Selasa, 29 Disember 2009
PESANAN RASULULLAH KEPADA SAIDATINA FATIMAH AZ ZAHRAH
Saidatina Fatimah pergi bertemu bapanya dan menyatakan hasrat untuk mendapatkan seorang khadam bagi membantu tugas hariannya di rumah. Bagaimanapun Rasulullah s.a.w. tidak mampu memenuhi permintaan anak kesayangannya itu. Lalu Baginda s.a.w. pergi menemui puterinya serta menantu itu. Baginda s.a.w. berkata:
"Apa kamu berdua mahu aku ajarkan perkara yang lebih baik daripada apa yang kamu minta daripadaku? Apabila kamu berdua berbaring untuk tidur, bertasbihlah (Subhanallah) 33 kali, bertahmid (Alhamdulillah) 33 kali dan bertakbir (Allahuakbar) 33 kali. Ia adalah lebih baik untuk kamu berdua daripada seorang khadam."
Inilah penawar ringkas yang Nabi s.a.w. ajarkan kepada anak dan menantunya bagi meringankan keletihan dan kesusahan hidup mereka berdua. Saidina Ali terus mengulang-ulang kalimah-kalimah Rasulullah.s.a.w. ini. Katanya "Demi Allah aku tidak pernah meninggalkannya semenjak ia diajarkan kepadaku."
Pemuda PAS terus desak MAIWP dedah info
Pemuda PAS Wilayah Persekutuan memberi tempoh seminggu lagi kepada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) untuk memberi penjelasan mengenai status tapak masjid di Desa Sri Hartamas sebelum membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM).
Ketua dewan itu Kamaruzaman Mohamad berkata isu tersebut sedang diteliti oleh peguam mereka untuk mengenal pasti sekiranya terdapat unsur-unsur meragukan dalam proses pertukaran tapak masjid itu kepada kawasan komersil."Sekarang ini sudah berlarutan lebih dua minggu selepas kita hantar memorandum kepada MAIWP, belum ada apa-apa penjelasan," katanya ketika dihubungi Malaysiakini petang ini."Kita beri tempoh seminggu lagi kepada MAIWP untuk berikan penjelasan, khususnya tentang pertukaran status tanah tersebut."Sekiranya ada elemen-elemen yang meragukan dalam penjelasan itu nanti, kemudian barulah kita akan laporkan kepada SPRM." Pada 16 Disember lalu, Pemuda PAS Wilayah Persekutuan menyerahkan memorandum kepada MAIWP supaya membuat penjelasan berhubung tanah yang kini dimajukan untuk membangunkan kompleks komersil Glomac Galeria.Dewan itu meminta MAIWP menyatakan individu-individu berkepentingan dalam membangunkan kawasan tersebut.
Di samping itu, MAIWP juga diminta mendedahkan nama kesemua 20 pemilik unit komersil berkenaan dan menjelaskan bagaimana duit jualan bagi projek itu, didakwa bernilai RM8.3 juta, disalurkan.MAIWP turut diminta mendedahkan butiran perjanjian dan dokumen yang berkaitan, selain menjelaskan kepentingan majlis agama tersebut dalam transaksi hartanah tersebut.Sementara itu, ketua pengarah eksekutif MAIWP Anan C Mohd pula secara ringkas memberitahu Malaysiakini, pihaknya telah memberikan jawapan kepada Pemuda PAS berhubung semua "persoalan yang dikemukakan.""Kita dah jawab semua dah. Kita dah maklumkan minggu lepas," katanya, menjelaskan makluman itu dihantar melalui sepucuk surat kepada pejabat dewan berkenaan.Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan butiran makluman tersebut kepada dewan tersebut.Sewaktu dihubungi kemudian, Kamaruzaman berkata pejabat beliau belum menerima dokumen daripada MAIWP.
Ahad, 20 Disember 2009
Dasar Pakatan Rakyat meyakinkan- DSAI
“BN tidak mampu dan tidak akan buat dasar sebagaimana yang kita buat pada hari ini. Kita ada dasar jelas yang amat berbeza dengan BN. Kita berpendapat suara rakyat tidak kira dari atas hinggalah paling bawah adalah suara sebenar dan kita perlu ikut.
“Sebagai contoh, dasar bahasa kita jelas, ia adalah kesinambungan kepada Perlembagaan Negara, iaitu bahasa Kebangsaan adalah Bahasa Melayu selain bahasa Cina dan Tamil dijamin,” katanya ketika menyampaikan ucapan penutup pada Konvensyen Pakatan Rakyat yang pertama di sini, semalam. Selain itu, Anwar juga mencabar orang Melayu agar berani bersaing dengan kaum-kaum lain.
“Ada rakan-rakan berkata kepada saya bahawa Melayu masih belum bersedia untuk menolak Dasar Ekonomi Baru (DEB). Tetapi yang lebih teruk dan memalukan, ada Melayu rasuah sehingga makan berbilion ringgit,” katanya.
Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh turut memberi peringatan kepada semua ahli PR agar tidak terpengaruh dengan konsep 1Malaysia kerana konsep tersebut mempunyai maksud yang tersembunyi. “Biarlah apa pun yang dibawa oleh UMNO/BN, tetapi hasilnya tetap sama iaitu melindungi kelompok rasuah.
“Untuk pengetahuan, kerajaan kita mendapatkan nasihat dari 20 syarikat ternama seluruh dunia untuk menjadikan 1Malaysia manis didengar,” katanya.
Katanya, dengan dasar baru ini, PR mempunyai rujukan bersama dan sudah tentu musuh utama yang perlu dihapuskan dahulu adalah rasuah yang telah menelan RM28 bilion wang rakyat setiap tahun. “Kita akan lawan rasuah habis-habisan, kita tidak benarkan rasuah membiak dalam PR,” katanya.
Konvensyen itu dihadiri lebih 1,500 perwakilan serta Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Pengerusi DAP, Karpal Singh dan Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa. Konvensyen PR ini diadakan bertujuan merangka polisi bersama dan melancarkan logo baru PR yang akan digunakan pada pilihan raya umum akan datang.
Rezeki akan menjadi luas sekiranya.........???
Teman dapat nie dari kawan kepada kawan … kawan.. kawan … teman … moga kita dapat manfaat bersama.
Saya teringat pesan rakan saya seorang yang berjaya. Katanya: “Kalau kau rasa kau kesempitan rezeki, duit tak cukup, harta rasa tak banyak, masa itulah masa paling sesuai untuk bersedekah.” Dia menyambung “Kalau kau sudah senang setelah sempit, banyakkan lagi sedekah kau itu pada masa tersebut. Nescaya Allah akan meluaskan pintu rezeki” . Saya berpegang pada pesanan ini. Setiap kali saya sempit, bila buka wallet ada RM2 saya sedekahkan RM1. Kalau ada RM40 saya sedekahkan RM10. Kalau ada lebihan saya sedekahkan sedikit. Kalau ada rakan susah nak pinjam duit, saya pinjamkan dengan niat kalau dia bayar alhamdullilah, kalau tak saya anggap saya sedekah. Alhamdullilah, rezeki Allah permudahkan setakat ini dan harapnya pada masa akan datang. Itu juga amalan kawan saya.
Pernah suatu hari rakan saya seorang jurutera baru sahaja accident kereta. Dalam masa yang sama kena saman polis. Lepas tu duit dia hilang. Kena pulak sakit pergi hospital dan keluar beberapa ribu. Saya pesan kat dia, mungkin Allah nak pesan agar dia memberi sedikit harta yang Allah berikan kat dia. Alhamdullilah lepas dia bersedekah, saya nampak kehidupan dia nampak mudah dan rezeki dia nampak luas.
Tapi kita kena ingat. Rezeki luas tak bermakna akan jadi kaya raya terus. Kadang, bak kata mak saya, rezeki luas nie macam makan seperti biasa, tapi rasa lebih kenyang dan puas. Gaji seperti biasa, tapi seolah-olah cukup. Dan paling utamanya kadang-kadang bantuan datang dari sumber yang kita sendiri tak sangka. “Dan apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan (di jalan Allah), maka pahalanya itu untuk kamu sendiri. Dan janganlah kamu membelanjakan sesuatu melainkan kerana mencari keredaan Allah (ikhlas). Dan apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan, nescaya kamu akan diberi pahalanya dengan cukup, sedangkan kamu sedikit pun tidak akan dianiaya.”(Surah al-Baqarah, ayat 272).
Dalam riwayat Ibnu Hibban dan Hakim dari ‘ Uqbah ia mendengar Rasulullah bersabda, “Setiap orang bernaung di bawah perlindungan sedekahnya hingga ditetapkan hisab (perhitungan) di antara manusia di yaumil akhirat.” saya bukan yg terbaik utk memberikan nasihat hanyalah sekadar memperingatkan sesama insan betapa Maha Pengasihnya Allah kepada hamba-hambaNya yang bertaqwa. Sekadar berpesan. Semoga ada manfaat.
p/s: renung-renungkanlah,semoga menjadi panduan bersama.
Jumaat, 18 Disember 2009
Mohd Arshad: Illegal garbagge dumping, who cares
No one could ever answer these questions until, probably, when all those running the councils are either replaced or their mind set changed to do their jobs efficiently. Garbagge disposal now seems unchecked and management inefficient.
The garbagge dumping shown here was about 3km from the JHEOA towards Janda Baik along the Gombak Road, Selangor.
(Pic: This fire has already burnt most of the garbagge on the road's curb and was spreading along the slop when I took this photo.)
Multiple complaints from nearby residents and those who love nature and care for the future generations had been voicing their dissatisfactions with the authorities, that is the local councils, the environment, the Drainage and Irrigation Ministry without any response.
I have been writing many times in this paper and a few others, getting the attention of the authorities but even that has fallen on deaf ears.
The High and Mighty Ministers, their followers, those with vested interests and some of their stooges have high class mansions in Janda Baik but not one from their group could notice the rampant dumping of garbagge along the road shoulders from Gombak to Janda Baik or Sempah Genting; maybe we should rename the road from ‘Sempah Genting to ‘Sampah Genteng’.
Perhaps the VIPs have no time by road to reach their ‘heaven’ and most probably take their preivate planes or helicopters. Recently it was discovered that logging activities was detected after operating for many years. Of course after so many years as by that time nothing would have been left to log and maybe a short air-field is also located nearby Janda Baik. I am aware of one mansion with a private helipad some where in Ampang.
What was up to the early seventies, beautiful wooden Malay houses with typical Malay dishes in cute, clean warungs now is replaced by shanties and some semi-permanent shacks, barely perched on one end along the road and mostly hanging/dangling precariously over the very steep slope that dip into one of the Gombak River tributaries.
(Pic: Further down, was this, just about ready to be, perhaps, bulldozed on the roads' edge and burned later on.)
(Pic: Along with the garbagge dump are a few 'camps' where litter was found along the river's bank.)
Khamis, 17 Disember 2009
Kurma,Kismis , Madu Dan Sebab Lelaki ditarik Ke Neraka
1. Ayahnya Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak mempedulikan anak2 perempuannya didunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat,mengaji dan sebagainya Dia membiarkan anak2 perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dgn hanya memberi kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya. (p/s; Duhai lelaki yg bergelar ayah, bagaimanakah hal keadaan anak perempuanmu sekarang?. Adakah kau mengajarnya bersolat & saum?..menutup aurat?..pengetahuan agama?.. Jika tidak cukup salah satunya, maka bersedialah utk menjadi bahan bakar neraka jahannam.)
Selasa, 15 Disember 2009
Wanita dan Auratnya
"Salam perjuangan kepada semua muslimin dan muslimat, saya doakan kepada anda semoga mendapat nikmat kesihatan dari Allah untuk anda meneruskan kehidupan di dunia ini dengan keluarga tersayang. Apa-apapun kehidupan di dunia ini adalah untuk memperolehi kebahagiaan yang dituntut oleh Islam iaitu kebahagian di dunia dan di akhirat. Tergerak hati saya untuk menulis satu artikel berkaitan dengan pakaian wanita yang sekarang ini semakin bergaya dengan fesyen yang dinamakan busana muslimah.
Saya hairan kadang-kadang ada wanita yang bergelar ustazah yang berpakaian tidak mengikut syarak Islam. Bagaimana dia hendak menyampaikan seruan Islam kepada umum sedangkan dia juga berpakaian tidak ikut syarak. Sejak kebelakangan ini, pakaian menurut Islam dipesongkan dengan berbagai fesyen yang dapat menarik penglihatan lelaki terhadap pakaian yang dinamakan busana muslimah. Islam bukan menghalang berfesyen tetapi wajib mematuhi garisan yang telah ditetapkan Islam. Sepertimana firman Allah : “sesungguhnya Allah suka kepada perkara yang cantik dan kemas”.
Ada setengah wanita Islam hanya meletakkan auratnya kepala dan rambutnya sahaja, contohnya kepala bertudung tetapi lengannya terbuka (pakai baju tangan pendek). Ada pula kain tebelah sehingga menampakkan kakinya, tetapi kepalanya bertudung. Ada yang bertudung Wahida atau Wardina tetapi dihiaskan dengan keronsang-keronsang yang berkilau serta berbaju kilat sehingga dapat menarik pandangan orang lain. Di kampung, ramai wanita keluar dari rumah untuk menjemur pakaian atau sapu sampah dikawasan rumahnya hanya bertudung atau diletakkan sehelai kain dikepalanya dan kakinya tidak berstokin.
Bagi wanita yang menjaga auratnya dengan berpakaian mengikut ketetapan yang telah ditetapkan oleh Islam, maka ia telah menjaga dirinya dari fitnah pandangan lelaki bukan mahram, bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita mukmin keseluruhannya. Harga diri wanita terlalu mahal. Percayalah dengan pakaian yang sempurna dapat menghindarkan dirinya dari perbuatan jahat, perbuatan keji dan mungkar. Wanita perlu ambil berat masalah ini, kerana takut diri mereka menjadi mangsa kepada kejahatan yang tidak diingini. Banyak kes-kes pencabulan, rogol dan sebagainya adalah disebabkan wanita berpakaian yang menarik dan menjolok mata.
Berfesyenlah seperti yang dikehendaki oleh Islam, jangan gadaikan diri anda kelembah dosa dan noda disebabkan fesyen yang tidak mengikuti syariat Islam. Jadilah wanita yang solehah (wanita muslimah) dengan berpakian dan berakhlak mulia. Sesungguhnya anda akan dipelihara oleh Allah sepertimana serikandi Islam iaitu Saidatina Aisyah, Saidatina Khadijah, Maryam ibu Nabi Isa, Rabiatul Adawiyah.
2010 cabaran besar menanti PAS
Oleh Zolkharnain Abidin
2010 bukan tahun pilihanraya. Pasti Najib tidak akan membubarkan parlimen pada tahun hadapan. Situasi semasa ekonomi terutamanya meletakkan 2010 bukan tahun yang sesuai untuk pilihanraya. Lagi pun penggal parlimen yang masih ada ini terlalu muda untuk itu.PAS bakal meninggalkan 2009 dengan seribu kenangan, manis dan pahit. Kenangan manis diharap tidak melekakan dan kenangan pahit tidak melemahkan
Suatu acara besar yang bakal mencorakkan wajah PAS pada tahun 2010 ialah Konvensyen Pakatan Rakyat pada bulan ini. PAS bersama PKR dan DAP bukan lagi rakan biasa tetapi bakal menjadi rakan rasmi, kiranya pendaftaran Pakatan Rakyat diluluskan.
Isu yang menyebabkan teranjurnya seminar khas rasanya tidak akan berbangkit lagi. Ianya terkunci mati. Mereka yang dikatakan terlibat memporak-perandakan PAS dengan isu itu bakal berhadapan tindakan. Mudah-mudahan isu tersebut akan terpadam terus daripada kamus perjuangan PAS.
Kajian yang dibuat oleh Dr Abu Hassan Hasbullah yang terbentang pada seminar khas yang lalu diharap tidak dibiarkan berlalu begitu sahaja. Kebimbangan mengenai penurunan sokongan golongan muda kepada PAS diharap dapat diubati khususnya oleh Pemuda PAS.
Demikian juga dengan keputusan PRK Bagan Pinang diharap tidak terus menghantui PAS. Walau pun keputusan itu bukan gambaran sebenar kepada situasi yang dihadapi PAS, tetapi kewujudan orang-orang seperti Isa Samad tidak boleh dipandang remeh. Itulah sebahagian sumber kekuatan Umno.
Di kalangan PAS adakah orang yang sehebat Isa, bukan rasuahnya tetapi dekatnya dia dengan hati dan jiwa rakyat setempat?
Umno masih mempromosikan isu hubungan PAS dengan DAP. Misalnya, PAS menjadi tunggangan DAP dan PAS makin luntur komitmen Islamnya kerana menjaga hati DAP. Walau pun itu adalah tuduhan tidak berasas Umno, PAS tidak boleh memandang mudah tuduhan itu. Sesuatu perlu dilakukan untuk menafikan tuduhan hodoh itu.
Antara isu kritikal juga ialah hubungan PAS dengan non Muslim khususnya ahli kelab penyokong PAS. Bagaimana status mereka, sekadar ahli kelab atau bakal dinaik taraf menjadi ahli PAS? Jelas, mereka tidak boleh dibiarkan terus sebagai ahli kelab sahaja tetapi perlu menjadi ahli PAS. Bagaimana? Tentu PAS ada mekanismenya.
Di samping isu-isu politik negara, PAS juga mesti peka dengan tugas pembinaan kualiti ahli. Melahirkan ahli PAS yang tidak lut oleh senjata Umno yang tajam itu bukan mudah. Justeru, program tarbiah siyasiyyah perlu mampu melahirkan ahli PAS yang terdidik sebagai ahli politik yang matang dan tahan uji serta masak dengan sepak terajang musuh.
Soalan akhir, apa khabar PAS Perlis? Bagaimana wajah PAS Perlis pada tahun 2010?
PAS Perlis tidak boleh lagi berterusan dengan strategi ‘Gerak Senyap’ juga ‘Menjadi Pembangkang Yang Kuat’, tetapi perlu mampu menampilkan diri sebagai ganti kepada Umno pada pilihanraya akan datang.
Gerakan politik bertahap tinggi hendaklah menjadi keutamaan. Penglibatan mereka yang berminda strategik dan berwawasan, berfikiran politik tinggi dan lincah perlu dibuka luas. Kita tidak boleh berpuas hati dengan tenaga yang ada yang masih belum mampu memecah tembok penghalang antara PAS dengan rakyat.
Mudah-mudahan 2010 membawa sinar yang lebih gemilang kepada PAS Perlis.
Isu ‘letak jawatan’ warnai hujung 2009
Oleh: Mat Zain Mat Isa
Tidak syak lagi isu perletakan jawatan sebilangan tokoh politik menjadi antara bahan bula bicara paling laris mutakhir ini. Sama ada isu tersebut sengaja dicetuskan kalangan anggota parti lawan atau memang disuarakan dari dalam parti mereka sendiri, pertikaian mengenai kedudukan mereka terbukti menjadi antara sajian paling menyelerakan lewat dada akhbar, laman internet mahu pun kaca televisyen.
Sebilangan isu berkisar atas desakan agar pemimpin tertentu meletakkan jawatan, manakala sebahagian lain pula semata-mata berdasarkan spekulasi atau laporan tidak berasas.
Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa tokoh paling kerap dikaitkan dengan isu perletakan jawatan ialah Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Kiat. Desakan agar beliau mengundurkan diri dari jawatannya datang dari kumpulan ahli parti itu sendiri.
Pada mulanya desakan itu sebagai retaliasi dari pengikut timbalannya yang dipecat, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek. Bahawa kepimpinan Tee Kiat yang tidak demokratik serta membelakangkan perlembagaan dan perpaduan parti akan menjerumuskan MCA ke kancah perpecahan lebih parah.
Suara serupa kemudiannya kedengaran dari kumpulan diketuai naibnya, Datuk Seri Liow Tiong Lai, terutama apabila Tee Kiat gagal tunduk kepada keputusan Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) parti itu yang menolak kepimpinannya. Suara membantah kepimpinan beliau semakin lantang apabila Tee Kiat memecat sebilangan anggota Jawatankuasa Pusat MCA yang condong kepada Tiong Lai.
Turut didesak meletakkan jawatan ialah bekas Timbalan Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP), Senator Dato’ T. Murugiah. Satu kenyataan oleh Presiden PPP, Dato’ M. Kayveas pada Isnin (30 November) lalu menyebut bahawa Murugiah diberikan masa 14 hari untuk meletakkan jawatannya sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Hujahnya, senator itu memperolehi jawatan itu ketika beliau masih menjadi anggota parti. Murugiah dipecat daripada PPP pada 16 Mei lalu.
Pemerintahan DAP di Pulau Pinang juga menjadi medan parti musuh mencari cacat-cela. Fokus segala kritikan dan kacau-ganggu terhadap kerajaan negeri itu ialah Ketua Menterinya, Lim Guan Eng. Para pemimpin dan penyokong Barisan Nasional (BN) tidak henti-henti mendesak beliau berundur kerana didakwa gagal memerintah dengan baik.
Kemuncak desakan itu ialah perhimpunan haram yang dihalalkan BN di hadapan bangunan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang baru-baru ini. Guan Eng bukan sahaja dikecam dan dikutuk, malah posternya dipijak, dikoyak dan dibakar.
PAS juga tidak terlepas dibabitkan dengan isu perletakan jawatan. Paling menjadi tumpuan kecaman dan desakan itu ialah Menteri Besar Kelantan, Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat. Mursyidul Am PAS itu didesak berundur dari memimpin kerajaan negeri dan partinya. Kemuncak desakan mereka ialah perhimpunan haram di hadapan pusat pentadbiran kerajaan Kelantan baru-baru ini.
Sementara desakan ke atas Nik Aziz itu datang dari kalangan musuh, suara menggesa Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berundur pula dipopularkan kalangan yang kononnya mahu melihat parti itu lebih berdaya maju.
Tidak dapat dipastikan apakah suara itu hanya dijulang kalangan yang benar-benar ikhlas sayangkan PAS atau ia turut ditumpangi anasir musuh. Namun yang pasti penegasan Abdul Hadi untuk tidak tunduk kepada desakan itu telah meredakan isu tersebut.
Di celah kehangatan desakan itulah tercetus pula dakwaan kononnya Exco kerajaan Kelantan, Datuk Husam Musa mahu melepaskan semua jawatan dalam parti dan kerajaan. Laporan akhbar mingguan yang kononnya berdasarkan maklumat sumber dalaman itu dibuktikan semata-mata spekulatif. Penafian beliau sendiri menguatkan andaian bahawa media tali barut BN itu sengaja mensensasikan isu tersebut untuk memporak-perandakan PAS.
Rupa-rupanya spekulasi perletakan jawatan tidak hanya terkena kepada pemimpin pembangkang. Minggu lalu dua pemimpin BN turut menjadi bahan dakwaan media kononnya mereka bakal berbuat demikian. Beberapa akhbar Cina melaporkan Tee Kiat akan melepaskan jawatan dalam parti dan kerajaan ekoran krisis dalaman MCA.
Sebuah portal pula melaporkan Dato’ Seri Sulaiman Abdul Rahman Taib sudah memaklumkan kepada Perdana Menteri hasratnya meletakkan jawatan Timbalan Menteri Pelancongan. Alasan disertakan ialah faktor kesihatan, walau pun sumber yang dipetik turut membayangkan ia ada kaitan dengan rasa tidak puas hati beliau terhadap layanan yang diberikan kerajaan Pusat kepadanya dan Sarawak.
Kedua-dua mereka atau wakil mereka yang mengulas laporan itu menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut. Mereka malah menganggapnya satu berita yang lucu dan tidak berasas.
Sementara kesemua pemimpin yang didesak atau dispekulasikan sebagai akan meletakkan jawatan itu bertegas tidak akan berbuat demikian, tiba-tiba yang benar-benar meletakkan jawatannya ialah Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Dalam kenyataan oleh Ketua Setiausaha Negara pada Jumaat (4 Disember) lalu, Dato’ Seri Ahmad Said Hamdan dikatakan telah mengemukakan notis bertulis memohon kontrak perkhidmatannya yang sepatutnya tamat pada 25 Mei depan dipendekkan sehingga 31 Disember nanti.
Agaknya inilah yang dikatakan orang-orang tua, ‘lain dijolok, lain pula yang gugur’. Ish! Ish! Ish!
Kerajaan Najib hampir tumbang lewat malam tadi
Dewan Rakyat bergegar dan Kerajaan Najib nyaris sahaja tumbang malam tadi!
Usul untuk meluluskan Bajet 2010 di Dewan Rakyat (Isnin, 14 Disember 2009) menyaksikan Barisan Nasional (BN) menang dengan majoriti tipis iaitu dengan 3 undi berbanding Pakatan Rakyat.
Sebelum itu, usul bagi perbekalan untuk Kementerian Dalam Negeri (KDN), yang dikira lebih awal iaitu sekitar jam 10.30 malam menyaksikan ia diluluskan hanya dengan 1 undi majoriti, iaitu 60 di pihak Pakatan Rakyat dan 61 di pihak BN.
Proses pengundian yang dikenali sebagai "belah bahagi" itu berlangsung kira-kira jam 10.45 malam sehingga kira-kira jam 11.30 malam, dengan beberapa ahli parlimen BN bergegas tiba dan mulai masuk ke dalam dewan sekitar jam 10 malam.
Sebelum itu, sesi jawapan menteri bagi kementerian terakhir iaitu KDN juga seperti sengaja dilengah-lengahkan bagi menanti ketibaan ahli-ahli Parlimen BN bagi mempertahankan Kerajaan Najib. Menurut jadual, sepatutnya jawapan menteri tamat kira-kira jam 9.30 malam, tetapi berlarutan sehingga lebih jam 10 malam.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di perkarangan Parlimen kira-kira 10 minit lebih awal berbanding Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang sampai sekitar jam 10.10 malam.
Speaker Dewan, Tan Sri Pendekar Amin Mulai yang membacakan keputusan itu menyebutkan dengan kiraan undi untuk meluluskan Bajet 2010 ialah keseluruhan BN-66 dan Pakatan Rakyat-63. Keputusan berkenaan bagaimanapun tidak boleh dibantah walaupun cuba dilakukan oleh beberapa ahli dewan Pakatan Rakyat.
Saat-saat dramatik itu bermula ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat sudah mulai riuh dan bersorak menandakan lakaran sejarah baru ini di dalam Dewan apabila di antara mereka turut mengira bahawa Pakatan Rakyat mendahului kiraan dengan majoriti tipis, iaitu 1-3 undi.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga berada di dalam dewan dilihat begitu tenang namun serius mengemudi ‘penentangan' hebat tersebut. Turut bersama menggempur BN saat itu ialah Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang juga Presiden Pas dan Lim Kit Siang, Pengerusi DAP.
Menurut seorang ahli parlimen yang berada di situ, beliau ragu dengan jumlah undi yang tertulis dan diserahkan kepada Speaker oleh Setiausaha Dewan, Datuk Rosmini Ahmad.
"Setiausaha Dewan tuliskan angka itu dikertas dan dia sendiri pun kelihatan sudah menggigil dan pucat muka," katanya.
Menurut sumber yang tidak mahu namanya dipetik berkata, kiraan untuk Bajet 2010 itu bertambah bilangannya apabila dua lagi ahli dewan baru masuk ke dalam dewan iaitu Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk M. Saravanan, disusuli ketibaan Datuk Seri Ong Tee Keat yang juga merupakan Presiden MCA.
Seorang ahli parlimen Pakatan Rakyat, R Sivarasah Rasiah bangun dan cuba membantah sewaktu usul bagi KDN yang diluluskan begitu cepat dan perlunya kiraan semula, tetapi telah ditolak oleh Speaker dewan.
Lebih mengharukan menurut ahli parlimen itu lagi, terdapat beberapa orang senator yang masih berada di dalam Dewan, yang memungkinkan turut dikira sedangkan senator adalah tidak layak untuk mengundi dan tidak boleh berada di dalam dewan sewaktu proses pengundian.
Selain itu, buat pertama kalinya, dua timbalan speaker terpaksa duduk di tempat ahli parlimen bagi dikira sekali undian mereka, iaitu Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Datuk Ronald Kiandee. Memang hal ini dibenarkan mengikut peraturan dewan, tetapi ia tidak pernah terjadi sebelum ini.
Para pegawai Perlimen yang bertugas juga menyaksikan episod tersebut. Andai tidak, kita akan menyaksikan bagaimana buat pertama kalinya, BN tumpas dalam kiraan undi di Dewan Rakyat yang memboleh implikasi kerajaan Najib menerima usul undi tidak percaya.
Pada sebelah siangnya, Speaker dewan turut menolak usul pindaan Akta Pembangunan Petrolium 1974 yang antara lain menyebabkan kerajaan negeri Kelantan dinafikan hak mendapat royalti minyak daripada kerajaan Pusat.
http://dppperak.blogspot.com/
Isnin, 14 Disember 2009
Alam Mahsyar
2. Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendirimenjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi MahaPerkasa”. Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg MahaKuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.
3. Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atasbumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidakberbukit atau bulat seperti bumi.
4. Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi"yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yg kembang membesar dari biji benih.
5. Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina.Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.
6. Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa).Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibukmemikirkan nasib mereka.
7. Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskancahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.
8. Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah Ta’ala. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.
9. Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.
10. Terdapat satu kolam kepunyaan Nabi Muhammad s.a.w. bernamaAl-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya.Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segiempat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.
11. Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
a. Pemimpin yang adil.
b. Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
c. Lelaki yang terikat hatinya dgn masjid.
d. Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
e. Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata"Aku takut pada Allah".
f. Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
g. Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanyakerana takutkan Allah.
12. Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka punpergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah Ta’ala. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., NabiIsa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnyamereka berjumpa Rasullullah saw. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.
13. Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad s.a.w. ke hadrat Allah Ta’ala. Lalu diperkenankan doa baginda.
14. Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hinggamenakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.
15. ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah(bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istanayang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya.Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.
16. Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.
17. Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakantimbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turundari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglahia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis olehmalaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.
18. Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing-masing.Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.
19. Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad s.a.w., dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.
20. Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akanmencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.
21. Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu NeracaTimbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untukmenimbang dosa.
22. Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dan para imam 4 mazhabuntuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.
23. Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.
24. Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata-kata,kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan diadili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.
25. Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.
26. Syafaat Nabi Muhammad s.a.w. di akhirat :
a. Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
b. Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
c. Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah Ta’ala.
27. Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhanuntuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.
28. Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orangmu kmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.
29. Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun.5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhlukyang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korbandan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.
30. Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.
Rujukan:
Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-Fathani.
Mengenal Ilmu Usul Fiqah
Perkatan 'usul fiqah' ialah gabungan daripada dua perkataan iaitu
- usul - bererti dasar atau asas penting, di sini bermaksud dalil atau punca utama dalampengambilan hukum.
- feqah- bererti fahaman, di sini bermaksud hukum-hukum syara' yang didapati sebagai hasil kajian penuh teliti berpandukan dalil-dalil yang diperakukan
Oleh yang demikian dapatlah disimpulkan pengertian 'Usul Fiqah' ialah suatu ilmu yang membincangkan perkara kaedah untuk mendapatkan hukum-hukum syara' yang amali yang diambil atau didapati sebagai hasil kajian-kajian mendalam dengan berlandaskan dalil-dalil atau sumber hukum syara'yang sah.
Faedah Mempelajarinya.
Diantara faedah yang akan didapati daripada mempelajarinya ialah:
- membolehkan seseorang itu memahami tentang selok-belok hukum syara' yang ditetapkan.
- para mujtahid berpeluang mengeluarkan sendiri hukum-hukum syara' setelah membuat kajian mengenainya.
- para ulama' dapat menjelaskan dengan lebih jelas dan kemas akan sesuatu fatwa atau masalah yang dalam hal-hal yang berkaitan dengan tugasnya.
- para pelajar yang sedang membuat sesuatu kajian hukum akan dapat mengetahui perkara yang menjadi pokok perselisihan antara ulama' dan dapat membuat perbandingan untuk masalah-masalah yang lain pula.
DAP tidak boleh pertikai pembinaan masjid: YB Datuk Harun Taib
Iran perlu 15 loji nuklear
MANAMA - Iran memerlukan 15 loji nuklear untuk menghasilkan tenaga elektrik, kata Menteri Luar, Manouchehr Mottaki, semalam. Kenyataan beliau menunjukkan kesungguhan Iran untuk meneruskan program nuklear yang dituduh Barat sebagai bertujuan untuk membuat bom atom. :Manouchehr juga ragu sama ada perjanjian bahan api nuklear yang: dirangka Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bertujuan menghindarkan kebimbangan: dunia mengenai matlamat nuklear Teheran. "Saya fikir kita perlu mengetepikan kesemuanya atau mencadangkan sesuatu yang lebih sederhana sebagai jalan tengah," katanya. Iran berusaha melakukan beberapa pindaan penting ke atas perjanjian itu. Menerusi perjanjian berkenaan, Iran dikehendaki memproses uranium di luar negara dan akan menerima bahan api bagi reaktor nuklear untuk penyelidikan perubatan. Namun, Teheran menegaskan ia boleh menghasilkan sendiri bahan api jika gagal mendapatkannya di luar negara.
Ahad, 13 Disember 2009
Bimbang ramai Andartu-Nik Aziz
Jumaat, 11 Disember 2009
Kerajaan Malaysia sudah habis duit?- Salahuddin
Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata Negara memerlukan reformasi ekonomi bagi menjamin pertumbuhan yang lebih pesat.
“Oleh sebab itu, kita serius dalam menilai semua tindakan yang dibuat oleh kerajaan bagi menyelamatkan kewangan Negara yang meruncing.” Katanya kepada Harakah.
Ahli Parlimen Kubang Kerian itu turut bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua yang mendakwa kewangan Negara kini semakin parah.
Akhbar China Press pada 2 Disember pula menyiarkan berita yang bertajuk ‘Adakah keadaan kewangan negara hampir menemui ajalnya?’ dalam ruangan Perbincangan Rakyat.
Mengulas lanjut mengenai kenyataan Tony itu, Salahuddin melahirkan kebimbangan kerana pihak yang akan menjadi mangsa kepada situasi ini adalah rakyat.
Hal ini diburukkan lagi dengan cukai baru yang diperkenalkan iaitu cukai perkhidmatan dan barangan(GST)
“Ini (GST) yang paling digeruni kerana ia memangsakan rakyat yang sebelum ini telah pun tertindas.”ujarnya.
Sementara itu, Tony Pua menerusi artikel dalam akhbar China Press itu mendakwa, beliau dimaklumkan”kerajaan sudah tidak ada duit” sebelum bajet 2010 diumumkan pada akhir Oktober lalu.
“Apabila dikaji Bajet 2010, semua menteri tidak kira di dalam dewan atau di luar, berkata kerajaan semakin kehabisan wang. Saya sendiri tidak percaya. Ia memang sangat menakutkan.
“Kerajaan telah gunakan sepenuhnya duit dari sumber petroleum. Setiap sen duit itu semua telah habis digunakan oleh kerajaan.” katanya.
Menurut Salahuddin, paling malang semua duit digunakan untuk pengirisan kerajaan da bukannya untuk menjana ekonomi Negara.
“Akhirnya bayaran balik pinjaman negara semakin lama semakin tinggi” dakwanya.
Oleh itu katanya, kerajaan cuba melakukan apa sahaja untuk mendapat duit. Ini termasuklah yang nampak remeh seperti cukai minimum RM50 untuk setiap kad kredit. Keadaan itu katanya, akan membolehkan kerajaan mendapat hasil tambahan RM500 juta dan ia adalah wang rakyat.
Katanya, pelbagai cukai baru yang membebankan rakyat diperkenalkan termasuk cukai perkhidmatan dan barangan (GST) yang akan dikenakan pada 2011.
“Maka orang kaya atau miskin juga dikenakan cukai. Ketika ini hanya 6.7 peratus penduduk negara ini dikenakan cukai tetapi apabila GST diperkenalkan, semua akan terima beban.”
“Nampaknya dalam tempoh 20 tahun ini, rasuah di kalangan pegawai kerajaan semakin berleluasa dan kini kerajaan kehabisan duit. Kerajaan terpaksa mengemis kepada rakyat, tetapi rakyat sebenarnya menjadi mangsa disebabkan pelbagai cukai tersebut.”
“Kini rakyat semakin sedar bahawa kerajaan Barisan Nasional tidak cekap menguruskan wang negara,” kata Salahuddin lagi.
sumber: Harakah (Bil 1495)
Khamis, 10 Disember 2009
jangan menggunakan HP bila masih tersambung ke kabel letrik(tengah cas)!!
Nazri : Kuda Putus Tali
Tindakan menukar jantina wang minyak dari royalti kepada ihsan adalah tindakan politik. Mahkamah juga kadang kala menjadi instrumen politik kerajaan.Sebelum kita menghulur kepala kita dalam satu medan yang agak samar integritynya, biarlah kita bergelumang menerusi pentas politik dulu. Nanti istilah sub judice akan menjadi benteng memagari kita dari terus bercakap tentang penganiyaan Kerajaan Persekutuan dalam isu ini.Biarlah penghakiman rakyat mengambil tempat terlebih dahulu dalam berbagai bentuk sebagai hamparan menuju Mahkamah. Sebuah NGO baru bernama GEGAR yang menggabungkan puluhan NGO telah tertubuh di Kelantan. GEGAR bekerjasama dengan NGO serupa di Terengganu bernama MAMPAT. Program mereka antara lain mebawa kuda jagoan UMNO sendiri untuk bercakap bahawa keputusan Kerajaan UMNO/BN adalah nyata salah. Kalau Ku Li sebagai pengasas Petronas kata royalti adalah terhak dan ihsan adalah pelanggaran terhadap perjanjian, siapalah Nazri?Ku Li akan berucap. Berupayakah UMNO menidakkan pendapat Ku Li?Ku Li lebih reliable atau pemimpin negara yang mengatakan sebaliknya lebih reliable? Tidak ada seorang pun pemimpin negara yang ada kini lebih autoritatif dari Ku Li dalam isu ini. Penjelasan demi penjelasan akan nanti menjejaskan kepercayaan rakyat terhadap Kerajaan dan rasanya ini lebih mahal dan berharga.Hujjah yang benar tetap kuat sekalipun diucapkan di luar Mahkamah. Penghujjahan yang bernas boleh membawa rakyat menghakimi tindakan Kerajaan Persekutuan dengan kuasa rakyat.Keputusan politik dihadapi dengan tindakan politik, sampai satu masa yang tepat untuk tindakan selanjutnya.Sambil itu, teruskan berdoa. Jika Nazri inginkan doa dihentikan, lagilah perlu doa diulang-ulangi terus menerus.Lagi pun cabaran Nazri tak semestinya menggambarkan hasrat dan pendirian Kerajaan Pusat. LIhat saja isu BTN, TPM pun tak setuju selaran Nazri pada Tun Mahathir. Maknanya, kalau pun tidak "loose cannon on rolling deck" , Nazri adalah kuda putus tali. Larinya kencang tapi kadangkadang lari luar gelanggang.Apa pun, kalau Kerajaan Pusat begitu yakin mereka benar, Kerajaan Pusat boleh ke Mahkamah untuk mendapatkan perisytiharan terhadap kedudukan sebenar perjanjian itu. Saya tak tau boleh tak boleh, tapi Kerajaan Pusat rasanya juga boleh ke Mahkamah.Kelantan, seperti kata Tok Guru, tetap akan sampai ke situ tetapi bila, biarlah ikut agenda kita.
Selasa, 8 Disember 2009
'Nyawa' UMNO bergantung kepada wang
Katanya, pemimpin Umno menjadi susah hati sekiranya parti itu tidak mempunyai sumber kewangan.“(Pemimpin) Umno, nyawa mereka hanya wang. Kalau tidak ada wang, mereka susah,” ujarnya ketika berucap pada Majlis Penyampaian Bantuan Musim Tengkujuh di Kampung Gong Merawang, dekat sini, petang semalam.
Ini, katanya berbeza dengan perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS yang menjadikan agama yang suci itu sebagai 'nyawa' dalam menegakkan kalimah Allah di atas muka bumi ini.
Sehubungan itu, beliau mengingatkan para penerima bantuan supaya tidak menjadikan kebendaan sebagai keutamaan dalam kehidupan sebaliknya berbangga dengan nikmat Islam dan iman.
“Nikmat yang paling besar kurniaan Allah kepada kita ialah nikmat Islam dan iman,” ujarnya.
Justeru, tambahnya walaupun sumbangan yang diterima pada majlis itu tidak seberapa tetapi para penerima hendaklah menyedari bahawa PAS sentiasa prihatin terhadap masyarakat.
Beliau yang juga Ketua Pemuda MTD Ru Rendang mewakili bapanya selaku Ahli Parlimen Marang dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ru Rendang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut menyampaikan bantuan itu kepada penerima. (Gambar)
Sebanyak 101 keluarga menerima sumbangan pada majlis pertama kali anjuran PAS Cawangan Kampung Baru Ru Muda itu yang terdiri daripada golongan miskin, ibu tunggal dan mangsa banjir.
Menurut ketuanya, Haji Abdul Aziz Ngah, pihaknya sebelum ini sering mengadakan aktiviti kebajikan tahunan seperti penyampaian sumbangan hari raya, bantuan persekolahan dan mangsa yang ditimpa musibah.
Katanya, PAS cawangan menyedari masalah yang dihadapi oleh para penduduk yang terdiri daripada nelayan, penoreh getah dan bekerja sendiri yang tidak dapat melakukan aktiviti harian pada musim tengkujuh.
“Bagi meringankan bebanan hidup mereka, yang sudah tentu menyulitkan mereka mencari rezeki untuk menyara keluarga, maka kami berusaha memberikan sumbangan berupa barangan keperluan harian ini,” katanya.
Beliau juga mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada para penyumbang yang sentiasa memberikan sokongan bagi menjayakan aktiviti kebajikan PAS cawangan kepada masyarakat setempat.
Jumaat, 4 Disember 2009
Media Arus Perdana Tak Mampu Tumbangkan Nik Aziz
MAKIN hari semakin menirus, itulah gambaran yang boleh diberikan kepada usaha pihak tertentu khasnya media arus perdana dan blog liar untuk mengugat dan mengugurkan Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dari kerusi MB. Pendedahan yang dibuat oleh media dan blog, bunyi hebat tetapi kesan tidak seberapa. Macam meriam buluh tersumbat saja.
Makin lama pendedahan dibuat dengan maklumat-maklumat kononya baru, jadi semakin lemah dan tidak berkualiti. Adakalanya melebih-lebih dan menyebabkan pembaca mula naik muak.
Himpunan membantah dan mendesak Nik Aziz di hadapan pintu pagar Kota Darulnaim dua hari lalu yang dilakukan oleh kumpulan yang menamakan diri mereka Jemaah Prihatin Rakyat Kelantan (JPRK) dihadiri kira-kira 47 (tidak termasuk anggota polis, wartawan/jurufoto dan orang Pas) tidak memberi bekas apa-apa. Himpunan membawa dua tiga batang sepanduk itu seolah-olah budak sekolah Tadika menyambut hari kelahiran Nabi (Maulud) saja.
Bahkan tunjuk perasaan itu menguatkan lagi kedudukkan Nik Aziz. Nik Aziz kini mendapat simpati yang melimpah ruah.
Betapa tidak, baik Dewan Pemuda, Dewan Ulama tidak berdiam diri mengenai kedudukan Nik Aziz, bila ada tunjuk perasaan itu mereka bangkit membela tok guru mereka dan masing-masing menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada MB itu.
Tengoklah apa yang akan berlaku di Dataran Ilmu di Kota Bharu esok, di mana dirancangkan untuk mengadakan himpunan menyatakan sokongan kepada Nik Aziz. Kalau tidak hujan pasti jumlah mereka yang hadir akan berlipat ganda. Majlis mengajar – dengar kuliah Nik Aziz itu akan bertukar menjadi majlis berdoa dan menyokongnya. Tengoklah...
Sebuah akhbar arus perdana juga hari ini sudah ketiadaan modal, terpaksa memusing rekod lama mendedahkan mengenai rumah, bangunan dua tingkat, stesen minyak dan kedudukan sekolah Darul Anuar di Pulau Melaka. Itu semua cerita lama yang sudah tidak lut!
Di sini saya tidak mahu menafikan kebenaran itu semua, tetapi bagi rakyat Kelantan isu-isu peribadi dan melibatkan keluaraga Nik Aziz tidak berapa membekas. Ia diterima sewajanrya oleh rakyat Kelantan. Rakyat Kelantan saya yakin tidak akan marah sampai memberontak mengetahui apa yang didedahkan itu. Kewarakan dan keperibadian Nik Aziz mengkaliskan semua itu.
Salahkah kalau Tuan Sabariah Tuan Ishak memiliki dua buah rumah kedai dua tingkat? Hak mendapat dan mencari harta adalah hak semua orang. Harta itu dibeli dengan wang ringgitnya sendiri. Selama 19 tahun suaminya menjadi MB, dan selama 21 tahun suaminya menjadi wakil rakyat, apakah tidak mungkin Tuan Sabariah memiliki rumah kedai sebagai pelaboran? Dia juga tahu suaminya orang politik. Nasib orang politik, akan boleh jadi apa saja. Jadi apa yang beliau lakukan adalah langkah beringat.
Tuan Sabariah juga ada anak, 10 orang. Salahkan kalau beliau kumpul wang pemberian anak dan menantunya, dan suaminya dan ditugukan atas rumah kedai itu? Zalimlah dunia kalau
Demikian juga halnya stesen minyak milik salah seorang anak Nik Aziz itu. Sekali lagi bukan saya nak nafikan akan harta perniagaan itu. Tetapi salahkah kalau anak Nik Aziz memiliki stesen minyak? Bukankah perniagaan dihalalkan? Saya tidak mahu menjustifikasi perkara ini dengan mengatakan anak politician lain lebih hebat. Tetapi perlu disedari, sebagai anak kepada MB, anak-anak Nik Aziz tidak mendapat elaun dari kerajaan negeri. Untuk hidup, kahwin dan berumah tangga mereka memerlukan pekerjaan dan perniagaan sendiri. Satu masa anaknya bernama Nik Abduh pernah menjual ubat-ubatan herba untuk hidup.
Adapun kedudukan sekolah Darul Annuar yang kini menjadi milik Yayasan al-Omari, milik Nik Omar Nik Abdul Aziz, sekiranya proses mendapatkannya tidak telus kenapa tidak dilaporkan saja kepada SPRM. Laporlah kepada SPRM. Saya yakin Nik Aziz tidak ada kuasa menghalang SPRM untuk menyiasatnya. Apakah ianya sudah dilapor dan siasatan sudah dibuat?
Begitu juga rumah Nik Aziz yang dikatakan buruk di depan dan cantik dibelakang. Saya tidak mahu bercerita panjang, semua orang boleh pergi dan tenguk dengan mata kepala sendiri. Saya pernah mendengar banyak orang bercerita demikian tanpa dia pergi melihat sendiri keadaanya. Pergilah sendiri dan periksa sendiri. Bawa QS dan arkitek dan kontraktor, kira dan nilai sendiri berapakah nilai sebenarnya rumah Nik Aziz itu kemudian dedahkan seluas-luasnya.
Usaha untuk memburukkan Nik Aziz dengan pemilikan harta dan kekayaan tidak berbaloi dan menimbulkan kemarahan rakyat Kelantan. Sebab rakyat Kelantan sudah makrifah dengan kehidupan Nik Aziz yang zuhud dan sedarhana. Bukti yang didedahkan hanya andaian semata-mata dan bukan yang hakiki. Kalau setakat ambil gambar dan figurenya direka, mengatakan harta Nik Aziz 10 juta tidak berbaloi. Ia satu kesilapan dan kenaifan si tukang penilai itu sendiri. Sepatunya harta Nik Aziz perlu dinilai sampai mencecah RM 100 juta barulah boleh membeliakkan biji mata. RM10 juta, apa, sedikit sangat dalam nisbah hari ini.
