Umat Islam seluruh akan melangkah masuk ke bulan Ramadan yang penuh keberkatan beberapa hari sahaja lagi. Rentetan daripada ketibaan Ramadan nanti, suasana baru yang tidak dapat dilihat pada bulan-bulan lain akan mengambil tempat.
Di antaranya menggambarkan ciri ibadah puasa yang sebenar malah ada yang malakukannya sebagai rutin tahunan sahaja, dan amat malang sekali ialah mereka yang tidak mempedulikan langsung akan keadiran bulan yang penuh berkat ini. Oleh itu, umat Islam perlu benar-benar memahami falsafah puasa yang selaras dengan al-Quran dan sunah .
Beberapa perkara yang perlu dielakkan semasa menjalani ibadah puasa antaranya:
*Berpuasa hanyalah dengan menahan makan dan minum sahaja pada siang hari. Sedang mata, hati dan lidah tidak ditahan daripada melakukan dosa. Rasulullah s.a.w bersabda: Barangsiapa yang tidak meninggalkan perkataan buruk dan perbuatannya tatkala berpuasa, maka tiada hajat Allah baginya (kerana pahala akan terhapus) walaupun meninggalkan makanan dan minumannya. (riwayat Al-Bukhari)
* Berpuasa pada siang hari sahaja daripada melakukan dosa dan maksiat. Selepas berbuka segala kegiatan maksiat seperti mengumpat, merokok, mencaci, melakukan zina mata diteruskan seperti biasa.
* Berlebih menyediakan juadah berbuka puasa sehingga melakukan pembaziran. Allah berfirman, Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara kepada syaitan. (al-Isra':27)
* Berlebih makan ketika berbuka sehingga meletihkan badan dan menghalang daripada melakukan ibadah di malamnya. Sikap bersederhana Rasulullah s.a.w di dalam berbuka puasa perlu dicontohi sebagaimana maksud hadis: Rasulullah s.a.w berbuka dengan kurma basah (rutab) sebelum solat dan sekiranya tiada rutab, maka tamar dan jika tiada, baginda meminum beberapa teguk air. (riwayat Abu Daud, Ahmad & Al-Tirmidzi)
* Malas menghidupkan malam Ramadan dengan ibadah sunat seperti melakukan solat tarawih, solat malam dan sebagainya.
* Terdorong untuk bersolat tarawih hanya kerana sandaran kepada hadis palsu yang menyatakan kelebihan bersolat tarawih pada setiap malam. Untuk itu, pihak berkuasa agama perlu menghindarkan penyebaran hadis inidaripada berleluasa seperti tahun-tahun terdahulu.
* Mengabaikan ibadah malam bermula dengan solat berjemaah maghrib, isyak dan tarawih kerana sibuk menonton televisyen atau kerana urusan-urusan lain.
* Malas bekerja dan tidak produktif semasa berpuasa dengan alasan keletihan. Bayangkan bagaimana nabi s.a.w dan para sahabat berperang Badar dengan nisbah 300 melawan 1,000 orang.
* Malas membaca al-Quran atau hanya mengehadkan bacaanpada surah Yasin sahaja. Sedangkan baginda s.a.w senantiasa menyemak dan mengkhatamkan al-Quran sekali di dalam bulan Ramadan dengan Jibril a.s.
* Malas berdoa sedangkan doa orang yang puasa akan dimakbul oleh Allah berdasarkan sabda nabi s.a.w : Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa itu tatkala waktu berbukanya, adalah waktu doa yang tidak ditolak. (riwayat Ibn Majah).
* Mengabai serta meninggalkan peluang beribadat pada 10 malam terakhir Ramadan kerana sibuk dengan persiapan menyambut hari raya.
* Tidak bersedih dengan berakhirnya bulan Ramadan. Juga tidak bimbang sekiranya tidak dapat bertemu Ramadan yang akan datang.
* Memiliki kepercayaan-kepercayaan karut tentang kepulangan roh orang yang telah mati pada bulan Ramadan. Sedangkan kepercayaan tersebut adalah bertentangan dengan konsep roh dan alam barzakh (al-Mukminun: 99-100)
* Kepercayaan kepada perlunya menyalakan pelita pada malam 7 likur. Akibat kepercayaan ini Islam telah terfitnah dengan tohmahan pihak tertentu yang mengatakan malaikat orang Islam rabun malam. Oleh sebab itu, pelita perlu dinyalakan sebagai panduan kepada para malaikat yang turun membawa berkat. (Rujuk- http://youtube.com/watch?v=RgT-_Uf62rk)
* Tidak menunaikan sembahyang fardu ketika berpuasa atau hanya bersolat pada bulan Ramadan sahaja. Sabda nabi s.a.w : Beza di antar seorang Muslim dengan syirik serta kekufuran adalah meninggalkan solat. (riwayat Muslim). Menurut sebahagian ulama salaf, orang yang meninggalkan solat dengan sengaja dihukum kafir. Maka sudah pasti amalan puasa orang yang kafir tidak akan diterima oleh Allah.
* Memusnahkan pahala puasa sebulan dengan sambutan hari raya yang melampau sehingga melakukan maksiat.
Hal ini merupakan beberapa kesalahan yang biasa dilakukan oleh umat Islam semasa menjalani ibadat puasa yang boleh merendahkan martabat bulan Ramadan.
Sayugianyalah, bagi menjamin pahala dan ganjaran yang dijanjikan Allah, hendaklah kita menjauhi perkara-perkara di atas.
Ini berdasarkan sabda baginda s.a.w yang bermaksud: Barang siapa yang berpuasa pada bulan Ramadan dengan penuh iman dan mengharapkan pahala, diampunkan baginya dosa-dosanya yang telah lepas. (riwayat al-Bukhari)
Isnin, 9 Ogos 2010
Rabu, 30 Jun 2010
7 KELEBIHAN KEPADA PENCINTA AL-QURAN
1. Tidak nyanyuk sampai hari tua ;
2. Orang tua yang mengamalkan Quran diumpamakan macam Quran buruk, lunyai, hancur, tetap disayangi, tetap dihargai. Orang masih menghormati dan mencintainya serta meletakkannya di tempat yang baik-baik. MasyaAllah! How true this is, I've seen with my very own eyes the evidence of this.
3. Orang yang mencintai al-Quran tidak perlu susah hati dengan usia tua, kalau tidak ada anak yang dapat menjaga dirinya, tetap akan ada orang yang Allah datangkan untuk menjaganya kerna ini adalah janji Allah kepada hamba-hamba NYA yang menjunjung kemuliaan mukjizat. Golongan ini dalam pengawasan para malaikat;
4. Orang yang junjung al-Quran dalam dirinya akan dijaga keselamatannya oleh Allah di dunia, di dalam kubur dan pada hari akhirat (ini untung 3 alam wahai para sahabatku!!!)
5. Wajahnya bercahaya-cahaya dan mesra untuk didekati;
6. Orang yang membaca al-Quran tidak dihina . Dia tidak akan menjadi peminta sedekah atau makan sampah di jalanan, misalnya.
7. Pengamal al-Quran hidupnya tampak sederhana tetapi sebenarnya dia kaya dengan sumber rezeki yang tidak diduga. Inilah lambang keberkatan yang Allah hadiahkan kepadanya. MasyaAllah!!!
Kita tak nak ke semua yang di atas tu???? Mesti mau kan??? Jadi, marilah kita sama-sama berusaha untuk menjadi bukan saja blogger tegar malah jauh lebih baik pengamal al-Quran yang tegar :))
Allah Maha Pengasih dan Penyayang kerana Dia telah menjamin orang yang selalu membaca al-Quran akan diberi ketenangan. Al-Quran ni Allah jamin boleh membelah tujuh petala langit dan tujuh petala bumi! Apatah lagi kulit kita yang nipis ni lagi mudah ditembusi dengan mukjizat ayat-ayat al-Quran.
Quran ini hidup. Dia ada roh. Dia kenal siapa yang mendampinginya. Apabila roh Quran telah bersatu dengan si pembaca, ia bagaikan suasana antara ibu dan anak - terlalu sayang. Apabila begitu, Al-Quran akan menjaga orang yang menghargainya bukan saja di dunia malah di alam kubur dan juga di akhirat. Dia akan bantu kita di dalam 3 alam yang berbeza!
Al-Quran menjamin ketenangan kita di dunia, dijaganya kita daripada seksa kubur, disinarnya kubur kita dengan cahaya dan dilapangkan kubur kita hinggalah hari kiamat. Begitulah setianya al-Quran kepada kita kalau kita memilihnya menjadi sahabat sejati kita yang hakiki.
Tapi kalau sebaliknya kita tak pernah langsung nak pegang al-Quran apa lagi nak baca dan amalkan suruhannya, maka jadilah kita antara sia yang dilaknat oleh Al-Quran (Na'uzubillai minzaalik). Dan tanda al-Quran melaknat manusia:
1. Di depan orang kita disanjung tetapi di belakang orang kita dihina dan dikutuk;
2. Rezeki tak pernah cukup;
3. Rumahtangga tidak tenang;
4. Semua orang kita anggap musuh.
Mudah-mudahan kita tak termasuk dalam golongan yang empat ni.
2. Orang tua yang mengamalkan Quran diumpamakan macam Quran buruk, lunyai, hancur, tetap disayangi, tetap dihargai. Orang masih menghormati dan mencintainya serta meletakkannya di tempat yang baik-baik. MasyaAllah! How true this is, I've seen with my very own eyes the evidence of this.
3. Orang yang mencintai al-Quran tidak perlu susah hati dengan usia tua, kalau tidak ada anak yang dapat menjaga dirinya, tetap akan ada orang yang Allah datangkan untuk menjaganya kerna ini adalah janji Allah kepada hamba-hamba NYA yang menjunjung kemuliaan mukjizat. Golongan ini dalam pengawasan para malaikat;
4. Orang yang junjung al-Quran dalam dirinya akan dijaga keselamatannya oleh Allah di dunia, di dalam kubur dan pada hari akhirat (ini untung 3 alam wahai para sahabatku!!!)
5. Wajahnya bercahaya-cahaya dan mesra untuk didekati;
6. Orang yang membaca al-Quran tidak dihina . Dia tidak akan menjadi peminta sedekah atau makan sampah di jalanan, misalnya.
7. Pengamal al-Quran hidupnya tampak sederhana tetapi sebenarnya dia kaya dengan sumber rezeki yang tidak diduga. Inilah lambang keberkatan yang Allah hadiahkan kepadanya. MasyaAllah!!!
Kita tak nak ke semua yang di atas tu???? Mesti mau kan??? Jadi, marilah kita sama-sama berusaha untuk menjadi bukan saja blogger tegar malah jauh lebih baik pengamal al-Quran yang tegar :))
Allah Maha Pengasih dan Penyayang kerana Dia telah menjamin orang yang selalu membaca al-Quran akan diberi ketenangan. Al-Quran ni Allah jamin boleh membelah tujuh petala langit dan tujuh petala bumi! Apatah lagi kulit kita yang nipis ni lagi mudah ditembusi dengan mukjizat ayat-ayat al-Quran.
Quran ini hidup. Dia ada roh. Dia kenal siapa yang mendampinginya. Apabila roh Quran telah bersatu dengan si pembaca, ia bagaikan suasana antara ibu dan anak - terlalu sayang. Apabila begitu, Al-Quran akan menjaga orang yang menghargainya bukan saja di dunia malah di alam kubur dan juga di akhirat. Dia akan bantu kita di dalam 3 alam yang berbeza!
Al-Quran menjamin ketenangan kita di dunia, dijaganya kita daripada seksa kubur, disinarnya kubur kita dengan cahaya dan dilapangkan kubur kita hinggalah hari kiamat. Begitulah setianya al-Quran kepada kita kalau kita memilihnya menjadi sahabat sejati kita yang hakiki.
Tapi kalau sebaliknya kita tak pernah langsung nak pegang al-Quran apa lagi nak baca dan amalkan suruhannya, maka jadilah kita antara sia yang dilaknat oleh Al-Quran (Na'uzubillai minzaalik). Dan tanda al-Quran melaknat manusia:
1. Di depan orang kita disanjung tetapi di belakang orang kita dihina dan dikutuk;
2. Rezeki tak pernah cukup;
3. Rumahtangga tidak tenang;
4. Semua orang kita anggap musuh.
Mudah-mudahan kita tak termasuk dalam golongan yang empat ni.
Jumaat, 4 Jun 2010
Demonstrasi Bantahan Kekejaman Yahudi di MASJID HADHARI, JERTIH
JERTIH 4 Jun- DPPKB dan PAS Kawasan Besut (PKB) berjaya menganjurkan demonstrasi aman bagi membantah kekejaman yang dilakukan oleh rejim Zionis Israel. Demonstrasi ini diadakan di perkarangan Masjid Hadahari, Jertih. Beberapa Pimpinan utama PKB turut hadir bagi menjayakan program ini.
Demo ini diakhiri dengan ucapan YDP Kawasan Besut. Sebagai tanda bantahan terhadap Israel peserta demo telah membakar bendera Israel, ini simbolik kebencian kita terhadap negara haram Israel.

peserta-peserta memegang sepanduk yang menyatakan tanda kebencian terhadap israel.
Ahad, 30 Mei 2010
MB Selangor selamat
KOTA BHARU – Pemimpin Pakatan Rakyat yakin kedudukan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim tidak tergugat walaupun gagal mempertahankan kerusi Parlimen Hulu Selangor pada pilihan raya kecil lalu serta dikaitkan dengan amalan rasuah berkaitan urus niaga pasir di negeri itu.
Katanya, sebagai Menteri Besar Khalid juga mendapat sokongan padu daripada dua parti komponennya iaitu DAP dan Pas.
“Setakat ini tidak ada apa-apa langkah untuk menukar Tan Sri Khalid, kita akan berbincang dengan parti dalam negeri Selangor untuk mendapat pandangan.
“Sebagai MB dia menerajui parti dalam Selangor,” katanya kepada pemberita pada sidang media yang diadakan selepas menyampaikan ucapan dasar presiden pada Kongres Nasional tahunan ke-6 2009 PKR di sini, semalam.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kedudukan Khalid sebagai Pengerusi PKR dan menteri Besar berikutan wujud dakwaan amalan rasuah yang melibatkan sebuah syarikat perniagaan pasir kerajaan negeri.
Kenyataan Wan Azizah itu turut disokong oleh Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali yang menyatakan sokongan penuh Pas terhadap kepimpinan Khalid.
“Kami meletakkan keyakinan penuh terhadap Tan Sri Khalid. Beliau telah melaksanakan tugas dengan baik,” katanya.
Sementara itu Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pihaknya meletakkan keyakinan yang penuh terhadap Khalid dan tidak mempunyai sebarang masalah berhubung kepimpinannya yang didakwa terlibat dengan amalan rasuah.
“Ia hanya membuka buku untuk siasatan penuh. Ia telah diumumkan oleh Tan Sri Khalid dan Selcat. Ia telah diketahui oleh Teng Chang Khim (Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor).
“Ia tidak dilihat sebagai satu masalah. Soalnya kalau ada laporan tentang rasuah, seperti yang disebut Presiden di dalam ucapannya, kita jangan selindung.
“Kita akan segera siasat. Tak perlu kita tunggu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), kita ada mekanisme sendiri,” katanya.
“Setakat ini tidak berbangkit. Cuma ada beberapa pandangan. Kita rujuk kepada ucapan presiden, Menteri Besar dan kepimpinan Selangor, kita mahu disegerakan program yang memberikan faedah kepada rakyat,” katanya.
Khamis, 27 Mei 2010
Tanah KTMB: Najib jangan berlagak ‘serba tahu’
Hazayani Zakaria
KUALA LUMPUR, 27 Mei: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dinasihatkan agar tidak berlagak seperti 'manusia yang serba tahu' sebaliknya harus merujuk kepada semua pihak sebelum membuat sesuatu keputusan melibatkan kepentingan negara.
"Datuk Najib sebagai Perdana Menteri tidak boleh berlagak seperti dia malaikat, dan tidak boleh berlagak dia seorang manusia yang serba tahu. Kerajaan sepatutnya merujuk kepada banyak pihak sebelum membuat keputusan penting ini," katanya ketika dihubungi Harakahdaily.
Ahli Parlimen Pokok Sena itu berkata, sebelum perjanjian dibuat dengan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong, Kerajaan seharusnya mewujudkan satu jawatankuasa khas parlimen yang terdiri daripada pelbagai latar belakang politik bagi membincangkan perkara ini.
"Sepatutnya kerajaan membuat perjanjian dengan Singapura, ia perlu dirunding dengan banyak pihak di Malaysia. Sepatutnya kerajaan mewujudkan satu jawatankuasa khas di parlimen yang meliputi pelbagai latar belakang politik untuk kita memberikan input yang baik kepada kerajaan," katanya lagi.
Isnin, 3 Mei 2010
Serah wilayah: Husam mahu penjelasan Najib
Harakahdaily
KOTA BHARU, 3 Mei: Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak digesa menjelasakan kepada rakyat berhubung bagaimana kabinet Malaysia pada 11 Februari 2009 bersetuju menyerahkan sempadan laut yang mempunyai medan minyak blok L dan M kepada negara Brunei.
Dalam surat terbuka yang penuh persoalan kepada Najib, Exco Kelantan, Datuk Husam Musa turut mempersoal, kenapa Malaysia terlalu mudah melepasakan dua blok minyak di kawasan bertindih itu.
