Tok Guru Kesayangan Ummah

Ahad, 13 Disember 2009

Bimbang ramai Andartu-Nik Aziz

KOTA BHARU - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak bersetuju kadar mas kahwin dinaikkan kerana boleh menyebabkan ramai gadis dan wanita menjadi anak dara tua (andartu). Nik Abdul Aziz berkata, Kelantan tidak bercadang untuk menaikkan kadar mas kahwin yang sedia ada kerana tidak mahu membebankan pasangan yang ingin berkahwin terutama pihak lelaki.

“Kelantan tidak campur dalam penetapan kadar mas kahwin sebaliknya kita hanya memberikan pandangan. Mereka nak naikkan mas kahwin boleh tapi jangan sampai menyusahkan pihak lelaki. Lebih baiklah kita turut biar berpadanan. “Nabi kata, berilah walaupun sekadar cincin besi. Ini asas dalam Islam, bukan soal jual beli perempuan.

Tapi kita sekarang macam nak jual beli anak. Memang tak betul, lari jauh daripada kehendak Islam sebenar,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah mingguan di Dataran Ilmu di sini, semalam.

Nik Abdul Aziz berkata, beliau sudah lama mengamalkan langkah tidak mengambil berat mengenai mas kahwin termasuk yang membabitkan perkahwinan anak-anaknya sendiri. “Sayapun mengenakan tidak lebih RM1,000 bagi mas kahwin (yang termasuk hantaran) setiap anak saya sejak dulu,” katanya. Menurutnya langkah mengenakan mas kahwin dan hantaran yang terlalu tinggi lebih bersifat riak dan menunjuk-nunjuk. Enakmen Keluarga Islam Negeri Kelantan tidak menetapkan jumlah tertentu berhubung kadar mas kahwin bagi pasangan yang ingin berumah tangga di negeri itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan