4. Untuk menentukan dirinya tidak dicabar ketua cawangan tidak akan benarkan sesiapa yang lebih terpelajar daripadanya masuk UMNO cawangannya. Lebih daripada itu kebanyakan peruntukan untuk jadi ahli UMNO, yang mana dia mesti melalui cawangan, tidak akan dilayan. Tujuannya ialah supaya cawangannya tidak mempunyai banyak ahli kerana mereka tetap akan menimbulkan masalah dan sukar dikawal, bahkan sukar disogok pun.5. Sebab itu tidak ramai ahli profesional yang dapat menjadi ahli UMNO. Sebaliknya semakin ramai daripada pemimpin PAS terdiri daripada doktor, peguam, jurutera dan lain-lain profesyen.6. Oleh kerana ketua cawangan biasanya tidak memiliki pelajaran yang tinggi dan beliau menentukan ahli lain dalam cawangannya mempunyai ilmu pengetahuan yang lebih rendah daripadanya, maka apabila ketua terpaksa berhenti kerana sebab-sebab tertentu, maka penggantinya akan terdiri daripada yang kurang berkebolehan daripadanya. Dengan itu kualiti kepimpinan akan merosot sepanjang masa.7. Tentu ada cawangan yang tidak seperti ini tetapi pengecualian hanya mengesahkan keadaan yang sebenar.8. UMNO, kata bekas pemimpin kanan ini sekarang dipimpin oleh perasuah. Mereka menjadi ahli Majlis Tertinggi kerana sogokan wang. Orang ramai tidak akan serah nasib mereka kepada perasuah.9. Penempatan perasuah dalam Kerajaan dan badan-badan lain juga memburukkan lagi imej UMNO. Sudah tentu perasuah akan dipilih sebagai calon UMNO dalam Pilihanraya Umum ke-13. Jika mereka diberi kemenangan maka negara akan dapat Kerajaan perasuah. Sebab itu beliau tidak akan sokong UMNO sebaliknya akan menyertai dan menyokong parti lawan. Katanya lagi hingga kini separuh daripada orang Melayu tidak merasai nikmat kerana Kerajaan-Kerajaan pimpinan UMNO menidakkan hak mereka sedangkan mereka juga orang Melayu walaupun mereka menyokong parti lawan. Mereka yang menyokong parti lawan bertambah sejak (Tun) Abdullah kerana ramai daripada ahli UMNO sendiri sudah tidak percaya kepada UMNO.10. Yang tinggal katanya ialah orang yang berkepentingan yang berharap mendapat sesuatu kerana menyokong UMNO. Mereka ini bukan nasionalis dan mereka tidak boleh diberi kepercayaan.11. Banyaklah lagi hujah-hujahnya akan sebab-sebab UMNO tidak lagi akan diberi peluang untuk memerintah negara yang disayangi olehnya. Saya tidak akan hurai lebih lanjut. Hanya yang saya ingin sebutkan ialah pendapat beliau sudah menular ke semua peringkat orang Melayu, bahkan ahli UMNO juga.12. Rakan-rakan dalam Barisan Nasional semuanya berpecah dan lemah. Mereka tidak mampu menjayakan Barisan Nasional.13. Masa semakin singkat untuk memperbaiki keadaan ini. Saya mencatat maklumat ini untuk pengetahuan umum sahaja....
Isnin, 30 November 2009
4. Untuk menentukan dirinya tidak dicabar ketua cawangan tidak akan benarkan sesiapa yang lebih terpelajar daripadanya masuk UMNO cawangannya. Lebih daripada itu kebanyakan peruntukan untuk jadi ahli UMNO, yang mana dia mesti melalui cawangan, tidak akan dilayan. Tujuannya ialah supaya cawangannya tidak mempunyai banyak ahli kerana mereka tetap akan menimbulkan masalah dan sukar dikawal, bahkan sukar disogok pun.5. Sebab itu tidak ramai ahli profesional yang dapat menjadi ahli UMNO. Sebaliknya semakin ramai daripada pemimpin PAS terdiri daripada doktor, peguam, jurutera dan lain-lain profesyen.6. Oleh kerana ketua cawangan biasanya tidak memiliki pelajaran yang tinggi dan beliau menentukan ahli lain dalam cawangannya mempunyai ilmu pengetahuan yang lebih rendah daripadanya, maka apabila ketua terpaksa berhenti kerana sebab-sebab tertentu, maka penggantinya akan terdiri daripada yang kurang berkebolehan daripadanya. Dengan itu kualiti kepimpinan akan merosot sepanjang masa.7. Tentu ada cawangan yang tidak seperti ini tetapi pengecualian hanya mengesahkan keadaan yang sebenar.8. UMNO, kata bekas pemimpin kanan ini sekarang dipimpin oleh perasuah. Mereka menjadi ahli Majlis Tertinggi kerana sogokan wang. Orang ramai tidak akan serah nasib mereka kepada perasuah.9. Penempatan perasuah dalam Kerajaan dan badan-badan lain juga memburukkan lagi imej UMNO. Sudah tentu perasuah akan dipilih sebagai calon UMNO dalam Pilihanraya Umum ke-13. Jika mereka diberi kemenangan maka negara akan dapat Kerajaan perasuah. Sebab itu beliau tidak akan sokong UMNO sebaliknya akan menyertai dan menyokong parti lawan. Katanya lagi hingga kini separuh daripada orang Melayu tidak merasai nikmat kerana Kerajaan-Kerajaan pimpinan UMNO menidakkan hak mereka sedangkan mereka juga orang Melayu walaupun mereka menyokong parti lawan. Mereka yang menyokong parti lawan bertambah sejak (Tun) Abdullah kerana ramai daripada ahli UMNO sendiri sudah tidak percaya kepada UMNO.10. Yang tinggal katanya ialah orang yang berkepentingan yang berharap mendapat sesuatu kerana menyokong UMNO. Mereka ini bukan nasionalis dan mereka tidak boleh diberi kepercayaan.11. Banyaklah lagi hujah-hujahnya akan sebab-sebab UMNO tidak lagi akan diberi peluang untuk memerintah negara yang disayangi olehnya. Saya tidak akan hurai lebih lanjut. Hanya yang saya ingin sebutkan ialah pendapat beliau sudah menular ke semua peringkat orang Melayu, bahkan ahli UMNO juga.12. Rakan-rakan dalam Barisan Nasional semuanya berpecah dan lemah. Mereka tidak mampu menjayakan Barisan Nasional.13. Masa semakin singkat untuk memperbaiki keadaan ini. Saya mencatat maklumat ini untuk pengetahuan umum sahaja....
"Saya tak akan lepaskan jawatan kecuali uzur sangat" : TGNA
Beliau yang menyandang jawatan tersebut hampir 20 tahun tidak akan bertindak untuk mengambil jalan pintas lebih-lebih lagi ketika kemelut sedang melanda pentadbiran kerajaannya.
Malah beliau sama sekali tidak akan akur pada desakan pelbagai pihak terutama pihak musuh sendiri biarpun pelbagai alasan diberi termasuk perkhidmatannya yang sudah begitu lama.Bagi Nik Aziz, soal lama ataupun baru tempoh kepimpinannya beliau tidak wajar untuk dijadikan isu memandangkan masih ramai pemimpin politik ataupun kerajaan yang lebih lama berkhidmat berbanding beliau.
“Mahathir jadi Perdana Menteri 22 tahun, Taib Mahmud, Ketua Menteri Sabah lebih lama dari Mahathir. Malah Rasulullah dulu meneruskan perjuangannya hingga ke akhir hayat.
“Inikan saya belum sampai 20 tahun, masih terlalu kecil,” tegas beliau di samping turut mengakui Kelantan tidak ketandusan tokoh daripada golongan pelapis bakal menggantinya apabila beliau mengundur diri.
Kontroversi personaliti Nik Aziz masih hangat dibicarakan sehingga kini ekoran beberapa isu yang timbul dalam pentadbirannya sejak kebelakangan ini telah melatahkan segelintir kepimpinan Umno negeri berterusan menyerang batang tubuhnya.
Pun begitu, pendirian Nik Aziz itu disambut baik Dewan Pemuda PAS Kelantan dan berharap keputusan Nik Aziz itu sekali gus dapat memadamkan segala kontroversi.
Timbalan Ketuanya, Ahmad Baihaqi Atiqullah memberitahu Dewan Pemuda PAS Kelantan kesal dengan sesetengah media massa dengan lantang menyerang kepimpinan PAS negeri menerusi berita berunsur provokasi di mana sumbernya tidak spesifik dan tidak pernah terkandung dalam laporan mesyuarat Badan Perhubungan PAS Negeri.
Serentak dengan itu juga, Setiausaha Perhubungan PAS Negeri Zaki Ibrahim semasa ditemui pada majlis korban Aidiladha memaklumkan PAS Kelantan akan terus mempertahankan jawatan Nik Aziz sebagai Menteri Besar Kelantan selain sebagai Mursyidul Am dan Pesuruhjaya PAS Negeri walaupun pelbagai tekanan dihadapinya susulan kemelut yang melanda pentadbiran kerajaan negeri.
Zaki yang juga Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan berkata tiada alasan untuk Nik Aziz melepaskan jawatannya memandangkan rakyat negeri ini sentiasa memerlukan kepada kepimpinan tokoh ulama disegani di peringkat dunia itu.
“Lagipun mereka yakin kekuatan mental dan fizikal Tok Guru sentiasa berupaya menerajui perubahan dalam kepimpinannya demi rakyat khasnya di Kelantan,” katanya yang turut percaya kemelut yang melanda pentadbiran negeri itu juga dapat diselesaikan dengan baik oleh Nik Aziz. - The Malaysian Insider
Isnin, 23 November 2009
High Court orders EC to hold by-election in Kota Siputeh
By M.MAGESWARY
KUALA LUMPUR: The High Court on Monday ordered the Election Commission to hold a by-election for Kota Siputeh state seat in Kedah within 60 days from Nov 16 when the High Court had ruled the seat was vacant.
In a landmark decision on Nov 16, the High Court ruled that Barisan Nasional’s Datuk Abu Hassan Sarif was no longer the Kota Siputeh assemblyman because he had failed to attend two consecutive meetings of the state legislature without leave.
When declaring the seat vacant, High Court (Appellate and Special Powers) Justice Alizatul Khair Osman Khairuddin had said the commission had acted illegally and irrationally in deciding there was no vacancy of the Kota Siputeh seat and in holding that Abu Hassan was still its assemblyman.
She had said that the power to give leave from attending the assembly lay with the Speaker of the Kedah Assemby who had already declared the seat vacant because the assemblyman had been abset without leave for two consecutive meetings.
She had also ordered the Commission to call a by-election for Kota Siputeh.
However, she set Nov 20 to hear an application by Abu Hassan and the Commission for a stay on her decision.
She dismissed the stay application on MondaySabtu, 21 November 2009
Wanita Pertama Ketuai Majlis Perbandaran
Beliau akan mencatat sejarah sebagai wanita pertama di negara ini untuk menerajui sebuah pihak berkuasa tempatan.Pengumuman mengenai pelantikan itu dibuat oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng di sini Jumaat.
Beliau berkata, Patahiyah akan memulakan tugas barunya itu Isnin depan.Patahiyah akan mengantikan Yang Dipertua sekarang, Tan Cheng Chui, 54, yang memutuskan untuk bersara awal atas sebab kesihatan.“Dari segi peraturan dan undang-undang, Tan masih lagu memegang jawatan Yang Dipertua MPPP sehingga tempoh perkhidmatannya tamat 1 Mac tahun depan. Dan saya telah dimaklumkan bahawa seorang pemangku hanya boleh dilantik sekiranya berlaku kekosongan pada jawatan tersebut.“Tetapi kekosongan itu tidak wujud kerana Tan sedang bercuti tetapi sementara Tan sedang menghabiskan cutinya, kita memerlukan seorang pegawai untuk menerajui MPPP dan melaksanakan tugas-tugas seorang Yang Dipertua,” kata Lim pada sidang akhbar tersebut.Katanya soalnya ialah kerajaan negeri tidak mahu aktiviti majlis tergendala."Oleh yang demikian saya telah mencadangkan agar Patahiyah terus mengambilalih tugas-tugas seorang Yang Dipertua dan cadangan ini dipersetujui oleh Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri,” tambah Lim.Dengan itu katanya, Patahiyah akan mengangkat sumpah sebagai anggota ahli majlis Isnin ini untuk membolehkan beliau mengambil alih semua tugas Yang Dipertua majlis dan ini termasuklah mempengerusikan mesyuarat penuh MPPP.Lim berkata, pelantikan rasmi mana-mana calon ke jawatan itu hanya boleh dilakukan Mac depan apabila Tan bersara wajib.“Sudah tentulah Patahiyah akan menjadi salah seorang calon yang akan dipertimbangkan ke jawatan itu secara rasmi dan peluang ini perlu beliau gunakan untuk membuktikan yang beliau boleh dan mampu menerajui sebuah kerajaan tempatan,” jelas ketua menteri itu lagi.Patahiyah mengambilalih jawatan setiausaha majlis pada Jun lalu selepas Tan, yang sebelum itu menyandang jawatan setiausaha dilantik sebagai Yang Dipertua.Patahiyah menyertai MPPP sebagai seorang arkitek di Jabatan Bangunan pada tahun 1985.
Sumber: Warta Kerajaan
Kementerian kenalpasti punca taun
Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata keputusan makmal mendapati sampel ikan yang diambil daripada dua kilang keropok di negeri itu didapati positif terhadap kuman Vibrio Cholera, kemungkinan berpunca daripada ikan yang dicemari kuman itu yang dibawa masuk dari Thailand.
"Ini mungkin berlaku melalui Kompleks Perikanan Chendering yang membekalkan ikan ke daerah Kuala Terengganu dan Marang. "Selain itu, sampel ayam mentah yang diambil dari Pasar Borong Gong Pauh di Wakaf Mempelam, sampel swab di dua kilang ais di negeri itu juga didapati positif kuman berkenaan," katanya kepada pemberita selepas melawat pesakit di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini, hari ini. Beliau berkata 20 premis juga telah diarahkan tutup membabitkan 11 kilang ais, dua kilang keropok dan selebihnya kedai-kedai makanan. -BERNAMA-
Jumaat, 20 November 2009
PR questions NAZA's new trade centre
KUALA LUMPUR, Nov 19 — Pakatan Rakyat (PR) leaders questioned today the logic behind another convention centre when the existing RM600 million Putrajaya International Convention Centre (PICC) is still under-utilised.
“It was built at the cost of RM600 million, fully paid for by the government, and today it is collecting RM2.5 million to less than RM3 million rental annually. It will take 300 years to recoup the cost assuming zero maintenance,” Bukit Bendera MP Liew Chin Tong (picture) told reporters in Parliament.
The proposed RM628 million Matrade centre, to be built on a 13.1-acre site in Jalan Duta here, is to be developed by Naza TTDI, a unit of the Naza Group.
In the building-for-land deal, Naza TTDI will build the centre in exchange for 65 acres of state land at RM226 psf even though the market value of the land could reach RM1.5 billion. The entire project will have a gross development value of RM15 billion.
"Does the government need to give Naza TDDI a very good deal at the expense of Malaysians for another convention centre which I think we do not need at this moment.
“I think if there is any need for any convention centre, it should be fully built by public venture without the government backing it,” he added.
Liew also questioned why there was no open tender for the project.
“I think in the second stimulus package, the finance minister and prime minister mentioned about open tenders.
“So my question is why wasn’t there any open tender?” he asked.
Apart from the PICC, there are a few other trade and convention centres in the Klang Valley including the KL Convention Centre, Putra World Trade Centre and the Mines Exhibition and Convention Centre.
Most trade centres in the country hold some 30 events a year.
Penerima Keluarga Mithali didik 12 anak ke menara gading
Siswa UM ditahan polis kes 'puaka'
Seorang lagi pelajar Akademi Pengajian Islam (API) Universiti Malaya, yang dikehendaki polis berhubung siasatan kes menconteng perkataan "bini puaka" di sebauh dewan, berjaya ditahan hari ini. Muhammad Saufi Jelani ditahan oleh lima anggota polis di bangunan peperiksaan universiti itu kira-kira jam 10.30 pagi, selepas menduduki kertas terakhir semester ini. Beliau, pelajar terakhir ditangkap daripada sekumpulan lima orang yang disiasat berhubung kes tersebut, kemudian dibawa ke balai polis Jalan Pantai Baru, kira-kira 200 meter di depan kampus tersebut.
Exco Persatuan Mahasiswa Islam UM Mohd Syafie Hashim memberitahu Malaysiakini di kampus tersebut, beliau telah cuba menelefon Muhammad Saufi tetapi seorang anggota polis memaklumkan bahawa pelajar API itu sedang disiasat.Difahamkan dua pemimpin mahasiswa UM sedang berada di balai polis tersebut untuk mengikuti perkembangan penahanan pelajar berkenaan di balai polis tersebut.
Polis menjejaki suspek berhubung siasatan kes contengan perkataan-perkataan "C4", "bini puaka" dan "pembunuh Altantuya" di dinding sebuah dewan UM pada Jun lalu. Selain menceroboh dewan utama API awal pagi 24 Jun lepas, siasatan polis juga berhubung simbahan petrol di permaidani merah yang bakal dilalui isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor untuk satu program di dewan tersebut. Kejadian itu berlaku beberapa jam sebelum dewan tersebut digunakan oleh isteri Datuk Seri Najib Razak untuk program derma kanak-kanak Palestin, jam 9 pagi Rabu itu.
Pada 30 Jun lalu, dua pelajar API dituduh di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan bagi kesalahan khianat yang menyebabkan kerosakan sekurang-kurangnya RM25.Mohd Izzuddin Hilmi dan Mohd Syahruldeen Ahmad Rosli juga dihadapkan bawah Seksyen 436 kanun yang sama iaitu kesalahan khianat dengan api atau benda letupan dengan niat merosakkan harta benda.Seksyen 427 membawa hukuman dua tahun penjara, sementara Seksyen 436 mengakibatkan maksimum 20 tahun penjara. Kesalahan itu juga boleh didenda, jika disabitkan.- Malaysiakini
Rabu, 18 November 2009
Royalti Petroleum Dan Maruah Rakyat Kelantan
UNTUK kali ini izinkan saya menyentuh sedikit tentang wang ihsan yang katanya nak diberikan kepada rakyat Kelantan oleh Kerajaan Persekutuan. Sepatutnya, perkara ini tidak berbangkit kerana bumi Kuala lumpur yang dirujuk sebagai Kerajaan Pusat itu tidak mengeluarkan minyak walaupun setitik.
Hasil negeri dari mana-mana negeri berupa minyak dan gas yang diambil oleh Pusat itulah yang sepatutnya disebut sebagai pemberian secara ihsan dari negeri kepada Persekutuan.Jika diikutkan logik, ini dikira sudah terbalik apabila kita yang beri dia (Pusat) melalui perjanjian, tiba-tiba setelah dia dapat, dia senang-senang istilahkan pemberian ini adalah hasil ihsan dan kasihan belas Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Kelantan.Kononnya, dengan sikap murah hati Persekutuan itulah, maka Kelantan dapat membangun dan menikmati rahmat pembangunan yang berterusan.
Pada saya ini memang sudah menjadi tunggang-langgang. Perkara ini asalnya hak negeri. Kami tidak boleh dilihat sebagai penagih ihsan atau pengemis simpati tetapi kami cuma meminta hak kami untuk ditunaikan.Kami mahu membangunkan negeri kami dengan duit dari hasil bumi kami itu. Itu saja. Sebutlah royalti atau namakan apa saja tetapi gunalah saluran yang betul untuk kembalikan hak kami.Maksud saya, berilah kepada kerajaan negeri. Bukankah kerajaan ini adalah kerajaan yang sah yang dipilih secara demokrasi oleh rakyat? Kerajaan ini ada persidangan Dewan Undangan Negerinya dan ada bajetnya sama ada defisit atau surplus.Ia dirasmikan sendiri oleh Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan.Sepatutnya tidak timbul sama sekali memberikan royalti yang dengan pandai-pandai ditukar istilah kepada wang ihsan.
Saluran yang ditentukan pula ialah melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) dan bukan Kerajaan Negeri di Kota Darulnaim. Bukankah ini suatu keanehan?Kita kena faham bahawa JPP itu hanyalah sebuah jabatan kerajaan dan bukannya kerajaan! Jika diikutkan, langkah ini boleh ditafsirkan sebagai semacam satu bentuk penghinaan juga ke atas kebolehan dan kredibiliti pegawai-pegawai tadbir negeri (PTN) kami yang juga berkelulusan lebih kurang sama juga dengan pegawai-pegawai jabatan Persekutuan.Inilah sedihnya kita apabila terlalu lama golongan sekular ini memerintah. Sesudah berpuluh tahun terbiasa dengan sekularisme, mereka sudah selesa dan sebati mengasingkan politik dari agama.
Melalui proses masa, kesedaran kasih sayang, keikhlasan, kemurnian, persaudaraan dan perasaan adik abang telah dilunturkan. Ini kerana dalam ajaran sekular, ajaran-ajaran seperti ini sememangnya tiada. Jika ada sekali pun, ia hanya dibuat-buat.Terlalu lama diperap dan direndam dalam tempayan politik sekular yang keruh dan kotor ini menyebabkan semua nilai-nilai murni ini akhirnya hilang ditenggelam. Kini, amalan songsang yang menimbus ajaran murni dan nilai-nilai kesetiakawanan ini telah dilakukan melalui pentafsiran akta dan undang-undang.Ia dibuat dengan tidak jujur dan dilakukan dengan sewenang-wenang.Undang-undang 3 batu nautika yang dihadkan sebagai perairan negeri ini misalnya, siapa yang tentukan? Tidakkah musnahnya nasib dan masa depan Palestin itu bermula sejak kota suci itu dibelah dua oleh Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB).
Siapa yang memberi hak dan mengajar ini semua? Hatta, lima Kuasa Besar dalam anggota tetap Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu yang diberikan kuasa veto; itu pun satu lagi konspirasi jahat.Siapa yang ajar ini semua jika tidak kuasa yang zalim di pusat dunia? Semua ini ada kena-mengena dengan kuasa yang ada di pusat.Ini sama jugalah dengan sistem pinjaman ah long di Malaysia dan amalan kapitalis dunia tajaan Amerika dan kuasa-kuasa besar yang sekular di dunia. Atas nama ketamakan untuk menguasai petrol negeri yang bersempadanan dengan Rusia bertujuan untuk untuk menjadikan Afghanistan negeri penampan (buffer state), negara umat Islam itu telah dibedil dan dimusnahkan untuk dijajah tanpa sedikit pun perasaan persaudaraan, kemanusiaan, belas kasihan dan kasih sayang.
Kalau ia nak tiru Amerika sekalipun, Umno malulah sedikit kepada semangat dan ikatan federalisme yang sama-sama kita bina melalui perjanjian persekutuan yang kukuh itu.Perangai mengepung ekonomi kerajaan Islam ini bukan perkara baru. Ia boleh kita lihat dalam surat Al-Munafiquun ayat 7, maksudnya: "Mereka orang-orang (munafiquun) yang mengatakan (kepada orang-orang Anshar): 'janganlah kamu memberikan perbelanjaan kepada orang-orang (muhajiriin) yang ada di sisi Rasulullah s.a.w. supaya mereka (kumpulan) terbubar (meninggalkan Rasulullah). Padahal kepunyaan Allahlah perbendaharaan langit dan bumi, tetapi orang-orang munafik itu tidak memahami."Amalan ini pernah dilakukan oleh Abdullah bin Ubai terhadap Rasulullah s.a.w. dan orang-orang yang bersama baginda. Pemimpin Umno nampaknya tidak pernah serik membuat diskriminasi.
Dalam keadaan dia menindas Kelantan selama ini, tidakkah dia sedar bahawa yang jatuh ialah Selangor dan Perak yang kaya sedangkan Kelantan semakin teguh?Jika dalam pilihan raya umum 2004 PAS hanya mendapat 23 kerusi di Kelantan, kesan amalan penindasan Umno telah menjadikan kerusi yang dikuasai PAS pada tahun 2008 bertambah dari 23 kerusi kepada 39 kerusi.Sepanjang pemerhatian saya, Umno ini hanya parti pak turut yang hanya taat kepada penjajah. Umno cuma meneruskan dasar-dasar Inggeris.
Sebaliknya, kita di Kelantan sentiasa melakukan muhasabah, menilai dan mengubah amalan-amalan Inggeris lama dengan diperbaharui supaya semuanya berada dalam keadaan yang sentiasa disemak agar selaras dengan kehendak Islam baik dari segi pembangunan kebendaan atau kerohanian.Ini yang menarik minat dan perhatian rakyat. Kita ada dasar mengenai ubudiyyah misalnya, yakni kesedaran tentang pengabdian mutlak kepada Allah SWT semata-mata.Kita ada itqan yakni kesedaran mengenai mutu dan kerja yang berkualiti dalam segenap segi.Kita juga ada mas'uliyah yakni prinsip pertanggungjawaban supaya apa saja yang kita cakap dan kita lakukan hendaklah serupa dengan apa yang kita mahu jawab di hadapan Allah SWT diakhirat kelak.Bersifat adil dalam konteks memberi layanan kepada masyarakat berbilang bangsa pula, kita perkenalkan skim Kifaalah, Ladang Rakyat, masjid tiga budaya di Rantau Panjang dan pelbagai projek pembangunan sosio-ekonomi tanpa mengira perbezaan bangsa, bahasa, agama dan keturunan.Umno sebenarnya sudah ketandusan moral. Selagi Umno menolak agama dari komponen pembangunan maka selama itulah dia tidak berjumpa dengan rahmat.Menolak Islam samalah seperti mengakui Islam itu ada kecacatan. Ini boleh terbawa-bawa pula untuk mempercayai bahawa risalah yang dibawa Nabi s.a.w. juga adalah cacat dan Jibrail juga cacat.Logiknya, Allah SWT juga akan turut dikira cacat. Maha Suci Allah, wal iya zubillah. Ini satu perkara yang cukup berbahaya.Kembali kepada isu royalti, saya tidak rela rakyat Kelantan dihina apabila seolah-olah kita terpaksa menagih belah ihsan dari sedekah orang lain sedangkan minyak dan gas itu adalah milik kita.Kita mahu suap rezeki rakyat kita dalam keadaan bermaruah. Kita tidak mahu diajar untuk menyembah orang. Kita mahu bebas dari berabdi sesama manusia. Tiada yang lain yang kita mahu melainkan kita hanya mahu memuja dan memuji Allah SWT semata-mata.
detikdaily"
Wang ihsan ibu segala rasuah politik
Di antara faktor memudahkan berlakunya rasuah ialah apabila keperluan hidup seseorang tidak seimbang dengan pendapatannya. Tuntutan kewangannya lebih besar berbanding apa yang mampu dibiayainya.
Kita dapat menghidu faktor ini di sebalik tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menubuhkan pasukan petugas khas untuk membuat kajian menyeluruh terhadap peraturan, sistem dan prosedur serta kawalan dalam perbelanjaan peruntukan wakil-wakil rakyat, minggu lalu.Penubuhan pasukan itu dikatakan sebagai usaha kerajaan menutup ruang dan peluang berlakunya gejala rasuah di kalangan Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun). Ia sebagai langkah memberi garis panduan yang jelas kepada para wakil rakyat mengenai apa yang boleh dan tidak boleh mereka lakukan menerusi dana dan peruntukan kerajaan.Isu utama ialah kepelbagaian tuntutan rakyat yang melebihi kemampuan seseorang Ahli Parlimen atau Adun. Ekoran itu timbul pula ura-ura elaun mereka akan dinaikkan.Sementara kita lebih tertarik dengan kemungkinan menambah saraan wakil rakyat, parti pemerintah China pula memilih pendekatan moral dalam usaha memerangi rasuah di kalangan para pegawainya. Media pada Isnin (16 November) lalu melaporkan arahan terbaru Parti Komunis yang memerintah agar para pegawai kerajaan meninggalkan perempuan simpanan mereka, mengelak mengunjungi bar yang menggunakan pelayan wanita dan berhenti berbelanja boros.Teguran perihal moral itu bertolak daripada fakta bahawa 95 peratus pegawai kerajaan China yang disiasat atas tuduhan rasuah didapati memiliki perempuan simpanan. Sedangkan dengan jumlah gaji, agak mustahil bagi mereka mengamalkan gaya hidup sebegitu.“Jadi, apa yang anda lakukan jika tidak mempunyai wang? Biasalah, anda akan gunakan kuasa untuk mendapatkannya,” kata kenyataan media seorang penguatkuasa disiplin Parti Komunis China.Sama ada dalam kes perbelanjaan wakil rakyat Malaysia atau gaya hidup boros pegawai kerajaan di China, isu di situ ialah tuntutan hidup yang lebih besar daripada kewangan yang mampu ditampung. Ketidak seimbangan itu menyediakan medan sangat subur membiakkan amalan rasuah.Dalam skop lebih luas, hakikat tidak seimbang sebegitu turut berlaku ke atas masyarakat terbanyak. Seyogia diakui bahawa beban hidup rakyat semakin meningkat, sedangkan sumber pendapatan mereka semakin kompetitif. Ketidak seimbangan itu memudahkan mereka akur kepada apa juga yang dihulurkan pihak yang memiliki kekuatan kewangan dan kebendaan.Dalam banyak keadaan, rakyat yang terdesak memenuhi tuntutan hidup tidak lagi bebas berfikir secara lebih bermaruah menyelesaikan masalah mereka. Apa yang mereka utamakan ialah membebaskan diri dari keperitan hidup. Di hadapan mereka pula terhidang berbagai peluang untuk mereka rebut.Sebab itu jika definisi umum rasuah itu adalah pemberian yang mengharapkan balasan, maka pihak paling cenderung mengamalkannya ialah sebuah kerajaan. Apatah lagi jika pada setiap pemberian dihulurkannya kepada rakyat diiringi ingatan agar terus menyokongnya. Akujanji itu, sama ada secara formal atau tidak, melengkapkan takrif rasuah yang umum itu.Tabiat itu tidak sukar dilihat. Ia sangat menyerlah saban kali datangnya musim pilihan raya, sama ada umum atau kecil. Ketika itulah segala aktiviti kebajikan memuncak. Keprihatinan kerajaan kepada rakyat diserlahkan. Segala bentuk bantuan dilonggokkan di kawasan berlakunya pilihan raya.Rakyat tidak seyogia dipersalahkan sekiranya mereka begitu mudah dilenakan dengan lambakan pembangunan segera dan curahan pelbagai peruntukan. Selain desakan hidup, tabiat Barisan Nasional (BN) memanjakan mereka dengan berbagai bantuan juga mendorong mereka mengambil keputusan mudah. