Perkatan 'usul fiqah' ialah gabungan daripada dua perkataan iaitu
- usul - bererti dasar atau asas penting, di sini bermaksud dalil atau punca utama dalampengambilan hukum.
- feqah- bererti fahaman, di sini bermaksud hukum-hukum syara' yang didapati sebagai hasil kajian penuh teliti berpandukan dalil-dalil yang diperakukan
Oleh yang demikian dapatlah disimpulkan pengertian 'Usul Fiqah' ialah suatu ilmu yang membincangkan perkara kaedah untuk mendapatkan hukum-hukum syara' yang amali yang diambil atau didapati sebagai hasil kajian-kajian mendalam dengan berlandaskan dalil-dalil atau sumber hukum syara'yang sah.
Faedah Mempelajarinya.
Diantara faedah yang akan didapati daripada mempelajarinya ialah:
- membolehkan seseorang itu memahami tentang selok-belok hukum syara' yang ditetapkan.
- para mujtahid berpeluang mengeluarkan sendiri hukum-hukum syara' setelah membuat kajian mengenainya.
- para ulama' dapat menjelaskan dengan lebih jelas dan kemas akan sesuatu fatwa atau masalah yang dalam hal-hal yang berkaitan dengan tugasnya.
- para pelajar yang sedang membuat sesuatu kajian hukum akan dapat mengetahui perkara yang menjadi pokok perselisihan antara ulama' dan dapat membuat perbandingan untuk masalah-masalah yang lain pula.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan