Tok Guru Kesayangan Ummah

Jumaat, 11 Disember 2009

Kerajaan Malaysia sudah habis duit?- Salahuddin

Kuala Lumpur: Kerajaan perlu melaksanakan pelan pemulihan ekonomi bagi mengawal keadaan Negara yang sedang mengalami kemelesetan daripada krisis ekonomi yang kronik.
Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata Negara memerlukan reformasi ekonomi bagi menjamin pertumbuhan yang lebih pesat.
“Oleh sebab itu, kita serius dalam menilai semua tindakan yang dibuat oleh kerajaan bagi menyelamatkan kewangan Negara yang meruncing.” Katanya kepada Harakah.
Ahli Parlimen Kubang Kerian itu turut bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua yang mendakwa kewangan Negara kini semakin parah.
Akhbar China Press pada 2 Disember pula menyiarkan berita yang bertajuk ‘Adakah keadaan kewangan negara hampir menemui ajalnya?’ dalam ruangan Perbincangan Rakyat.
Mengulas lanjut mengenai kenyataan Tony itu, Salahuddin melahirkan kebimbangan kerana pihak yang akan menjadi mangsa kepada situasi ini adalah rakyat.
Hal ini diburukkan lagi dengan cukai baru yang diperkenalkan iaitu cukai perkhidmatan dan barangan(GST)
“Ini (GST) yang paling digeruni kerana ia memangsakan rakyat yang sebelum ini telah pun tertindas.”ujarnya.
Sementara itu, Tony Pua menerusi artikel dalam akhbar China Press itu mendakwa, beliau dimaklumkan”kerajaan sudah tidak ada duit” sebelum bajet 2010 diumumkan pada akhir Oktober lalu.
“Apabila dikaji Bajet 2010, semua menteri tidak kira di dalam dewan atau di luar, berkata kerajaan semakin kehabisan wang. Saya sendiri tidak percaya. Ia memang sangat menakutkan.
“Kerajaan telah gunakan sepenuhnya duit dari sumber petroleum. Setiap sen duit itu semua telah habis digunakan oleh kerajaan.” katanya.
Menurut Salahuddin, paling malang semua duit digunakan untuk pengirisan kerajaan da bukannya untuk menjana ekonomi Negara.
“Akhirnya bayaran balik pinjaman negara semakin lama semakin tinggi” dakwanya.
Oleh itu katanya, kerajaan cuba melakukan apa sahaja untuk mendapat duit. Ini termasuklah yang nampak remeh seperti cukai minimum RM50 untuk setiap kad kredit. Keadaan itu katanya, akan membolehkan kerajaan mendapat hasil tambahan RM500 juta dan ia adalah wang rakyat.
Katanya, pelbagai cukai baru yang membebankan rakyat diperkenalkan termasuk cukai perkhidmatan dan barangan (GST) yang akan dikenakan pada 2011.
“Maka orang kaya atau miskin juga dikenakan cukai. Ketika ini hanya 6.7 peratus penduduk negara ini dikenakan cukai tetapi apabila GST diperkenalkan, semua akan terima beban.”
“Nampaknya dalam tempoh 20 tahun ini, rasuah di kalangan pegawai kerajaan semakin berleluasa dan kini kerajaan kehabisan duit. Kerajaan terpaksa mengemis kepada rakyat, tetapi rakyat sebenarnya menjadi mangsa disebabkan pelbagai cukai tersebut.”
“Kini rakyat semakin sedar bahawa kerajaan Barisan Nasional tidak cekap menguruskan wang negara,” kata Salahuddin lagi.


sumber: Harakah (Bil 1495)

Khamis, 10 Disember 2009

jangan menggunakan HP bila masih tersambung ke kabel letrik(tengah cas)!!

Ni Amboo terima email dari shabat ambo.. nak kongsi ngan saing2 jah...

HARAP DIBACA, MUDAH2AN ANDA TIDAK MELAKUKAN HAL YANG SERUPA!!


1. "Jangan charge HP anda semalaman dan JANGAN diletakkan dekat anda ketika mencharge." Don't charge your cellular the whole night and put it close to your ear when you are charging it..

2. "Jangan pernah menjawab panggilan masuk ke HP saat sedang di charge!!"
Never answer the phone when it is charged...

Beberapa hari yang lalu, seorang laki2 sedang mencharge HP di rumahnya.
Few days ago, there was a guy who is charging his cellular at his house.


Disaat yang sama, ada pangilan masuk dan dia menjawabnya saat HP tersebut masih tersambung di kabel letrik.
At the same time, there is a phone call and he answered the phone without unplug the electricity,

Setelah beberapa saat, arus letrik masuk ke HP tanpa dijangka dan laki2 muda tersebut terlempar ke lantai dengan kerasnya.
A few second later the electricity shocked him unexpectedly and that young guy was thrown to the floor hardly.

Orangtuanya bergegas datang ke kamarnya dan menemukan dirinya pengsan, dengan degupan jantung yang lemah dan jari terbakar.
The parents came to the room and found out that he was collapse. His heart beat was so weak and his fingers were burned.

Dia dikejarkan ke hospital terdekat, tapi "nyawanya sudah tak dapat diselamatkan" ketika sampai ke hospital.
They took him to the close hospital, unfortunately he passed away as soon as he arrived at the hospital.


HP adalah penemuan modern yang sangat berguna.
Handphone is a functional new technology that can help people for faster communication....

Tapi, kita harus berhati2 karena HP bisa menjadi penyebab kematian.
But, we have to be careful because HP can cause death.

Jangan menggunakan HP bila masih tersambung di suis!

Nazri : Kuda Putus Tali

Oleh Datuk Husam Musa

Selari. Apa yang Nazri nak, itu juga yang Kelantan nak. Laporan Malaysiakini: "K'tan plans to sue federal gov't over oil royalty."Ada satu yang tak selari. Segera bawa ke Mahkamah supaya tak payah berdoa. Ini tak boleh. Mahkamah, Mahkamah juga. Doa dan tindakan Mahkamah boleh jalan bersama. Sementara tunggu Hakim putus, kita kena berdoa. Lepas Hakim putus, pun kita kena berdoa atau bersyukur.
Tindakan menukar jantina wang minyak dari royalti kepada ihsan adalah tindakan politik. Mahkamah juga kadang kala menjadi instrumen politik kerajaan.Sebelum kita menghulur kepala kita dalam satu medan yang agak samar integritynya, biarlah kita bergelumang menerusi pentas politik dulu. Nanti istilah sub judice akan menjadi benteng memagari kita dari terus bercakap tentang penganiyaan Kerajaan Persekutuan dalam isu ini.Biarlah penghakiman rakyat mengambil tempat terlebih dahulu dalam berbagai bentuk sebagai hamparan menuju Mahkamah. Sebuah NGO baru bernama GEGAR yang menggabungkan puluhan NGO telah tertubuh di Kelantan. GEGAR bekerjasama dengan NGO serupa di Terengganu bernama MAMPAT. Program mereka antara lain mebawa kuda jagoan UMNO sendiri untuk bercakap bahawa keputusan Kerajaan UMNO/BN adalah nyata salah. Kalau Ku Li sebagai pengasas Petronas kata royalti adalah terhak dan ihsan adalah pelanggaran terhadap perjanjian, siapalah Nazri?Ku Li akan berucap. Berupayakah UMNO menidakkan pendapat Ku Li?Ku Li lebih reliable atau pemimpin negara yang mengatakan sebaliknya lebih reliable? Tidak ada seorang pun pemimpin negara yang ada kini lebih autoritatif dari Ku Li dalam isu ini. Penjelasan demi penjelasan akan nanti menjejaskan kepercayaan rakyat terhadap Kerajaan dan rasanya ini lebih mahal dan berharga.Hujjah yang benar tetap kuat sekalipun diucapkan di luar Mahkamah. Penghujjahan yang bernas boleh membawa rakyat menghakimi tindakan Kerajaan Persekutuan dengan kuasa rakyat.Keputusan politik dihadapi dengan tindakan politik, sampai satu masa yang tepat untuk tindakan selanjutnya.Sambil itu, teruskan berdoa. Jika Nazri inginkan doa dihentikan, lagilah perlu doa diulang-ulangi terus menerus.Lagi pun cabaran Nazri tak semestinya menggambarkan hasrat dan pendirian Kerajaan Pusat. LIhat saja isu BTN, TPM pun tak setuju selaran Nazri pada Tun Mahathir. Maknanya, kalau pun tidak "loose cannon on rolling deck" , Nazri adalah kuda putus tali. Larinya kencang tapi kadangkadang lari luar gelanggang.Apa pun, kalau Kerajaan Pusat begitu yakin mereka benar, Kerajaan Pusat boleh ke Mahkamah untuk mendapatkan perisytiharan terhadap kedudukan sebenar perjanjian itu. Saya tak tau boleh tak boleh, tapi Kerajaan Pusat rasanya juga boleh ke Mahkamah.Kelantan, seperti kata Tok Guru, tetap akan sampai ke situ tetapi bila, biarlah ikut agenda kita.

Selasa, 8 Disember 2009

'Nyawa' UMNO bergantung kepada wang

MARANG, 6 Dis: Kekuatan Umno hanya bergantung kepada kebendaan dan wang ringgit untuk meraih sokongan rakyat, kata Timbalan Ketua Pemuda PAS Kawasan Marang, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi.

Katanya, pemimpin Umno menjadi susah hati sekiranya parti itu tidak mempunyai sumber kewangan.“(Pemimpin) Umno, nyawa mereka hanya wang. Kalau tidak ada wang, mereka susah,” ujarnya ketika berucap pada Majlis Penyampaian Bantuan Musim Tengkujuh di Kampung Gong Merawang, dekat sini, petang semalam.
Ini, katanya berbeza dengan perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS yang menjadikan agama yang suci itu sebagai 'nyawa' dalam menegakkan kalimah Allah di atas muka bumi ini.
Sehubungan itu, beliau mengingatkan para penerima bantuan supaya tidak menjadikan kebendaan sebagai keutamaan dalam kehidupan sebaliknya berbangga dengan nikmat Islam dan iman.
“Nikmat yang paling besar kurniaan Allah kepada kita ialah nikmat Islam dan iman,” ujarnya.
Justeru, tambahnya walaupun sumbangan yang diterima pada majlis itu tidak seberapa tetapi para penerima hendaklah menyedari bahawa PAS sentiasa prihatin terhadap masyarakat.
Beliau yang juga Ketua Pemuda MTD Ru Rendang mewakili bapanya selaku Ahli Parlimen Marang dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ru Rendang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut menyampaikan bantuan itu kepada penerima. (Gambar)
Sebanyak 101 keluarga menerima sumbangan pada majlis pertama kali anjuran PAS Cawangan Kampung Baru Ru Muda itu yang terdiri daripada golongan miskin, ibu tunggal dan mangsa banjir.
Menurut ketuanya, Haji Abdul Aziz Ngah, pihaknya sebelum ini sering mengadakan aktiviti kebajikan tahunan seperti penyampaian sumbangan hari raya, bantuan persekolahan dan mangsa yang ditimpa musibah.
Katanya, PAS cawangan menyedari masalah yang dihadapi oleh para penduduk yang terdiri daripada nelayan, penoreh getah dan bekerja sendiri yang tidak dapat melakukan aktiviti harian pada musim tengkujuh.
“Bagi meringankan bebanan hidup mereka, yang sudah tentu menyulitkan mereka mencari rezeki untuk menyara keluarga, maka kami berusaha memberikan sumbangan berupa barangan keperluan harian ini,” katanya.
Beliau juga mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada para penyumbang yang sentiasa memberikan sokongan bagi menjayakan aktiviti kebajikan PAS cawangan kepada masyarakat setempat.
sumber harakahdaily.net

Jumaat, 4 Disember 2009

Media Arus Perdana Tak Mampu Tumbangkan Nik Aziz

Oleh Mohd Sayuti Omar

MAKIN hari semakin menirus, itulah gambaran yang boleh diberikan kepada usaha pihak tertentu khasnya media arus perdana dan blog liar untuk mengugat dan mengugurkan Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dari kerusi MB. Pendedahan yang dibuat oleh media dan blog, bunyi hebat tetapi kesan tidak seberapa. Macam meriam buluh tersumbat saja.
Makin lama pendedahan dibuat dengan maklumat-maklumat kononya baru, jadi semakin lemah dan tidak berkualiti. Adakalanya melebih-lebih dan menyebabkan pembaca mula naik muak.
Himpunan membantah dan mendesak Nik Aziz di hadapan pintu pagar Kota Darulnaim dua hari lalu yang dilakukan oleh kumpulan yang menamakan diri mereka Jemaah Prihatin Rakyat Kelantan (JPRK) dihadiri kira-kira 47 (tidak termasuk anggota polis, wartawan/jurufoto dan orang Pas) tidak memberi bekas apa-apa. Himpunan membawa dua tiga batang sepanduk itu seolah-olah budak sekolah Tadika menyambut hari kelahiran Nabi (Maulud) saja.
Bahkan tunjuk perasaan itu menguatkan lagi kedudukkan Nik Aziz. Nik Aziz kini mendapat simpati yang melimpah ruah.
Betapa tidak, baik Dewan Pemuda, Dewan Ulama tidak berdiam diri mengenai kedudukan Nik Aziz, bila ada tunjuk perasaan itu mereka bangkit membela tok guru mereka dan masing-masing menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada MB itu.



Tengoklah apa yang akan berlaku di Dataran Ilmu di Kota Bharu esok, di mana dirancangkan untuk mengadakan himpunan menyatakan sokongan kepada Nik Aziz. Kalau tidak hujan pasti jumlah mereka yang hadir akan berlipat ganda. Majlis mengajar – dengar kuliah Nik Aziz itu akan bertukar menjadi majlis berdoa dan menyokongnya. Tengoklah...
Sebuah akhbar arus perdana juga hari ini sudah ketiadaan modal, terpaksa memusing rekod lama mendedahkan mengenai rumah, bangunan dua tingkat, stesen minyak dan kedudukan sekolah Darul Anuar di Pulau Melaka. Itu semua cerita lama yang sudah tidak lut!
Di sini saya tidak mahu menafikan kebenaran itu semua, tetapi bagi rakyat Kelantan isu-isu peribadi dan melibatkan keluaraga Nik Aziz tidak berapa membekas. Ia diterima sewajanrya oleh rakyat Kelantan. Rakyat Kelantan saya yakin tidak akan marah sampai memberontak mengetahui apa yang didedahkan itu. Kewarakan dan keperibadian Nik Aziz mengkaliskan semua itu.
Salahkah kalau Tuan Sabariah Tuan Ishak memiliki dua buah rumah kedai dua tingkat? Hak mendapat dan mencari harta adalah hak semua orang. Harta itu dibeli dengan wang ringgitnya sendiri. Selama 19 tahun suaminya menjadi MB, dan selama 21 tahun suaminya menjadi wakil rakyat, apakah tidak mungkin Tuan Sabariah memiliki rumah kedai sebagai pelaboran? Dia juga tahu suaminya orang politik. Nasib orang politik, akan boleh jadi apa saja. Jadi apa yang beliau lakukan adalah langkah beringat.


Tuan Sabariah juga ada anak, 10 orang. Salahkan kalau beliau kumpul wang pemberian anak dan menantunya, dan suaminya dan ditugukan atas rumah kedai itu? Zalimlah dunia kalau


hanya kerana isteri seorang tok guru dan MB maka Tuan Sabariah tidak boleh memiliki harta sedikit itu.
Demikian juga halnya stesen minyak milik salah seorang anak Nik Aziz itu. Sekali lagi bukan saya nak nafikan akan harta perniagaan itu. Tetapi salahkah kalau anak Nik Aziz memiliki stesen minyak? Bukankah perniagaan dihalalkan? Saya tidak mahu menjustifikasi perkara ini dengan mengatakan anak politician lain lebih hebat. Tetapi perlu disedari, sebagai anak kepada MB, anak-anak Nik Aziz tidak mendapat elaun dari kerajaan negeri. Untuk hidup, kahwin dan berumah tangga mereka memerlukan pekerjaan dan perniagaan sendiri. Satu masa anaknya bernama Nik Abduh pernah menjual ubat-ubatan herba untuk hidup.
Adapun kedudukan sekolah Darul Annuar yang kini menjadi milik Yayasan al-Omari, milik Nik Omar Nik Abdul Aziz, sekiranya proses mendapatkannya tidak telus kenapa tidak dilaporkan saja kepada SPRM. Laporlah kepada SPRM. Saya yakin Nik Aziz tidak ada kuasa menghalang SPRM untuk menyiasatnya. Apakah ianya sudah dilapor dan siasatan sudah dibuat?
Begitu juga rumah Nik Aziz yang dikatakan buruk di depan dan cantik dibelakang. Saya tidak mahu bercerita panjang, semua orang boleh pergi dan tenguk dengan mata kepala sendiri. Saya pernah mendengar banyak orang bercerita demikian tanpa dia pergi melihat sendiri keadaanya. Pergilah sendiri dan periksa sendiri. Bawa QS dan arkitek dan kontraktor, kira dan nilai sendiri berapakah nilai sebenarnya rumah Nik Aziz itu kemudian dedahkan seluas-luasnya.
Usaha untuk memburukkan Nik Aziz dengan pemilikan harta dan kekayaan tidak berbaloi dan menimbulkan kemarahan rakyat Kelantan. Sebab rakyat Kelantan sudah makrifah dengan kehidupan Nik Aziz yang zuhud dan sedarhana. Bukti yang didedahkan hanya andaian semata-mata dan bukan yang hakiki. Kalau setakat ambil gambar dan figurenya direka, mengatakan harta Nik Aziz 10 juta tidak berbaloi. Ia satu kesilapan dan kenaifan si tukang penilai itu sendiri. Sepatunya harta Nik Aziz perlu dinilai sampai mencecah RM 100 juta barulah boleh membeliakkan biji mata. RM10 juta, apa, sedikit sangat dalam nisbah hari ini.
Betul memiliki harta secara haram itu walaupun 10 sen salah, tetapi apakah yang berlaku itu benar-benar salah, atau tuduhan semata-mata? Tuduhan dan persepsi tidak boleh diterima pakai sebagai sesuatu yang mutlak.
Pada saya, apa yang Nik Aziz miliki dan Exco-exco lain miliki, baik Takiyuddin Hassan, Annuar Tan Abdullah, Mohd Amar Abdullah, dan yang lain-lain atau wakil rakyat seperti Wan Ismail Wan Jusoh, Zaki Ibrahim, Abdul Halim Abdul Rahman, Wan Abdul Rahim Abdullah, Abdul Fatah Haron dan lain-lain adalah wajar. Kenapa harus didengki apa yang mereka perolehi. Kalau pun mereka perolehi kerana Pas menjadi kerajaan ia tidak salah dan bagi saya sesuatu yang wajar.
Kenapa saya berkata begitu? Kerana mereka inilah yang menyambungkan perjuangan siang malam tokoh-tokoh terdahulu yang bermula sebaik Pas kalah tahun 1978. Mereka yang menyambungkan perjuangan Buniyamin Yaacob, Cikgu Musa Salleh, Mohammad Amin, Saufi Othman, Yaacob Awang Besar, Wan Jamil Mohamad (semua Allahyarham), Omar Mohamad, Abdul Halim Abdul Rahman, dll.
Saya tahu sungguh akan kesungguhan dan kegigihan para pejuang ini. Mereka akan turun dari rumah sejak 6:00 petang dan akan pulang lewat jam 4:00 pagi kerana berceramah memberi kesedaran kepada rakyat. Kesusahan mereka dalam perjuangan membangkitkan semangat Pas hanya Allah saja yang tahu. Ada kalanya kereta kehabisan minyak tengah jalan dan terpaksa pulang berjalan kaki.
Jadi kalau mereka ini mendapat sedikit habuan untuk kelegaan kehidupan apa nak dipertikaikan. Saya yakin roh kepada para pejuang gigih Pas itu akan merasa senang dan bahagia kerana melihat para penyambung mereka boleh menikmati hasil perjuangan mereka. Al Fatihah untuk mereka sebanyak tiga kali.
Pada saya soal memiliki harta menerusi kuasa kerajaan selagi ianya masih tidak melampau dan dilakukan dengan prosuder yang betul boleh dihalalkan. Tidak kira mereka dari parti mana termasuk Umno, PKR ataupun DAP. Saya percaya rakyat Kelantan menyedari akan situasi ini sebab itulah soal pemilikan harta ini tidak menjadi titik bengik kepada mereka. Kebanyakan pemimpin Pas di samping ikut memiliki harta mereka tidak mengabaikan kepentingan rakyat. Itulah hakikatnya pentadbiran Nik Aziz. [wm.kl.10:19 am 03/12/09]
http://msomelayu.blogspot.com/

PMBK:Menantu Nik Aziz letak jawatan Mac depan

sumber: Malaysiakini


Menantu menteri besar Kelantan, Abdul Ariffahmi Ab Rahman akan meletak jawatan sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) Kumpulan Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) berkuatkuasa 23 Mac 2010.Dalam satu kenyataan hari ini, Abdul berkata, berdasarkan terma surat pelantikannya, beliau perlu memberi notis 90 hari untuk meletak jawatan.Berikutan itu, katanya, beliau akan memberi notis peletakan jawatannya pada 24 Disember ini."Ini bermakna tarikh akhir saya akan berada di pejabat ialah pada 23 Mac 2010," katanya, sambil menambah tarikh rujukan itu berpandukan kalendar hijrah yang menjadi amalan sistem bayaran gaji oleh PMBK.
Menurutnya, perkara itu diputuskan setelah mengambil kira masa yang perlu diambil oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat untuk mencari penggantinya untuk menerajui PMBK.Abdul Ariffahmi berkata, ia bertujuan untuk memastikan PMBK dapat beroperasi seperti biasa setelah ketiadaan beliau."Dalam tempoh yang sama, tempoh ini akan diambil untuk menyiapkan kerja-kerja akhir merujuk kepada beberapa perkara yang telah diputuskan oleh ahli lembaga pengarah PMBK sebelum ini," katanya.
Merujuk kepada sidang media bersama beliau dengan Nik Aziz pada 23 november lalu, Ariffahmi berkata, beliau sentiasa patuh kepada pucuk pimpinan dan akur dengan nasihat menteri besar kelantan itu supaya meletak jawatan sebagai CEO PMBK.
"Dalam sidang media tersebut, Tuan Guru (Nik Aziz) menasihatkan saya untuk menetapkan tarikh yang sesuai bagi tujuan peletakan jawatan saya selaras dengan terma-terma pelantikan," katanya dalam kenyataan itu.
Sebelum itu, ketika dihubungi Malaysiakini kira-kira jam 2.40 petang tadi, Abdul Ariffahmi berkata beliau akan mengeluarkan kenyataan hari ini berhubung tarikh peletakan jawatannya dalam PMBK.Pada 25 November lalu, Nik Aziz diminta menasihatkan Abdul Ariffahmi meletakkan jawatan bagi "menutup segala pintu fitnah" terhadapnya.Keputusan itu dicapai ekoran mesyuarat khas Nik Aziz yang juga mursyidul am parti itu bersama timbalannya Datuk Dr Haron Din, presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang, naib presiden Salahuddin Ayub dan bendahari agungnya, Dr Hatta Ramli.

Selasa, 1 Disember 2009

Tak Sampai 50 Orang Berhimpun Desak Nik Aziz Letak Jawatan

Oleh Mohd Sayuti Omar
HASRAT satu kumpulan manusia untuk berarak dan berhimpun di depan pejabat Menteri Besar, Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kota Darulnaiam, Jalan Kuala Krai, Kota Bharu pagi ini tidak kesampaian apabila tidak sampai 45 orang yang menyahut dan berhimpun di pinggir jalan berkenaan.

Seorang penjenguk blog Merah Tinta yang memantau keadaan sejak pagi tadi, memberi tahu apa yang kelihatan dua buah teksi roda tiga yang dipercayai diupah berada di hadapan pintu masuk ke Kota Darunaim sejak jam 7:30 pagi.
Tidak kedapatan sepanduk atau pun kain rentang yang digantung dan dibawa oleh mana-mana puak.
Baru sekejap tadi seorang pemimpin Umno peringgkat kawasan yang dipercayai menjadi 'pak sanggup' kepada ahli politik tertentu di Kuala Lumpur telah menyerahkan memorandum kepada Nik Aziz yang diterima oleh Setiasuaha Politik, di pintu masuk masuk perkarangan Kota Darulnaim.
Sebaik memorandum yang dipercayai mendesak Tok Guru Nik Aziz meletak jawatan disampaikan kumpulan manusia itu bertempik melaungkan desakan supaya Nik Aziz melepas jawatan.
Menurut penjenguk itu lagi, beberapa orang anggota polis yang turut memantau keadaan itu telah meminta kumpulan penunjuk perasaan itu bersurai. Tanpa banyak kerenah dan tercetus kejadian tidak diingini kumpulan berkenaan bersurai meninggal perkarangan Kota Darulnaim.