"Jika kita tidak mempunyai hak ke atasnya sama sekali, bagaimana Brunei boleh mengizinkan kita terlibat sama dalam perkongsian pengeluaran bagi kedua-dua blok itu dalam tempoh empat puluh tahun?
"Mengapa pula sebelum ini kita telah menandatangani perjanjian konsesi dengan Murphy Oil jika kita tidak yakin ia adalah milik kita?
"Bukankah selama ini kawasan ini dalam perairan kita dan tiba-tiba kita tidak mempunyai asas yang kukuh untuk terus memilikinya?" soalnya dalam surat tersebut.
Dua blok minyak itu dulunya adalah milik Petronas dan Petronas telah pun menganugerahkan konsesi kawasan ini untuk pengeluaran kepada Petronas Carigali dan Murphy Oil sejak 2003 dan berkuatkuasa bulan April tahun ini, perjanjian konsesi berkenaan terpaksa ditamatkan.
Husam yang juga AJK PAS Pusat turu mempersoal, kenapa tiada penjelasan parlimen dibuat dan rakyat pula tidak dimaklumkan mengenai keputusan yang dibuat kerajaan itu.
Menurutnya, segalanya terbongkar hanya apabila Murphy Oil kepada NYSE membuat kenyataan selepas konsensinya dibatalkan.
"Rakyat berhak untuk tahu apakah sebab politik mendesak sehingga keputusan seperti itu dibuat.
"Adakah ia semata-mata untuk menyenangkan hati Perdana Menteri waktu itu dan seluruh Kabinet menerima keputusan ini walau pun ianya merugikan negara?" soalnya lagi.
Penyerahan itu juga jelas Husam menimbulkan keraguan terhadap tahap tanggungjawab pemimpin negara, bahkan tahap kemampuan mereka membuat keputusan untuk kepentingan negara dengan wajar dan tepat.
"Jika sebiji pulau kecil sebesar Batu Putih kita perjuangkan hingga saluran terakhir, mengapa wilayah sebesar dan sekaya itu kita lepaskan sebegitu mudah?
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir yang mendedahkan perkara itu mendakwa jumlah kerugian akibat penyerahan itu dalam bentuk perolehan adalah AS$100 bilion (RM320 bilion).
Khamis, 29 April 2010
Keadilan Untuk Aminulrasyid
Oleh Khalid Samad
Pada hari Isnin 26 April, jam 4 petang, saya telah menerima panggilan dari Ustadz Nasaruddin, Pemangku Ketua Pemuda PAS kawasan Shah Alam. Dia memberitahu saya bahawa seorang remaja yang berumur 15 tahun telah ditembak mati oleh Polis di Seksyen 11 Shah Alam awal pagi tadi. Penduduk sedang berkumpul di Surau Seksyen 11 untuk menunggu jenazahnya dan semua menyuarakan ketidak puasan hati atas tindakan Polis. Remaja berkenaan anak salah seorang ahli Qariah yang dikenali masyarakat tempatan
Pada hari Isnin 26 April, jam 4 petang, saya telah menerima panggilan dari Ustadz Nasaruddin, Pemangku Ketua Pemuda PAS kawasan Shah Alam. Dia memberitahu saya bahawa seorang remaja yang berumur 15 tahun telah ditembak mati oleh Polis di Seksyen 11 Shah Alam awal pagi tadi. Penduduk sedang berkumpul di Surau Seksyen 11 untuk menunggu jenazahnya dan semua menyuarakan ketidak puasan hati atas tindakan Polis. Remaja berkenaan anak salah seorang ahli Qariah yang dikenali masyarakat tempatanMendengar berita tersebut saya pun telah bergegas ke Surau berkenaan dan mendapati sudah ramai berkumpul di situ. Saya melihat ramai di antara mereka terdiri daripada remaja belasan tahun. Sebahagian dari mereka menunggu di luar kawasan Surau sambil sebahagian yang lain berada di dalam kawasan Surau tersebut. Setiba sahaja saya, qamat Salat Asr telahpun didengari dan Salat hendak dimulakan. Saya mengambil wudu’ dan seterusnya menyertai jemaah. Setelah selesai salat, saya mendapatkan penjelasan dari Ustadz Nasaruddin mengenai apa yang telah berlaku. Beberapa orang turut mendengar dan memberi penjelasan termasuk seorang penduduk yang telah menyaksikan sendiri peristiwa berkenaan kerana kereta yang dipandu arwah terbabas di hadapan rumah beliau.
Langgan:
Catatan (Atom)