Tok Guru Kesayangan Ummah

Isnin, 8 Februari 2010

TG Nik Aziz sepakat dengan TG Presiden PAS

Oleh: WDOnline

"Umno-BN dan blogger celaka tidak dapat memisahkan dua Tok guru kesayangan Ummah

Kerana putar belit media, blogger celaka dan kesempatan Umno-BN untuk melaga-laga kedua-dua pemimpin tertinggi PAS yang disegani itu, maka idea muzakarah Tuan guru Presiden PAS sedikit masa dulu telah dilanyak secukup-cukupnya. Sehinggakan isu muzakarah ini menjadi polemik dan pertelingkahan dikalangan ahli, penyokong dan rakan Pakatan Rakyat.

Idea dan pemikiran yang dilontarkan oleh Tuan Guru Presiden untuk difikirkan bersama telah disalahtafsirkan dan dihentam secara membuta tuli.


Media massa memainkan peranan batu apinya dengan menimbulkan isu kononnya Presiden PAS dan segelintir pemimpin kanan PAS cuba mengajak PAS menyertai Umno. Kerana sempitnya pemikiran dan fobianya segelintir manusia yang mengaku ahli PAS terhadap Umno, begitu mudah percaya dengan berita yang dicanangkan oleh akhbar-akhbar arus perdana yang sudah sememang tali barut Umno-BN

Tapi yang menyedihkan lagi, wujud pula 'blog-blog celaka' yang sengaja memainkan sentimennya bagi mengeruhkan lagi keadaan. Bukan sahaja menyimpul persepsi yang salah terhadap pemimpin PAS, bahkan dengan ditohmah, dicerca, dihina dan lebih dahsyat mencipta idea bodoh 'projek langgar pemimpin'.

Mereka yang celaka ini cuba meyakinkan orang ramai dengan mereka cipta puak-puak dalam PAS hinggakan timbul puak 'erdogan', puak 'UG' atau puak muzakarah. Dalam blog-blog celaka mereka ditampalkan logo-logo yang memperlekeh pemimpin termasuk menterbalikkan gambar-gambar mereka.

Tidak cukup dengan itu, mereka cuba melaga-laga pemimpin PAS dan lebih jahat lagi, melagakan dua Tok guru, seolah-olah mereka berbalah.

Punyalah sempit pemikiran hinggakan hanya berfikir dalam skop kepala otaknya sahaja tanpa memikirkan lebih kedepan yang PAS itu bukan sahaja parti politik yang semata-mata inginkan kemenangan pilihanraya dan mendapat sokongan sementara rakyat bahkan lebih besar dari itu lagi.

PAS merupakan sebuah gerakan Islam Malaysia yang memainkan peranan kebangkitan Islam di Malaysia. Ia sudah diiktiraf oleh badan-badan ulamak dan Islam sedunia, bahkan diiktiraf oleh Pengerusi Ulamak Sedunia, Syeikh Dr. Yusof Qardhawi.

Disamping perjuangan memartabatkan Islam, PAS juga tidak lupa memperjuangkan keadilan untuk semua rakyat di Malaysia termasuk bukan Islam. Semua itu terbukti di Kelantan dibawah pemerintahan PAS. Begitu juga ketika memerintah Terengganu, bukan sahaja orang Melayu dibela, kaum Cina dan India turut terbela dan diberi keadilan.

Namun baru-baru ini Tuan Guru Nik Abd Aziz telah menyatakan kesudian beliau untuk berbincang atau bermuzakarah dengan UMNO isu Islam dan kepentingan rakyat. (Ingat! muzakarah bukan menyertai) Aku bagi kepastian kerana ada segelintir manusia yang berkepentingan cuba mencucuk jarum fitnah ataupun ada sebahagian blogger-blogger celaka yang boleh memahami ucapan pemimpin PAS.

Sedikit masa dulu, Tuan Guru Presiden pernah menyuarakannya dan sekarang telah disepakati pula Tuan Guru Mursyidul Am. ( Apa pendapat blogger celaka? ).

Namun yang pasti, muzakarah bukan bermakna menyertai Umno. Muzakarah hanyalah untuk membincangkan masalah semasa, umat dan kepentingan rakyat. Mereka itu tidak mempunyai niat lain bagi meruntuhkan kita. Lebih-lebih lagi bukan kerana jawatan. Mereka lebih memahami perjuangan daripada kita. Jika berkepentingan, mereka tidak akan menyerahkan diri mereka untuk diwakafkan kepada perjuangan jamaah. Setiap hidup mereka hanya kerana Allah.

Kembalilah wahai kawan-kawan!. Jangan kita membuang masa lagi untuk berbalah, bergaduh dan bermusuhan antara kita. Misi utama kita hanyalah untuk meruntuhkan kezaliman kerajaan Umno-BN. Jangan kita buang masa dengan pemikiran sempit kita untuk mempertahankan diri kita semata-mata tetapi jamaah kita hancur.

Ingat pesanan As-Syahid Imam Hassan Al-Banna, Seorang pendakwah diibarat seperti pohon yang berbuah yang memberi buah kepada manusia, tetapi manusia akan membaling batu kepada pohon untuk mengambil buah.

http://warkahdaily.blogspot.com/2010/02/tg-nik-aziz-sepakat-dengan-tg-presiden.html"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan