Tok Guru Kesayangan Ummah

Selasa, 15 Disember 2009

Isu ‘letak jawatan’ warnai hujung 2009

Oleh: Mat Zain Mat Isa


Tidak syak lagi isu perletakan jawatan sebilangan tokoh politik menjadi antara bahan bula bicara paling laris mutakhir ini. Sama ada isu tersebut sengaja dicetuskan kalangan anggota parti lawan atau memang disuarakan dari dalam parti mereka sendiri, pertikaian mengenai kedudukan mereka terbukti menjadi antara sajian paling menyelerakan lewat dada akhbar, laman internet mahu pun kaca televisyen.



Sebilangan isu berkisar atas desakan agar pemimpin tertentu meletakkan jawatan, manakala sebahagian lain pula semata-mata berdasarkan spekulasi atau laporan tidak berasas.

Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa tokoh paling kerap dikaitkan dengan isu perletakan jawatan ialah Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Kiat. Desakan agar beliau mengundurkan diri dari jawatannya datang dari kumpulan ahli parti itu sendiri.

Pada mulanya desakan itu sebagai retaliasi dari pengikut timbalannya yang dipecat, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek. Bahawa kepimpinan Tee Kiat yang tidak demokratik serta membelakangkan perlembagaan dan perpaduan parti akan menjerumuskan MCA ke kancah perpecahan lebih parah.

Suara serupa kemudiannya kedengaran dari kumpulan diketuai naibnya, Datuk Seri Liow Tiong Lai, terutama apabila Tee Kiat gagal tunduk kepada keputusan Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) parti itu yang menolak kepimpinannya. Suara membantah kepimpinan beliau semakin lantang apabila Tee Kiat memecat sebilangan anggota Jawatankuasa Pusat MCA yang condong kepada Tiong Lai.

Turut didesak meletakkan jawatan ialah bekas Timbalan Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP), Senator Dato’ T. Murugiah. Satu kenyataan oleh Presiden PPP, Dato’ M. Kayveas pada Isnin (30 November) lalu menyebut bahawa Murugiah diberikan masa 14 hari untuk meletakkan jawatannya sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Hujahnya, senator itu memperolehi jawatan itu ketika beliau masih menjadi anggota parti. Murugiah dipecat daripada PPP pada 16 Mei lalu.

Pemerintahan DAP di Pulau Pinang juga menjadi medan parti musuh mencari cacat-cela. Fokus segala kritikan dan kacau-ganggu terhadap kerajaan negeri itu ialah Ketua Menterinya, Lim Guan Eng. Para pemimpin dan penyokong Barisan Nasional (BN) tidak henti-henti mendesak beliau berundur kerana didakwa gagal memerintah dengan baik.

Kemuncak desakan itu ialah perhimpunan haram yang dihalalkan BN di hadapan bangunan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang baru-baru ini. Guan Eng bukan sahaja dikecam dan dikutuk, malah posternya dipijak, dikoyak dan dibakar.

PAS juga tidak terlepas dibabitkan dengan isu perletakan jawatan. Paling menjadi tumpuan kecaman dan desakan itu ialah Menteri Besar Kelantan, Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat. Mursyidul Am PAS itu didesak berundur dari memimpin kerajaan negeri dan partinya. Kemuncak desakan mereka ialah perhimpunan haram di hadapan pusat pentadbiran kerajaan Kelantan baru-baru ini.

Sementara desakan ke atas Nik Aziz itu datang dari kalangan musuh, suara menggesa Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berundur pula dipopularkan kalangan yang kononnya mahu melihat parti itu lebih berdaya maju.

Tidak dapat dipastikan apakah suara itu hanya dijulang kalangan yang benar-benar ikhlas sayangkan PAS atau ia turut ditumpangi anasir musuh. Namun yang pasti penegasan Abdul Hadi untuk tidak tunduk kepada desakan itu telah meredakan isu tersebut.

Di celah kehangatan desakan itulah tercetus pula dakwaan kononnya Exco kerajaan Kelantan, Datuk Husam Musa mahu melepaskan semua jawatan dalam parti dan kerajaan. Laporan akhbar mingguan yang kononnya berdasarkan maklumat sumber dalaman itu dibuktikan semata-mata spekulatif. Penafian beliau sendiri menguatkan andaian bahawa media tali barut BN itu sengaja mensensasikan isu tersebut untuk memporak-perandakan PAS.

Rupa-rupanya spekulasi perletakan jawatan tidak hanya terkena kepada pemimpin pembangkang. Minggu lalu dua pemimpin BN turut menjadi bahan dakwaan media kononnya mereka bakal berbuat demikian. Beberapa akhbar Cina melaporkan Tee Kiat akan melepaskan jawatan dalam parti dan kerajaan ekoran krisis dalaman MCA.

Sebuah portal pula melaporkan Dato’ Seri Sulaiman Abdul Rahman Taib sudah memaklumkan kepada Perdana Menteri hasratnya meletakkan jawatan Timbalan Menteri Pelancongan. Alasan disertakan ialah faktor kesihatan, walau pun sumber yang dipetik turut membayangkan ia ada kaitan dengan rasa tidak puas hati beliau terhadap layanan yang diberikan kerajaan Pusat kepadanya dan Sarawak.

Kedua-dua mereka atau wakil mereka yang mengulas laporan itu menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut. Mereka malah menganggapnya satu berita yang lucu dan tidak berasas.

Sementara kesemua pemimpin yang didesak atau dispekulasikan sebagai akan meletakkan jawatan itu bertegas tidak akan berbuat demikian, tiba-tiba yang benar-benar meletakkan jawatannya ialah Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Dalam kenyataan oleh Ketua Setiausaha Negara pada Jumaat (4 Disember) lalu, Dato’ Seri Ahmad Said Hamdan dikatakan telah mengemukakan notis bertulis memohon kontrak perkhidmatannya yang sepatutnya tamat pada 25 Mei depan dipendekkan sehingga 31 Disember nanti.

Agaknya inilah yang dikatakan orang-orang tua, ‘lain dijolok, lain pula yang gugur’. Ish! Ish! Ish!

Kerajaan Najib hampir tumbang lewat malam tadi


Dewan Rakyat bergegar dan Kerajaan Najib nyaris sahaja tumbang malam tadi!

Usul untuk meluluskan Bajet 2010 di Dewan Rakyat (Isnin, 14 Disember 2009) menyaksikan Barisan Nasional (BN) menang dengan majoriti tipis iaitu dengan 3 undi berbanding Pakatan Rakyat.

Sebelum itu, usul bagi perbekalan untuk Kementerian Dalam Negeri (KDN), yang dikira lebih awal iaitu sekitar jam 10.30 malam menyaksikan ia diluluskan hanya dengan 1 undi majoriti, iaitu 60 di pihak Pakatan Rakyat dan 61 di pihak BN.

Proses pengundian yang dikenali sebagai "belah bahagi" itu berlangsung kira-kira jam 10.45 malam sehingga kira-kira jam 11.30 malam, dengan beberapa ahli parlimen BN bergegas tiba dan mulai masuk ke dalam dewan sekitar jam 10 malam.

Sebelum itu, sesi jawapan menteri bagi kementerian terakhir iaitu KDN juga seperti sengaja dilengah-lengahkan bagi menanti ketibaan ahli-ahli Parlimen BN bagi mempertahankan Kerajaan Najib. Menurut jadual, sepatutnya jawapan menteri tamat kira-kira jam 9.30 malam, tetapi berlarutan sehingga lebih jam 10 malam.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di perkarangan Parlimen kira-kira 10 minit lebih awal berbanding Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang sampai sekitar jam 10.10 malam.

Speaker Dewan, Tan Sri Pendekar Amin Mulai yang membacakan keputusan itu menyebutkan dengan kiraan undi untuk meluluskan Bajet 2010 ialah keseluruhan BN-66 dan Pakatan Rakyat-63. Keputusan berkenaan bagaimanapun tidak boleh dibantah walaupun cuba dilakukan oleh beberapa ahli dewan Pakatan Rakyat.

Saat-saat dramatik itu bermula ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat sudah mulai riuh dan bersorak menandakan lakaran sejarah baru ini di dalam Dewan apabila di antara mereka turut mengira bahawa Pakatan Rakyat mendahului kiraan dengan majoriti tipis, iaitu 1-3 undi.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga berada di dalam dewan dilihat begitu tenang namun serius mengemudi ‘penentangan' hebat tersebut. Turut bersama menggempur BN saat itu ialah Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang juga Presiden Pas dan Lim Kit Siang, Pengerusi DAP.

Menurut seorang ahli parlimen yang berada di situ, beliau ragu dengan jumlah undi yang tertulis dan diserahkan kepada Speaker oleh Setiausaha Dewan, Datuk Rosmini Ahmad.

"Setiausaha Dewan tuliskan angka itu dikertas dan dia sendiri pun kelihatan sudah menggigil dan pucat muka," katanya.

Menurut sumber yang tidak mahu namanya dipetik berkata, kiraan untuk Bajet 2010 itu bertambah bilangannya apabila dua lagi ahli dewan baru masuk ke dalam dewan iaitu Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk M. Saravanan, disusuli ketibaan Datuk Seri Ong Tee Keat yang juga merupakan Presiden MCA.

Seorang ahli parlimen Pakatan Rakyat, R Sivarasah Rasiah bangun dan cuba membantah sewaktu usul bagi KDN yang diluluskan begitu cepat dan perlunya kiraan semula, tetapi telah ditolak oleh Speaker dewan.

Lebih mengharukan menurut ahli parlimen itu lagi, terdapat beberapa orang senator yang masih berada di dalam Dewan, yang memungkinkan turut dikira sedangkan senator adalah tidak layak untuk mengundi dan tidak boleh berada di dalam dewan sewaktu proses pengundian.

Selain itu, buat pertama kalinya, dua timbalan speaker terpaksa duduk di tempat ahli parlimen bagi dikira sekali undian mereka, iaitu Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Datuk Ronald Kiandee. Memang hal ini dibenarkan mengikut peraturan dewan, tetapi ia tidak pernah terjadi sebelum ini.

Para pegawai Perlimen yang bertugas juga menyaksikan episod tersebut. Andai tidak, kita akan menyaksikan bagaimana buat pertama kalinya, BN tumpas dalam kiraan undi di Dewan Rakyat yang memboleh implikasi kerajaan Najib menerima usul undi tidak percaya.

Pada sebelah siangnya, Speaker dewan turut menolak usul pindaan Akta Pembangunan Petrolium 1974 yang antara lain menyebabkan kerajaan negeri Kelantan dinafikan hak mendapat royalti minyak daripada kerajaan Pusat.

http://dppperak.blogspot.com/

Isnin, 14 Disember 2009

Alam Mahsyar

1. Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tandukbesar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail &beberapa malaikat yg lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yg tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.
2. Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendirimenjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi MahaPerkasa”. Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg MahaKuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.
3. Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atasbumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidakberbukit atau bulat seperti bumi.
4. Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi"yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yg kembang membesar dari biji benih.
5. Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina.Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.
6. Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa).Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibukmemikirkan nasib mereka.
7. Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskancahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.
8. Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah Ta’ala. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.
9. Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.
10. Terdapat satu kolam kepunyaan Nabi Muhammad s.a.w. bernamaAl-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya.Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segiempat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.
11. Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
a. Pemimpin yang adil.
b. Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
c. Lelaki yang terikat hatinya dgn masjid.
d. Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
e. Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata"Aku takut pada Allah".
f. Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
g. Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanyakerana takutkan Allah.
12. Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka punpergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah Ta’ala. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., NabiIsa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnyamereka berjumpa Rasullullah saw. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.
13. Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad s.a.w. ke hadrat Allah Ta’ala. Lalu diperkenankan doa baginda.
14. Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hinggamenakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.
15. ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah(bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istanayang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya.Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.
16. Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.
17. Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakantimbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turundari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglahia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis olehmalaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.
18. Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing-masing.Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.
19. Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad s.a.w., dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.
20. Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akanmencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.
21. Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu NeracaTimbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untukmenimbang dosa.
22. Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dan para imam 4 mazhabuntuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.
23. Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.
24. Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata-kata,kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan diadili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.
25. Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.
26. Syafaat Nabi Muhammad s.a.w. di akhirat :
a. Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
b. Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
c. Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah Ta’ala.
27. Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhanuntuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.
28. Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orangmu kmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.
29. Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun.5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhlukyang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korbandan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.
30. Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.
Rujukan:
Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-Fathani.

Mengenal Ilmu Usul Fiqah

Pengertian dan Pengenalan

Perkatan 'usul fiqah' ialah gabungan daripada dua perkataan iaitu
  1. usul - bererti dasar atau asas penting, di sini bermaksud dalil atau punca utama dalampengambilan hukum.
  2. feqah- bererti fahaman, di sini bermaksud hukum-hukum syara' yang didapati sebagai hasil kajian penuh teliti berpandukan dalil-dalil yang diperakukan

Oleh yang demikian dapatlah disimpulkan pengertian 'Usul Fiqah' ialah suatu ilmu yang membincangkan perkara kaedah untuk mendapatkan hukum-hukum syara' yang amali yang diambil atau didapati sebagai hasil kajian-kajian mendalam dengan berlandaskan dalil-dalil atau sumber hukum syara'yang sah.

Faedah Mempelajarinya.

Diantara faedah yang akan didapati daripada mempelajarinya ialah:

  1. membolehkan seseorang itu memahami tentang selok-belok hukum syara' yang ditetapkan.
  2. para mujtahid berpeluang mengeluarkan sendiri hukum-hukum syara' setelah membuat kajian mengenainya.
  3. para ulama' dapat menjelaskan dengan lebih jelas dan kemas akan sesuatu fatwa atau masalah yang dalam hal-hal yang berkaitan dengan tugasnya.
  4. para pelajar yang sedang membuat sesuatu kajian hukum akan dapat mengetahui perkara yang menjadi pokok perselisihan antara ulama' dan dapat membuat perbandingan untuk masalah-masalah yang lain pula.

DAP tidak boleh pertikai pembinaan masjid: YB Datuk Harun Taib

KUALA TERENGGANU - Pas akan mewujudkan lebih banyak masjid jika Pakatan Rakyat (PR) mentadbir negara ini dan sebagai rakan pakatan, DAP harus bersetuju dengan keputusan itu, kata Ketua Dewan Ulama Pas Pusat, YB Datuk Harun Taib.
“Pakatan Rakyat akan tambah lagi (masjid) dan kita harap DAP tidak akan bercakap mengenai perkara yang boleh menunjukkan mereka anti Islam,” katanya.
YB Datuk Harun Taib, yang juga Pesuruhjaya Pas Terengganu, meminta pemimpin DAP tidak lagi mengeluarkan kenyataan yang menampakkan DAP memusuhi Islam dalam usaha menjaga keharmonian negara. Beliau berkata, secara peribadi, beliau rasa bilangan masjid yang dibina oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN) di negara ini masih belum mencukupi.
Beliau berharap Ahli Parlimen Taiping daripada DAP, Nga Kor Ming juga tidak lagi menimbulkan isu peruntukan kerajaan membina masjid di negara ini.
Menurutnya, kenyataan seperti itu tidak seharusnya dibuat kerana perbelanjaan berkenaan sesuai dengan masyarakat negara ini yang majoritinya beragama Islam, selain Islam sendiri sebagai agama rasmi. “DAP tidak boleh pertikai pembinaan masjid sebab orang Islam negara ini ramai. Justeru, peruntukan itu semestinya mengikut keperluan rakyat dan jika selama ini tidak cukup, mereka (DAP) boleh minta kerajaan tambah,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Beliau diminta mengulas kenyataan DAP mengenai peruntukan RM748.26 juta untuk pembinaan masjid, antara 2000 dan 2008. Ditanya sama ada beliau akan mengadakan pertemuan dengan DAP dan Kor Ming bagi membincangkan isu yang menimbulkan kontroversi itu, YB Datuk Harun Taib berkata, ia tidak perlu kerana nasihat telah diberikan kepada DAP.
Beliau juga membidas UMNO kerana menuduh Pas hanya berdiam diri dan bersifat seperti 'senapang buluh' dalam isu peruntukan untuk pembinaan masjid itu. “Bedil (senapang) buluh ni bunyi ketika raya saja. Begitu juga dengan UMNO. Mereka bercakap jika melibatkan kita. Apabila terkena kepada mereka sendiri, mereka diam saja,” katanya

Iran perlu 15 loji nuklear

sumber Sinar Harian


MANAMA - Iran memerlukan 15 loji nuklear untuk menghasilkan tenaga elektrik, kata Menteri Luar, Manouchehr Mottaki, semalam. Kenyataan beliau menunjukkan kesungguhan Iran untuk meneruskan program nuklear yang dituduh Barat sebagai bertujuan untuk membuat bom atom. :Manouchehr juga ragu sama ada perjanjian bahan api nuklear yang: dirangka Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bertujuan menghindarkan kebimbangan: dunia mengenai matlamat nuklear Teheran. "Saya fikir kita perlu mengetepikan kesemuanya atau mencadangkan sesuatu yang lebih sederhana sebagai jalan tengah," katanya. Iran berusaha melakukan beberapa pindaan penting ke atas perjanjian itu. Menerusi perjanjian berkenaan, Iran dikehendaki memproses uranium di luar negara dan akan menerima bahan api bagi reaktor nuklear untuk penyelidikan perubatan. Namun, Teheran menegaskan ia boleh menghasilkan sendiri bahan api jika gagal mendapatkannya di luar negara.

Ahad, 13 Disember 2009

Bimbang ramai Andartu-Nik Aziz

KOTA BHARU - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak bersetuju kadar mas kahwin dinaikkan kerana boleh menyebabkan ramai gadis dan wanita menjadi anak dara tua (andartu). Nik Abdul Aziz berkata, Kelantan tidak bercadang untuk menaikkan kadar mas kahwin yang sedia ada kerana tidak mahu membebankan pasangan yang ingin berkahwin terutama pihak lelaki.

“Kelantan tidak campur dalam penetapan kadar mas kahwin sebaliknya kita hanya memberikan pandangan. Mereka nak naikkan mas kahwin boleh tapi jangan sampai menyusahkan pihak lelaki. Lebih baiklah kita turut biar berpadanan. “Nabi kata, berilah walaupun sekadar cincin besi. Ini asas dalam Islam, bukan soal jual beli perempuan.

Tapi kita sekarang macam nak jual beli anak. Memang tak betul, lari jauh daripada kehendak Islam sebenar,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah mingguan di Dataran Ilmu di sini, semalam.

Nik Abdul Aziz berkata, beliau sudah lama mengamalkan langkah tidak mengambil berat mengenai mas kahwin termasuk yang membabitkan perkahwinan anak-anaknya sendiri. “Sayapun mengenakan tidak lebih RM1,000 bagi mas kahwin (yang termasuk hantaran) setiap anak saya sejak dulu,” katanya. Menurutnya langkah mengenakan mas kahwin dan hantaran yang terlalu tinggi lebih bersifat riak dan menunjuk-nunjuk. Enakmen Keluarga Islam Negeri Kelantan tidak menetapkan jumlah tertentu berhubung kadar mas kahwin bagi pasangan yang ingin berumah tangga di negeri itu.