercakap kepada pemberita kemudian, Tengku Razaleigh berkata beliau masih menimbang pelawaan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk melantiknya sebagai pengerusi kaukus mengenai royalti minyak Kelantan.-Bernama

Jumaat, 19 Mac 2010

Tengku Razaleigh kecewa jasanya tidak dikenang

Bekas Pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah berkata beliau kecewa kerana jasanya menubuhkan agensi itu tidak dikenang bahkan “dimarahi” disebabkan pendiriannya menyokong kerajaan PAS Kelantan menuntut isu royalti minyak.

Anggota Parlimen Gua Musang itu berkata beliau menyokong tuntutan itu kerana menganggap pemberian wang ihsan (bukan royalti) oleh kerajaan pusat satu tindakan yang tidak tepat seolah-olah mengambarkan sebagai “peminta sedekah”.

“Mengikut undang-undang yang saya rangka dan masih dipakai sehingga sekarang Kelantan patut mendapat royalti minyak,” katanya ketika berucap pada majlis sambutan Maulidur Rasul di Sekolah Agama Saniah di sini, hari ini.

Tengku Razaleigh (gambar) berkata beliau menubuhkan Petronas kira-kira 37 tahun lalu atas arahan bekas Perdana Menteri kedua Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein yang ketika itu negeri-negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang tidak mempunyai telaga minyak.

Katanya Razak mahukan beliau merangka satu draf undang-undang supaya negeri-negeri itu akan mendapat royalti minyak sebanyak lima peratus sekiranya telaga minyak dijumpai berhampiran dengan sesebuah negeri itu tanpa menyebut jarak dari pantai.

Menurutnya hasil penubuhan itu Petronas menyumbangkan RM75 bilion setahun kepada kerajaan pusat iaitu 42 peratus daripada pendapatan punca hasil negara. — Bernama

PM must clarify link between 1Malaysia and 1Israel

Wong Choon Mei

KUALA LUMPUR, March 19: Pakatan Rakyat leaders have poured scorn on a bid by Umno lawmakers to suspend Opposition Leader Anwar Ibrahim over a statement linking Prime Minister Najib Razak’s prized 1Malaysia slogan with Ehud Barak’s 1Israel electoral alliance.

They said no matter how much his minders tried to cover up, Najib needed to explain why he as a leader of a predominantly Muslim nation had chosen a platform that mimicked the one created by the Zionist politician a decade ago.

“It is clear that Umno-BN has embarked on an all-out war to stop Anwar including this latest attempt to keep him out of Parliament ,” PAS vice president Tuan Ibrahim Tuan Man told Harakahdaily.

“But no matter what they do, they cannot hide the fact that 1Malaysia is a failed project. The parties in Umno-BN are hardly united and even right now are fighting within themselves. How can they unite to form an effective 'one' government?”

Muslims want to know why

Earlier this week, Anwar told Parliament that Apco Worldwide - an international communications consultancy engaged by Najib - had played a similar advisory role in conceptualizing Ehud’s 1Israel.

The israeli leader is a former premier and the current Defence Minister of his country. He had put together an electoral coalition called One Israel in the run-up to the 1999 Knesset elections.

Both the 1Malaysia and 1Israel platforms have underlying similarities in that they aim to unite various groups through the use of centrist rather than elitist or rightist policies.

“Najib’s advisers are now very worried that this will spread and his 1Malaysia will be linked to 1Israel. And this is a big no-no because Najib himself is a Muslim leader,” PKR MP for Batu Tian Chua told Harakahdaily.

“It is difficult for him to explain why he chose to hire a firm with alleged Zionist links. Apco may deny involvement but Najib still has to convince Malaysian Muslims why he picked 1Malaysia when it is so familiar with 1Israel. Surely, there were more sensible choices.”

Protecting Najib

Indeed, Apco has since issued a written denial that it was involved in developing either the Malaysian or Israeli platforms.

That paved the way for Minister in the Prime Minister’s Department Nazri Aziz to immediately threaten referring Anwar to the parliamentary Rights and Privileges Committee.

However, Nazri later also said he would put the matter up for the Cabinet to decide before proceeding with the complaint to the House.

“This is a serious allegation. We will have to decide whether action should be taken against Anwar for making a false statement in the House,” Nazri told reporters.

“The accusation was made against the leader of the House (Najib). So of course the accusation against the prime minister will involve the Executive. So, the committee has to decide.”

Bukan Islam perhati buruknya perangai pemimpin politik Melayu

Harakahdaily

KOTA BHARU, 19 Mac: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) berkata, masyarakat bukan Islam memerhatikan bagaimana buruknya perangai pemimpin politik Melayu.

Ini kerana pemimpin politik Melayu begitu buruk sekali perangai mereka apabila bertelagah sesama sendiri sehingga sanggup mendedahkan perkara yang tidak sepatutnya.

Kata beliau, sepatutnya apabila seseorang ahli parti yang tidak suka kepada pemimpinnya, dia menggunakan saluran parti untuk mengemukakan pandangan.

“Ia boleh diselesaikan di peringkat dalaman mengikut prosedur sebagai sebuah pertubuhan sama ada melalui mesyuarat agung atau program lain.

"Namun dengan mendedahkan keburukan bekas pemimpin kepada orang lain di khalayak umum, perbuatan itu jelas tidak berakhlak dan tidak bertamadun," katanya selepas menyampaikan kuliah mingguan di Medan Ilmu, di sini, hari ini.

Baru-baru ini, anggota Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim mendedahkan kepincangan membabitkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim di parlimen, setelah keluar dari parti terbabit.

Bekas Pengerusi PKR Pulau Pinang itu juga mendedahkan nama lapan anggota Parlimen yang disebut-sebut akan melompat parti bagi menjayakan rancangan pembangkang mengambil alih kerajaan pada 16 September 2008.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, rakyat sepatutnya mencontohi cara berpolitik pemimpin MCA apabila mereka menggunakan saluran parti bagi melantik atau menjatuhkan seseorang pemimpin.

Menurutnya, anggota parti mempunyai saluran tertentu untuk menjatuhkan mana-mana pemimpin yang mereka tidak suka.

7 Ribu Hadir Di TER Bersama YBM Tengku Razaleigh Hamzah

Oleh: mohdnoorawang

"Satu perkembangan terbaru yang cukup baik rakyat Terengganu hadir mendengar pandangan dan hujah serta berdailog bersama YBM Tengku Tan Sri Razaleigh Hamzah isu royalti minyak yang dirampas oleh kerajaan Persekutuan/UMNO/BN bermula era Tun Mahathir menjadi perdana menteri.

Hampir sepuluh tahun negeri Terengganu dinafikan wang royalti minyak yang sepatutnya dibayar secara tunai oleh Petronas.


Kira-kira tujuh ribu hadir mendengar dan berdailog bersama YBM Tengku Razaleigh Hamzah mantan pengerusi Pertonas dan MP Gua Musang (UMNO/BN). Ucapan dan penerangan YBM Tengku kepada peserta dailog cukup baik dan cukup jelas. Umum rakyat Terengganu dan rakyat Kelantan mengetahui bahawa kerajaan UMNO/BN telah menafikan dan merampas wang royalti untuk kedua-dua negeri tersebut telah melanggar perjanjian. Jelas kerajaan Persekutuan (UMNO/BN) mengkianati perjanjian dan menipu rakyat Terengganu dan rakyat kelantan mengenai isu sebenar wang royalti minyak dengan pelbagai alasan yang direka oleh UMNO/BN dibawah teraju Datuk Najib Razak.

Ayuh semua rakyat Terengganu dan rakyat Kelantan malah seluruh rakyat Malaysia bangun bangkit dalam pilihanraya umum yang ke 13 untuk menumbangkan pengkhainat, penipu dan pembohong kepada bangsa agama dan bahasa. Dan sekalung tahniah kepada YBM Tengku Tan Sri Razaleihg Hamzah hadir dan berdailog bersama rakyat Terengganu memberi penjelesan yang sebenar. Kepada pehak penganjur majlis dailog bersama YBM Tengku dan pehak pengurusan TER (Terengganu Equestrian Resort, Kuala Ibai ) sebagi venu untuk menjayakan satu majlis dailog yang terbesar pernah diadakan di negeri Terengganu.

Kerajaan dicabar respon fatwa Yusuf Qardhawi

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Balik Pulau Yusmadi Yusuff mencabar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharom membuat pendirian mengenai fatwa tokoh ulama Islam, Yusof Al Qardhawi.

Menurutnya, fatwa penerima tokoh Maal Hijrah Malaysia tahun lalu yang merujuk kepada kes qazaf Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim itu yang disifatkan sebagai tuduhan fitnah yang tidak berasas.

“Yusuf berpesan kepada kami untuk menyebarkan fatwa beliau kepada rakyat Malaysia dan kami telah menghantar rakaman video fatwa tersebut kepada Pejabat Perdana Menteri.

“Namun, sehingga kini tiada jawapan dari Perdana Menteri mahu pun menteri agama mengenai fatwa tersebut, saya mahu mencabar mereka untuk menyatakan pendirian mereka dalam isu ini,” katanya dalam sidang media di lobi Parlimen, semalam.

Beliau turut mencabar kerajaan untuk menarik balik anugerah tokoh Maal Hijrah yang telah diberikan kepada Yusuf Al Qardhawi kerana mencampuri urusan dalam negara.

“Saya cabar kalau kerajaan tegas, adakah kerajaan akan menarik balik anugerah tersebut,” katanya.

:Sebelum ini, Angkatan Muda Keadilan (AMK) telah menghantar video fatwa Yusof Al Qardhawi dan menyerahkan tiga cakera padat video (VCD) kepada Najib, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Jamil Khir.

Yusuf Al Qardhawi telah berfatwa bahawa sesiapa yang merencana sesuatu tuduhan fitnah yang tidak berasas dan sesiapa yang menyebarkannya boleh jatuh kategori orang munafik dan fasik.

Khamis, 18 Mac 2010

'Mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah"

RENUNGKAN BERSAMA...................................

Bila seronok, aku cari....pasanganku
Bila sedih, aku cari....Mak
Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
-Bila gagal, aku ceritakan pada....Mak
Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
-Bila berduka, aku peluk erat....Emakku
Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
-Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....Mak
Bila sambut valentine.. aku bagi hadiah pada pasanganku
-Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan"Selamat Hari Ibu"
Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. Mak ingat kat aku
Bila-bila.. . aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon Mak
Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk Emak

Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja...
bolehkah kau kirim wang untuk Mak?
Mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".

Berderai air mata jika kita mendengarnya. .......

Tapi kalau Mak sudah tiada....... ...
MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup. menggantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup..... membersihkan najis ibunya...... .
berapa ramai yang sanggup..... ..membuang ulat dan membersihkan luka
kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....

Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......

Rabu, 17 Mac 2010

Majlis Pelancaran Pasukan Seni Silat Dewan Pemuda Pas Kawasasn Besut


 Majlis di Pengerusikan oleh Ust Khairul Ikhwan,Ust Budak Besut
Ucapan alu aluan oleh Ketua Pemuda Pas Besut,Ust Zulkifli Kadir
 

Turut berucap,Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas Pusat,saudara Suhaizan Kayat

Ucapan Perasmian oleh Tim.Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat,Ust Azman Sapawi Abd Rani

Dari kiri,Ust Zulkifli Kadir,Saudara Suhaizan Kayat,Ust Azman Sapawi dan Exco DPPP Ust Ridhuan mohd Nor.
 Persembahan Silat Tari

Silat Tongkat















Tomoi



Pasukan Gendang yang di jemput khas

Ust Azman dan saudara Suhaizan sedang menonton prsembahan seni silat

Mendapat sambutan yang baik dari Pemuda seluruh Besut

Sebahagian dari hadirin sedang menonton Persembahan Seni Silat

BBQ turut di sediakan kepada para tetamu


BESUT 16 MAC-Dewan Pemuda Pas Kaw. Besut telah mengadakan Majlis Pelancaran Seni Silat  bertempat di Dewan Hj Salleh Alor Lintah. Majlis Pelancaran ini antara lain bertujuan memberi peluang kepada pemuda seluruh Besut mendalami seni mempertahankan diri pusaka bangsa ini.
Menurut Ketua Pemuda Pas Besut Ust Zulkifli Kadir,gelanggang silat akan di buka sekurang kurangnya satu gelanggang bagi setiap Dun dalam Kawasan Besut.
Sementara itu Tim. Ketua Pemuda Pas Pusat Ust Azman Sapawi dalam ucapan perasmiannya menyebut peri pentingnya orang muda mendalami seni mempertahankan diri sebagai salah satu cara beriadah.Bahkan kita akan mendapat pahala jika kita belajar demi untuk mempertahankan Islam.Menurutnya lagi,Nabi sendiri pernah mengajar para sahabat cara cara untuk memanah dan bermain pedang.Beliau turut memuji usaha yang di lakukan oleh DPPP Kaw. Besut dan berharap akan menjadi contoh bagi Pemuda Pas Kaw. lain.
Turut berucap Ketua Penerangan DPPP saudara Suhaizan Kayat.Majlis yang di Pengerusikan oleh Ust Khairul Ikhwan(Ust Budak Besut) turut menyediakan BBQ untuk para tetamu.

Allah hanya memanggil kita 3 kali saja seumur hidup..'

'Panggilan pertama adalah Azan',
'Itu adalah panggilan Allah yang pertama. Panggilan ini sangat jelas terdengar di telinga kita, sangat kuat terdengar. Ketika kita sholat, sesungguhnya kita menjawab panggilan Allah. Tetapi Allah masih fleksibel, Dia tidak 'cepat marah' akan sikap kita. Kadang kita terlambat, bahkan tidak sholat sama sekali karena malas.. Allah tidak marah seketika. Dia masih memberikan rahmatNya, masih memberikan kebahagiaan bagi umatNya, baik umatNya itu menjawab panggilan Azan-Nya atau tidak. Allah hanya akan membalas umatNya ketika hari Kiamat nanti'.

Panggilan yang kedua adalah panggilan Umrah/Haji.
Panggilan ini bersifat halus. Allah memanggil hamba-hambaNya dengan panggilan yang halus dan sifatnya 'bergiliran' . Hamba yang satu mendapatkan kesempatan yang berbeza dengan hamba yang lain. Jalannya bermacam-macam.. Yang tidak punya wang menjadi punya wang, yang tidak merancang pula akan pergi, ada yang memang merancang dan terkabul. Ketika kita mengambil niat Haji / Umrah, berpakaian Ihram dan melafazkan 'Labaik Allahuma Labaik/ Umrotan', sesungguhnya kita saat itu menjawab panggilan Allah yang kedua. Saat itu kita merasa bahagia, karena panggilan Allah sudah kita jawab, meskipun panggilan itu halus sekali. Allah berkata, laksanakan Haji / Umrah bagi yang mampu'.


'Dan panggilan ke-3 adalah KEMATIAN.
Panggilan yang kita jawab dengan amal kita. Pada kebanyakan manusia, Allah tidak memberikan tanda-tanda secara langsung, dan kita tidak mampu menjawab dengan lisan dan gerakan. Kita hanya menjawabnya dengan amal sholeh.. Karena itu manfaatkan waktumu sebaik-baiknya. ..Jawablah 3 panggilan Allah dengan hatimu dan sikap yang Husnul Khotimah........

Insya Allah syurga adalah balasannya.. ....'

Sabtu, 13 Mac 2010

Prestasi Negeri PR Lebih baik dari BN : DSAI

oleh: Mohd Sabri Said


SEBERANG JAYA, 13 Mac: Rakyat digesa memandang ke hadapan bersama Pakatan Rakyat untuk memajukan negara kerana empat buah negeri yang diterajui selepas menang pada pilihan raya umum lalu menunjukkan prestasi dan mampu melakukan yang lebih baik daripada Barisan Nasional (BN), kata Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tegasnya, BN nampak sahaja selesa mentadbir tetapi sebaliknya diseliputi keresahan dalaman apabila berbagai isu melanda.

"Rakyat kena pandang ke hadapan bersama Pakatan Rakyat, usah lagi bersama BN yang nyata lemah dalam pentadbiran. Nampak saja selesa tapi penuh dengan resah dan musibah, " terangnya dengan diiringi laungan reformasi dan Allahu Akbar.

Menurutnya, pilihan raya umum yang dijangkakan berlaku dua tahun lagi memerlukan perubahan yang lebih luas supaya Pakatan Rakyat tidak lagi menjadi pembangkang.

Namun, katanya bagi memastikan kuasa BN mantap, mereka akan berusaha melaksanakan program pendekatan seiras dengan apa yang dibuat menerusi Pakatan Rakyat kerana pendekatan BN yang lalu tidak lagi releven dan menjadi bahan ditertawakan rakyat.

Sehubungan itu, tambah Ahli Parlimen Permatang Pauh itu, BN sepatutnya akur dengan kehendak rakyat yang telah menyatakan sokongan padu kepada Pakatan Rakyat di setiap pilihanr aya kecil yang diadakan sepanjang tahun 2009.

"Prestasi Pakatan Rakyat memang tinggi pada masa ini manakala nama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kini menjunam teruk. Itulah yang menggerunkan Umno dan BN, " jelasnya.

Justeru, beliau meminta rakyat melihat apa yang terjadi kepada kes Altantuya, pembelian kapal selam, kehilangan enjin jet, gejala rasuah, masalah dadah, moral remaja dan seumpamanya yang semua tidak dapat diselesaikan oleh pemerintahan BN.

Menurutnya, kepimpinan BN yang ada hanya pandai bercakap tetapi tidak pula bijak bagi menanganinya dengan baik kerana mereka lebih gemar bersandiwara, suka menipu dan bercakap bohong.

“Maka, rakyat yang mempunyai kuasa mutlak kena bekerja untuk menghindarkan BN daripada terus menjahanamkan negara ini.

"Jika rakyat tidak mahu melihat negara ini hancur ekoran ketidakcekapan pemerintahan, tiada jalan lain mereka hanya perlu memangkah parti dalam gabungan Pakatan Rakyat di samping berdoa mengikut agama masing-masing. Mudah-mudahan apa yang terjadi dapat diselamatkan," katanya lagi.

Hujan Turun Ketika Nik Aziz imamkan solat Istisqa'

KOTA BHARU - Solat sunat Istisqa yang diadakan awal pagi semalam, memberi keinsafan kepada lebih 2,000 hadirin apabila hujan mula turun sebaik sahaja rakaat pertama solat dilakukan.

Solat bermula jam 8.30 pagi itu diimamkan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Padang Perdana, bersebelahan dengan Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, dekat sini.

Hadir sama, seluruh kepimpinan Kerajaan Negeri termasuk Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Aiseri Alias, Pegawai Kewangan Negeri, Mohd Faudzi Che Mamat, Pengelola Istana, Datuk Abdul Halim Hamat dan Ketua Hakim Syarie, Datuk Daud Muhammad.

Ketika Nik Aziz sedang membaca surah Al-Fatihah pada rakaat pertama, hujan lebat mula membasahi ribuan jemaah yang menunaikan solat tersebut.

Solat Istisqa adalah kali kedua diadakan di Kelantan selepas pertama kali dianjurkan beberapa tahun lalu akibat kemarau panjang.

Sementara itu, Nik Aziz ketika ditemui berkata, beliau bersyukur kerana menganggap doa rakyat Kelantan minta diturunkan hujan itu segera dimakbulkan Allah SWT.

“Syukur, kita solat Istisqa hari ini (semalam) mendapat sambutan baik dan di tengah-tengah solat turun hujan.

“Saya sendiri didedah oleh Allah SWT dengan air hujan yang pertama semasa solat hari ini (semalam). Sangat-sangat besarlah harapan dan mudah-mudahan Allah beri pada kita kebahagiaan di dunia dan akhirat.

“Tiada erti kita bahagia di dunia tetapi akhirat kelak kita masuk neraka. Dengan sebab itu, saya berusaha supaya rakyat Kelantan faham bahawa kesusahan yang berlaku atas dunia ini adalah berpunca daripada dosa,” katanya.

Rabu, 10 Mac 2010

A Samad Said: Kami cuma sediakan kata-kata, PAS sediakan demonstran

Oleh H Fansuri

"Kami cuma menyediakan kata-kata, tapi PAS telah menyediakan orang-orangnya untuk berdemontrasi," demikian kata penghargaan Penasihat Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) Datuk A Samad Said.

Beliau berkata demikian dalam majlis pelancaran buku sempena menyokong perjuangannya, khasnya berhubung pendiriannya ke atas dasar PPSMI sebelum ini.



Berucap di Muzium Shah Alam, Ahad lalu sempena genap setahun demonstrasi membantah PPSMI, A Samad Said berkata, pihaknya merakamkan rasa terima kasih terhadap PAS dan Harakah yang banyak membantu dalam usaha menggerakkan seluruh masyarakat untuk berhimpun dalam peristiwa setahun lalu.

"Sebenarnya, ada dua orang yang berperanan besar dalam hal ini, iaitu Hasni Abas dan Dinsman" tambah beliau lagi.

Selain itu, beliau juga mengulang pendiriannya bahawa hal pemansuhan PPSMI pada 2012 itu hanyalah penangguhan dan pendirian Menteri Pelajaran, merangkap Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini bukanlah pemansuhan total dasar tersebut.

"Jadi, kalau tidak dimansuhkan juga, kita tak akan teragak-agak untuk melakukan demonstrasi sekali lagi," katanya lagi.

Sabtu, 6 Mac 2010

PR terus hasrat tawan Putrajaya

SHAH ALAM – Pakatan Rakyat (PR) terus memperkuatkan jentera bagi mendapat sokongan rakyat untuk memperoleh kemenangan pada pilihan raya umum akan datang dan sekali gus meneraju pemerintahan negara.

Ketua DAP Sosialis Youth (DAPSY) Anthony Loke berkata, program Semboyan Halilintar ke Putrajaya yang akan dilancar di Seremban, Negeri Sembilan Selasa ini bertujuan menerangkan kepada rakyat isu sebenar yang berlaku dalam PR.

Katanya, program itu juga menjadi persediaan kepada PR menjadi Kerajaan Pusat kerana itulah cita-cita dan matlamat utama penubuhan PR.

“Program ini bukannya baru, ia adalah siri ceramah untuk mendapat sokongan rakyat sebelum kita melangkah masuk ke Putrajaya.

“Program ini juga menekankan kerjasama yang lebih erat kepada seluruh kepimpinan PR untuk mendekati rakyat dengan lebih menyeluruh,” katanya ketika dihubungi :Sinar Harian,: semalam.

Ditanya sama ada program ini pengganti kepada laungan 16 September ke Putrajaya yang gagal dulu, Anthony menjelaskan ia tidak gagal kerana cita-cita untuk menjadi Kerajaan Pusat terus menjadi harapan PR.:

“Program ini juga untuk memperingati kejayaan PR menawan lima negeri dalam pilihan raya lalu, kita tidak pernah gagal kerana cita-cita menjadi Kerajaan Pusat masih boleh diteruskan,” katanya.:

Anthony yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rasah turut mengakui untuk menjadi Kerajaan Pusat memerlukan tahap organisasi yang tinggi selain pengetahuan dan kerjasama yang mantap.

Sementara itu, Bendahari Pas, Dr Hatta Ramli berkata, beliau tidak tahu mengenai program itu tetapi menegaskan PR tidak akan merampas Kerajaan Pusat melalui ‘pintu belakang’.

“Janganlah samakan dengan Juara Rakyat UMNO, kita adalah program lain yang mampu memantapkan parti,” katanya yang juga Ahli Parlimen Kuala Krai.

Jumaat, 5 Mac 2010

Pemimpin nafi hak royalti 4 negeri

SHAH ALAM - Tengku Razaleigh: Hamzah menyalahkan beberapa pemimpin dahulu kerana menyebabkan empat negeri gagal mendapat hak menuntut royalti minyak.

Beliau mendakwa merekalah antara penyebab Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor tidak mendapat hak menuntut royalti lima peratus.

Tengku Razaleigh, antara pengasas Petronas berkata, beliau menyiapkan pelan bagi membentuk Akta Kemajuan Petroliam, 1974.

“Wang berkenaan (sepatutnya) disalurkan terus ke dalam akaun kerajaan negeri di bawah satu dana, namun saya diarahkan menafikan hak mereka.

“Untuk itu saya mencipta mekanisma baru supaya Kelantan dan Terengganu langsung tidak berhak menerima pembayaran,” katanya dalam kenyataan kepada :Sinar Harian,: semalam.

Bekas Menteri Kewangan itu juga mempersoalkan perbelanjaan RM20 bilion yang diberikan oleh Petronas kepada Kerajaan Terengganu dihabiskan dalam masa singkat.

“Sepatutnya wang berkenaan digunakan untuk membasmi kemiskinan dan saya kesal kerana ramai yang tidak mendapat manfaat daripada wang berkenaan.

“Petronas membayar RM6.2 bilion dalam bentuk tunai pada 2009. Terengganu mendapat RM3 bilion, Sabah dan Sarawak masing-masing mendapat RM2.3 bilion dan RM0.9 bilion,” katanya.

Tengku Razaleigh menyelar salah seorang Naib Presiden UMNO yang mengarahkan ahlinya tidak membuat kenyataan mengenai isu royalti minyak.

“Pada hemah saya, dari hari ini dan seterusnya, arahan menutup mulut perlu dipatuhi,” katanya.

Menurutnya, beliau tidak kisah sekiranya diarahkan supaya keluar daripada UMNO sebagaimana yang pernah dilakukan oleh Perdana Menteri pertama, Allahyarham Tunku Abdul Rahman.

“Apa yang dilakukan oleh saya adalah meletak kepentingan rakyat Kelantan lebih daripada kepentingan parti (UMNO).” katanya.

Mohsin diberi seminggu letak jawatan

BAGAN SERAI - Ahli Parlimen Bagan Serai, Mohsin Fadzli Samsuri diberi tempoh tujuh hari mengosongkan kerusinya atau solat hajat dilakukan supaya tindakannya keluar parti mendapat balasan daripada Allah SWT.

Ahli Majlis Syura Ulama Pas, Ahmad Awang berkata, pihaknya akan menganjurkan solat hajat selama tujuh hari tujuh malam supaya Mohsin diberikan hukuman setimpal kerana mengkhianati perjuangan parti.

“Kita beri tempoh tujuh hari supaya beliau letak jawatan. Jika tidak kita akan anjurkan solat hajat tujuh hari tujuh malam supaya Allah menghukumnya kerana khianat pada perjuangan.

“Bentuk hukuman tersebut biarlah Allah sahaja yang menentukannya,” katanya ketika mengulas perhimpunan pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat (PR) di hadapan pejabat Mohsin Fadzli Samsuri di Bagan Serai, semalam.

Pada perhimpunan itu, hampir 500 penyokong PR Bagan Serai berkumpul di hadapan Pusat Khidmat Ahli Parlimen Bagan Serai dan mendesak meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen kawasan itu kerana mengkhianati kepercayaan rakyat.

Perhimpunan turut disertai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PR daerah Kerian antaranya ADUN Kuala Kurau, Abdul Yunus Jamhari; ADUN Selinsing, Husin Din dan ADUN Titi Serong, Khalil Idham Lim.

Turut sama Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusof Rawa dan bekas pegawai khas Mohsin, Ahmad Kamal Edon.

Kelmarin Mohsin mengumumkan keluar parti dan menjadi wakil rakyat Bebas dengan alasan tidak bersetuju dengan pendirian PKR berhubung isu kalimah Allah.

Ahmad berkata, tempoh tujuh hari yang diberikan kepada Mohsin meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat bermula sebaik sahaja pengumuman itu dibuat.

Ditanya sama ada program berkenaan akan dianjurkan Pas Negeri, Ahmad berkata, ia anjurannya sendiri yang bertanggungjawab menerima Mohsin sebagai calon kawasan tersebut sebelum ini.

Bagaimanapun katanya, pengundi dan penyokong Pas di Parlimen berkenaan serta kira-kira 1,000 penuntut sebuah pusat pengajian agama yang diasaskannya di Perak bakal menyertai solat hajat tersebut.

"Saya difahamkan, ketika seorang aktivis Pas di Bagan Serai menghubungi Mohsin kelmarin, soal peletakan jawatannya tidak timbul langsung.

“Berdasarkan sidang media dan daripada cara Mohsin membaca kenyataan akhbar yang berulang kali silap menyebut perkataan, saya rasa itu bukan kenyataan asal beliau,” kata Ahmad.

Sementara itu Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria berkata, haram jika mahu mengadakan solat hajat untuk mendoakan kebinasaan orang lain terutama umat Islam.

“Mana boleh buat solat hajat berkenaan terhadap sesama Islam. Kita boleh berdoa sekiranya meminta keselamatan. Kita boleh berdoa turun bala terhadap musuh agama sahaja.

“Meminta binasa sesama Islam adalah haram. Kita disuruh berdoa kepada Allah untuk meminta petunjuk,” katanya ketika dihubungi, semalam.


Rabu, 3 Mac 2010

Iman, Islam, dan Ihsan

عَنْ عُمَرَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ أَيْضاً قَالَ : بَيْنَمَا نَحْنُ جُلُوْسٌ عِنْدَ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ذَاتَ يَوْمٍ إِذْ طَلَعَ عَلَيْنَا رَجُلٌ شَدِيْدُ بَيَاضِ الثِّيَابِ شَدِيْدُ سَوَادِ الشَّعْرِ، لاَ يُرَى عَلَيْهِ أَثَرُ السَّفَرِ، وَلاَ يَعْرِفُهُ مِنَّا أَحَدٌ، حَتَّى جَلَسَ إِلَى النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم فَأَسْنَدَ رُكْبَتَيْهِ إِلَى رُكْبَتَيْهِ وَوَضَعَ كَفَّيْهِ عَلَى فَخِذَيْهِ وَقَالَ: يَا مُحَمَّد أَخْبِرْنِي عَنِ اْلإِسْلاَمِ، فَقَالَ رَسُوْلُ اللهِ صلى الله عليه وسلم : اْلإِسِلاَمُ أَنْ تَشْهَدَ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ اللهِ وَتُقِيْمَ الصَّلاَةَ وَتُؤْتِيَ الزَّكاَةَ وَتَصُوْمَ رَمَضَانَ وَتَحُجَّ الْبَيْتَ إِنِ اسْتَطَعْتَ إِلَيْهِ سَبِيْلاً قَالَ : صَدَقْتَ، فَعَجِبْنَا لَهُ يَسْأَلُهُ وَيُصَدِّقُهُ، قَالَ: فَأَخْبِرْنِي عَنِ اْلإِيْمَانِ قَالَ : أَنْ تُؤْمِنَ بِاللهِ وَمَلاَئِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ وَتُؤْمِنَ بِالْقَدَرِ خَيْرِهِ وَشَرِّهِ. قَالَ صَدَقْتَ، قَالَ فَأَخْبِرْنِي عَنِ اْلإِحْسَانِ، قَالَ: أَنْ تَعْبُدَ اللهَ كَأَنَّكَ تَرَاهُ فَإِنْ لَمْ تَكُنْ تَرَاهُ فَإِنَّهُ يَرَاكَ . قَالَ: فَأَخْبِرْنِي عَنِ السَّاعَةِ، قَالَ: مَا الْمَسْؤُوْلُ عَنْهَا بِأَعْلَمَ مِنَ السَّائِلِ. قَالَ فَأَخْبِرْنِي عَنْ أَمَارَاتِهَا، قَالَ أَنْ تَلِدَ اْلأَمَةُ رَبَّتَهَا وَأَنْ تَرَى الْحُفَاةَ الْعُرَاةَ الْعَالَةَ رِعَاءَ الشَّاءِ يَتَطَاوَلُوْنَ فِي الْبُنْيَانِ، ثُمَّ انْطَلَقَ فَلَبِثْتُ مَلِيًّا، ثُمَّ قَالَ : يَا عُمَرَ أَتَدْرِي مَنِ السَّائِلِ ؟ قُلْتُ : اللهُ وَرَسُوْلُهُ أَعْلَمَ . قَالَ فَإِنَّهُ جِبْرِيْلُ أَتـَاكُمْ يُعَلِّمُكُمْ دِيْنَكُمْ[رواه مسلم]

Arti hadits / ترجمة الحديث :
Dari Umar radhiallahuanhu juga dia berkata : Ketika kami duduk-duduk disisi Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam suatu hari tiba-tiba datanglah seorang laki-laki yang mengenakan baju yang sangat putih dan berambut sangat hitam, tidak tampak padanya bekas-bekas perjalanan jauh dan tidak ada seorangpun diantara kami yang mengenalnya. Hingga kemudian dia duduk dihadapan Nabi lalu menempelkan kedua lututnya kepada kepada lututnya (Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam) seraya berkata: “ Ya Muhammad, beritahukan aku tentang Islam ?”, maka bersabdalah Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam : “ Islam adalah engkau bersaksi bahwa tidak ada Ilah (Tuhan yang disembah) selain Allah, dan bahwa Nabi Muhammad adalah utusan Allah, engkau mendirikan shalat, menunaikan zakat, puasa Ramadhan dan pergi haji jika mampu “, kemudian dia berkata: “ anda benar “. Kami semua heran, dia yang bertanya dia pula yang membenarkan. Kemudian dia bertanya lagi: “ Beritahukan aku tentang Iman “. Lalu beliau bersabda: “ Engkau beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya dan hari akhir dan engkau beriman kepada takdir yang baik maupun yang buruk “, kemudian dia berkata: “ anda benar“. Kemudian dia berkata lagi: “ Beritahukan aku tentang ihsan “. Lalu beliau bersabda: “ Ihsan adalah engkau beribadah kepada Allah seakan-akan engkau melihatnya, jika engkau tidak melihatnya maka Dia melihat engkau” . Kemudian dia berkata: “ Beritahukan aku tentang hari kiamat (kapan kejadiannya)”. Beliau bersabda: “ Yang ditanya tidak lebih tahu dari yang bertanya “. Dia berkata: “ Beritahukan aku tentang tanda-tandanya “, beliau bersabda: “ Jika seorang hamba melahirkan tuannya dan jika engkau melihat seorang bertelanjang kaki dan dada, miskin dan penggembala domba, (kemudian) berlomba-lomba meninggikan bangunannya “, kemudian orang itu berlalu dan aku berdiam sebentar. Kemudian beliau (Rasulullah) bertanya: “ Tahukah engkau siapa yang bertanya ?”. aku berkata: “ Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui “. Beliau bersabda: “ Dia adalah Jibril yang datang kepada kalian (bermaksud) mengajarkan agama kalian “.(Riwayat Muslim)

Isnin, 1 Mac 2010

Dun Kelantan setuju isu royalti ke mahkamah

M Faqih

KOTA BHARU, 1 Mac: Usul agar Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan bagi pihak Negeri Kelantan memikirkan tindakan-tindakan yang sesuai termasuklah tindakan mahkamah bagi memastikan Akta Pembangunan Petroleum 1974 dipatuhi disokong sebulat suara termasuk oleh pihak pembangkang Dun Kelantan.

Usul itu yang dikemukakan oleh Adun Air Lanas, Abdullah Yaakub dibahas dan diluluskan sebulat suara.

Adun BN, Aziz Derasid (BN-Kuala Balah) antara yang bangkit dan berkata "sokong" ketika speaker minta ahli-ahli dewan lain memberi sokongan terhadap usul itu.

Speaker, Nasaruddin Daud berkata, selepas meneliti cadangan tersebut beliau mendapati ia memenuhi tiga syarat iaitu perkara yang tertentu dan mustahak, kedua, bagi kepentingan orang ramai dan perlu disegerakan.

Sebelum itu beliau menanyakan sokongan terhadap usul tersebut.

Ekoran itu kesemua Adun bangun sebagai menyatakan sokongan kepadal usul terbabit termasuk Ketua Pembangkang, Datuk Mohd Alwi Che Ahmad, Mat Yusof Abdul Ghani (BN–Nenggiri) dan Datuk Abdul Rashid Aziz (BN–Kuala Balah).

Adun Barisan Nasional yang tidak berdiri iaitu Datuk Nozula Mat Diah (BN–Paloh) dan Adhan Kechik (BN–Bukit Bunga), manakala Datuk Noorzahidi Omar (BN–Pengkalan Kubur) tiada dalam dewan ketika itu.

Usul tersebut dikemukakan selepas selesai sesi soal jawab secara lisan.

Usul berkenaan berdasar kepada peruntukan Peraturan Tetap Dewan Negeri Kelantan Perkara 30 (1) bagi cadangan menangguh persidangan kerana merundingkan perkara-perkara mustahak bagi orang ramai.

Usul terbabit berbunyi, “bahawa Dun memberi mandat kepada MMK bagi pihak kerajaan negeri mengambil apa-apa tindakan mahkamah yang bersesuaian bagi mendapatkan bayaran tunai yang terhak kepada rakyat dan kerajaan Kelantan mengikut perjanjian dan penyerah hakkan kuasa-kuasa petroleum sama ada di daratan atau di lautan negeri Kelantan yang ditandatangani pada 1975.

“Seperti mana kehendak undang-undang tunggal yang berkaitan dengan pengeluaran petroleum iaitu Akta Pembangunan Petroleum 1974, pada bila-bila masa yang difikirkan oleh kerajaan negeri.”

Abdullah berkata, sebanyak 13 negeri di negara ini telah menandatangani penyerahan hak pada 1975 dan 1976 kepada Petronas bagi membolehkan carigali minyak dijalankan tanpa mengambil kira jarak kedudukan lokasi minyak.

Oleh itu katanya, mengikut Seksyen 4 Akta Kemajuan Petroleum 1974 sebagai balasan terhadap penyerahan kepunyaan dan hak-hak kuasa dan keistimewaan itu, Petronas hendaklah membuat bayaran tunai kepada negeri.

Cadangan tersebut disokong Datuk Omar Mohamad (PAS – Perupuk).

Ekoran sokongan padu itu Speaker menerima dan meluluskan cadangan tersebut dan kemudian dibuka kepada perbahasan.

Zulkifli Mamat (PAS–Pulai Chondong) ketika mengambil bahagian dalam perbahasan tersebut berkata, biar pun beliau menyokong penuh usul tersebut namun cukup sedih apabila ada pihak gagal memahami perjanjian yang dibuat pada 1975.

“Saya cukup sedih apabila Peguam Negara, menteri-menteri dan timbalan menteri gagal untuk memahami perjanjian yang telah ditandatangani.

“Sedangkan semangat atau moral perjanjian itu Petronas perlu membayar wang tunai kepada negeri berdasar kepada petroleum yang dijumpai di negeri terbabit,” ujarnnya.

Menurutnya, suatu kezaliman telah berlaku di mana kerajaan pusat lebih mengutamakan politik apabila cuba menafikan hak yang sepatutnya diperolehi kerajaan Kelantan.

Kata beliau, amat mudah untuk memahami semangat perjanjian tersebut, di mana Pak Mat dan Pak Leh di kampung pun diyakini boleh faham.

Beliau berkata, tuntutan royalti sebenarnya tidak perlu dibawa ke mahkamah sekiranya kerajaan pusat menunaikan tanggungjawab mereka seperti terkandung dalam perjanjian.

Beliau juga mencadanngkan supaya kerajaan negeri mengkaji semula setiap perjanjian dengan mana-mana pihak dalam tempoh 10 tahun sekali.

Zulkifli juga berhujah sekiranya kuasa carigali diberi kepada syarikat asing Kelantan mampu menikmati royalti sehingga 25 peratus.

“Perkara itu pernah berlaku di mana Sarawak sebelum ada PDA telah menandatangani perjanjian dengan Shell, di mana syarikat tersebut memberi royalti antara 8 hingga 12 peratus kepada negeri berkenaan,” tambahnya.

Petang semalam, diadakan majlis taklimat mengenai tuntutan royalti petroleum kepada wakil-wakil rakyat di Bilik Gerakan Negeri di sini yang disampaikan oleh bekas Ketua Jabatan Undang-Undang Petronas, Nik Syaghir Nik Mohd Nor, bekas peguam kanan di Jabatan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman dan peguam kes tuntutan royalti minyak Terengganu, Thommy Thomas.

Selain itu, Pengerusi Jawatankuasa Tuntuan Royalti Minyak Kelantan, Datuk Husam Musa dan wakil rakyat kerajaan, dua Adun BN iaitu Datuk Norzula Mat Diah (Paloh) dan Mohd Yusoff Abdul Ghani (Nenggiri) turut hadir.