Betul memiliki harta secara haram itu walaupun 10 sen salah, tetapi apakah yang berlaku itu benar-benar salah, atau tuduhan semata-mata? Tuduhan dan persepsi tidak boleh diterima pakai sebagai sesuatu yang mutlak.
Pada saya, apa yang Nik Aziz miliki dan Exco-exco lain miliki, baik Takiyuddin Hassan, Annuar Tan Abdullah, Mohd Amar Abdullah, dan yang lain-lain atau wakil rakyat seperti Wan Ismail Wan Jusoh, Zaki Ibrahim, Abdul Halim Abdul Rahman, Wan Abdul Rahim Abdullah, Abdul Fatah Haron dan lain-lain adalah wajar. Kenapa harus didengki apa yang mereka perolehi. Kalau pun mereka perolehi kerana Pas menjadi kerajaan ia tidak salah dan bagi saya sesuatu yang wajar.
Kenapa saya berkata begitu? Kerana mereka inilah yang menyambungkan perjuangan siang malam tokoh-tokoh terdahulu yang bermula sebaik Pas kalah tahun 1978. Mereka yang menyambungkan perjuangan Buniyamin Yaacob, Cikgu Musa Salleh, Mohammad Amin, Saufi Othman, Yaacob Awang Besar, Wan Jamil Mohamad (semua Allahyarham), Omar Mohamad, Abdul Halim Abdul Rahman, dll.
Saya tahu sungguh akan kesungguhan dan kegigihan para pejuang ini. Mereka akan turun dari rumah sejak 6:00 petang dan akan pulang lewat jam 4:00 pagi kerana berceramah memberi kesedaran kepada rakyat. Kesusahan mereka dalam perjuangan membangkitkan semangat Pas hanya Allah saja yang tahu. Ada kalanya kereta kehabisan minyak tengah jalan dan terpaksa pulang berjalan kaki.
Jadi kalau mereka ini mendapat sedikit habuan untuk kelegaan kehidupan apa nak dipertikaikan. Saya yakin roh kepada para pejuang gigih Pas itu akan merasa senang dan bahagia kerana melihat para penyambung mereka boleh menikmati hasil perjuangan mereka. Al Fatihah untuk mereka sebanyak tiga kali.
Pada saya soal memiliki harta menerusi kuasa kerajaan selagi ianya masih tidak melampau dan dilakukan dengan prosuder yang betul boleh dihalalkan. Tidak kira mereka dari parti mana termasuk Umno, PKR ataupun DAP. Saya percaya rakyat Kelantan menyedari akan situasi ini sebab itulah soal pemilikan harta ini tidak menjadi titik bengik kepada mereka. Kebanyakan pemimpin Pas di samping ikut memiliki harta mereka tidak mengabaikan kepentingan rakyat. Itulah hakikatnya pentadbiran Nik Aziz. [wm.kl.10:19 am 03/12/09]
http://msomelayu.blogspot.com/
PMBK:Menantu Nik Aziz letak jawatan Mac depan
Menantu menteri besar Kelantan, Abdul Ariffahmi Ab Rahman akan meletak jawatan sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) Kumpulan Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) berkuatkuasa 23 Mac 2010.Dalam satu kenyataan hari ini, Abdul berkata, berdasarkan terma surat pelantikannya, beliau perlu memberi notis 90 hari untuk meletak jawatan.Berikutan itu, katanya, beliau akan memberi notis peletakan jawatannya pada 24 Disember ini."Ini bermakna tarikh akhir saya akan berada di pejabat ialah pada 23 Mac 2010," katanya, sambil menambah tarikh rujukan itu berpandukan kalendar hijrah yang menjadi amalan sistem bayaran gaji oleh PMBK.
Menurutnya, perkara itu diputuskan setelah mengambil kira masa yang perlu diambil oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat untuk mencari penggantinya untuk menerajui PMBK.Abdul Ariffahmi berkata, ia bertujuan untuk memastikan PMBK dapat beroperasi seperti biasa setelah ketiadaan beliau."Dalam tempoh yang sama, tempoh ini akan diambil untuk menyiapkan kerja-kerja akhir merujuk kepada beberapa perkara yang telah diputuskan oleh ahli lembaga pengarah PMBK sebelum ini," katanya.
Merujuk kepada sidang media bersama beliau dengan Nik Aziz pada 23 november lalu, Ariffahmi berkata, beliau sentiasa patuh kepada pucuk pimpinan dan akur dengan nasihat menteri besar kelantan itu supaya meletak jawatan sebagai CEO PMBK.
"Dalam sidang media tersebut, Tuan Guru (Nik Aziz) menasihatkan saya untuk menetapkan tarikh yang sesuai bagi tujuan peletakan jawatan saya selaras dengan terma-terma pelantikan," katanya dalam kenyataan itu.
Sebelum itu, ketika dihubungi Malaysiakini kira-kira jam 2.40 petang tadi, Abdul Ariffahmi berkata beliau akan mengeluarkan kenyataan hari ini berhubung tarikh peletakan jawatannya dalam PMBK.Pada 25 November lalu, Nik Aziz diminta menasihatkan Abdul Ariffahmi meletakkan jawatan bagi "menutup segala pintu fitnah" terhadapnya.Keputusan itu dicapai ekoran mesyuarat khas Nik Aziz yang juga mursyidul am parti itu bersama timbalannya Datuk Dr Haron Din, presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang, naib presiden Salahuddin Ayub dan bendahari agungnya, Dr Hatta Ramli.
Selasa, 1 Disember 2009
Tak Sampai 50 Orang Berhimpun Desak Nik Aziz Letak Jawatan
HASRAT satu kumpulan manusia untuk berarak dan berhimpun di depan pejabat Menteri Besar, Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kota Darulnaiam, Jalan Kuala Krai, Kota Bharu pagi ini tidak kesampaian apabila tidak sampai 45 orang yang menyahut dan berhimpun di pinggir jalan berkenaan.
Seorang penjenguk blog Merah Tinta yang memantau keadaan sejak pagi tadi, memberi tahu apa yang kelihatan dua buah teksi roda tiga yang dipercayai diupah berada di hadapan pintu masuk ke Kota Darunaim sejak jam 7:30 pagi.
Isnin, 30 November 2009
4. Untuk menentukan dirinya tidak dicabar ketua cawangan tidak akan benarkan sesiapa yang lebih terpelajar daripadanya masuk UMNO cawangannya. Lebih daripada itu kebanyakan peruntukan untuk jadi ahli UMNO, yang mana dia mesti melalui cawangan, tidak akan dilayan. Tujuannya ialah supaya cawangannya tidak mempunyai banyak ahli kerana mereka tetap akan menimbulkan masalah dan sukar dikawal, bahkan sukar disogok pun.5. Sebab itu tidak ramai ahli profesional yang dapat menjadi ahli UMNO. Sebaliknya semakin ramai daripada pemimpin PAS terdiri daripada doktor, peguam, jurutera dan lain-lain profesyen.6. Oleh kerana ketua cawangan biasanya tidak memiliki pelajaran yang tinggi dan beliau menentukan ahli lain dalam cawangannya mempunyai ilmu pengetahuan yang lebih rendah daripadanya, maka apabila ketua terpaksa berhenti kerana sebab-sebab tertentu, maka penggantinya akan terdiri daripada yang kurang berkebolehan daripadanya. Dengan itu kualiti kepimpinan akan merosot sepanjang masa.7. Tentu ada cawangan yang tidak seperti ini tetapi pengecualian hanya mengesahkan keadaan yang sebenar.8. UMNO, kata bekas pemimpin kanan ini sekarang dipimpin oleh perasuah. Mereka menjadi ahli Majlis Tertinggi kerana sogokan wang. Orang ramai tidak akan serah nasib mereka kepada perasuah.9. Penempatan perasuah dalam Kerajaan dan badan-badan lain juga memburukkan lagi imej UMNO. Sudah tentu perasuah akan dipilih sebagai calon UMNO dalam Pilihanraya Umum ke-13. Jika mereka diberi kemenangan maka negara akan dapat Kerajaan perasuah. Sebab itu beliau tidak akan sokong UMNO sebaliknya akan menyertai dan menyokong parti lawan. Katanya lagi hingga kini separuh daripada orang Melayu tidak merasai nikmat kerana Kerajaan-Kerajaan pimpinan UMNO menidakkan hak mereka sedangkan mereka juga orang Melayu walaupun mereka menyokong parti lawan. Mereka yang menyokong parti lawan bertambah sejak (Tun) Abdullah kerana ramai daripada ahli UMNO sendiri sudah tidak percaya kepada UMNO.10. Yang tinggal katanya ialah orang yang berkepentingan yang berharap mendapat sesuatu kerana menyokong UMNO. Mereka ini bukan nasionalis dan mereka tidak boleh diberi kepercayaan.11. Banyaklah lagi hujah-hujahnya akan sebab-sebab UMNO tidak lagi akan diberi peluang untuk memerintah negara yang disayangi olehnya. Saya tidak akan hurai lebih lanjut. Hanya yang saya ingin sebutkan ialah pendapat beliau sudah menular ke semua peringkat orang Melayu, bahkan ahli UMNO juga.12. Rakan-rakan dalam Barisan Nasional semuanya berpecah dan lemah. Mereka tidak mampu menjayakan Barisan Nasional.13. Masa semakin singkat untuk memperbaiki keadaan ini. Saya mencatat maklumat ini untuk pengetahuan umum sahaja....
"Saya tak akan lepaskan jawatan kecuali uzur sangat" : TGNA
Beliau yang menyandang jawatan tersebut hampir 20 tahun tidak akan bertindak untuk mengambil jalan pintas lebih-lebih lagi ketika kemelut sedang melanda pentadbiran kerajaannya.
Malah beliau sama sekali tidak akan akur pada desakan pelbagai pihak terutama pihak musuh sendiri biarpun pelbagai alasan diberi termasuk perkhidmatannya yang sudah begitu lama.Bagi Nik Aziz, soal lama ataupun baru tempoh kepimpinannya beliau tidak wajar untuk dijadikan isu memandangkan masih ramai pemimpin politik ataupun kerajaan yang lebih lama berkhidmat berbanding beliau.
“Mahathir jadi Perdana Menteri 22 tahun, Taib Mahmud, Ketua Menteri Sabah lebih lama dari Mahathir. Malah Rasulullah dulu meneruskan perjuangannya hingga ke akhir hayat.
“Inikan saya belum sampai 20 tahun, masih terlalu kecil,” tegas beliau di samping turut mengakui Kelantan tidak ketandusan tokoh daripada golongan pelapis bakal menggantinya apabila beliau mengundur diri.
Kontroversi personaliti Nik Aziz masih hangat dibicarakan sehingga kini ekoran beberapa isu yang timbul dalam pentadbirannya sejak kebelakangan ini telah melatahkan segelintir kepimpinan Umno negeri berterusan menyerang batang tubuhnya.
Pun begitu, pendirian Nik Aziz itu disambut baik Dewan Pemuda PAS Kelantan dan berharap keputusan Nik Aziz itu sekali gus dapat memadamkan segala kontroversi.
Timbalan Ketuanya, Ahmad Baihaqi Atiqullah memberitahu Dewan Pemuda PAS Kelantan kesal dengan sesetengah media massa dengan lantang menyerang kepimpinan PAS negeri menerusi berita berunsur provokasi di mana sumbernya tidak spesifik dan tidak pernah terkandung dalam laporan mesyuarat Badan Perhubungan PAS Negeri.
Serentak dengan itu juga, Setiausaha Perhubungan PAS Negeri Zaki Ibrahim semasa ditemui pada majlis korban Aidiladha memaklumkan PAS Kelantan akan terus mempertahankan jawatan Nik Aziz sebagai Menteri Besar Kelantan selain sebagai Mursyidul Am dan Pesuruhjaya PAS Negeri walaupun pelbagai tekanan dihadapinya susulan kemelut yang melanda pentadbiran kerajaan negeri.
Zaki yang juga Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan berkata tiada alasan untuk Nik Aziz melepaskan jawatannya memandangkan rakyat negeri ini sentiasa memerlukan kepada kepimpinan tokoh ulama disegani di peringkat dunia itu.
“Lagipun mereka yakin kekuatan mental dan fizikal Tok Guru sentiasa berupaya menerajui perubahan dalam kepimpinannya demi rakyat khasnya di Kelantan,” katanya yang turut percaya kemelut yang melanda pentadbiran negeri itu juga dapat diselesaikan dengan baik oleh Nik Aziz. - The Malaysian Insider
Isnin, 23 November 2009
High Court orders EC to hold by-election in Kota Siputeh
By M.MAGESWARY
KUALA LUMPUR: The High Court on Monday ordered the Election Commission to hold a by-election for Kota Siputeh state seat in Kedah within 60 days from Nov 16 when the High Court had ruled the seat was vacant.
In a landmark decision on Nov 16, the High Court ruled that Barisan Nasional’s Datuk Abu Hassan Sarif was no longer the Kota Siputeh assemblyman because he had failed to attend two consecutive meetings of the state legislature without leave.
When declaring the seat vacant, High Court (Appellate and Special Powers) Justice Alizatul Khair Osman Khairuddin had said the commission had acted illegally and irrationally in deciding there was no vacancy of the Kota Siputeh seat and in holding that Abu Hassan was still its assemblyman.
She had said that the power to give leave from attending the assembly lay with the Speaker of the Kedah Assemby who had already declared the seat vacant because the assemblyman had been abset without leave for two consecutive meetings.
She had also ordered the Commission to call a by-election for Kota Siputeh.
However, she set Nov 20 to hear an application by Abu Hassan and the Commission for a stay on her decision.
She dismissed the stay application on MondaySabtu, 21 November 2009
Wanita Pertama Ketuai Majlis Perbandaran
Beliau akan mencatat sejarah sebagai wanita pertama di negara ini untuk menerajui sebuah pihak berkuasa tempatan.Pengumuman mengenai pelantikan itu dibuat oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng di sini Jumaat.
Beliau berkata, Patahiyah akan memulakan tugas barunya itu Isnin depan.Patahiyah akan mengantikan Yang Dipertua sekarang, Tan Cheng Chui, 54, yang memutuskan untuk bersara awal atas sebab kesihatan.“Dari segi peraturan dan undang-undang, Tan masih lagu memegang jawatan Yang Dipertua MPPP sehingga tempoh perkhidmatannya tamat 1 Mac tahun depan. Dan saya telah dimaklumkan bahawa seorang pemangku hanya boleh dilantik sekiranya berlaku kekosongan pada jawatan tersebut.“Tetapi kekosongan itu tidak wujud kerana Tan sedang bercuti tetapi sementara Tan sedang menghabiskan cutinya, kita memerlukan seorang pegawai untuk menerajui MPPP dan melaksanakan tugas-tugas seorang Yang Dipertua,” kata Lim pada sidang akhbar tersebut.Katanya soalnya ialah kerajaan negeri tidak mahu aktiviti majlis tergendala."Oleh yang demikian saya telah mencadangkan agar Patahiyah terus mengambilalih tugas-tugas seorang Yang Dipertua dan cadangan ini dipersetujui oleh Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri,” tambah Lim.Dengan itu katanya, Patahiyah akan mengangkat sumpah sebagai anggota ahli majlis Isnin ini untuk membolehkan beliau mengambil alih semua tugas Yang Dipertua majlis dan ini termasuklah mempengerusikan mesyuarat penuh MPPP.Lim berkata, pelantikan rasmi mana-mana calon ke jawatan itu hanya boleh dilakukan Mac depan apabila Tan bersara wajib.“Sudah tentulah Patahiyah akan menjadi salah seorang calon yang akan dipertimbangkan ke jawatan itu secara rasmi dan peluang ini perlu beliau gunakan untuk membuktikan yang beliau boleh dan mampu menerajui sebuah kerajaan tempatan,” jelas ketua menteri itu lagi.Patahiyah mengambilalih jawatan setiausaha majlis pada Jun lalu selepas Tan, yang sebelum itu menyandang jawatan setiausaha dilantik sebagai Yang Dipertua.Patahiyah menyertai MPPP sebagai seorang arkitek di Jabatan Bangunan pada tahun 1985.
Sumber: Warta Kerajaan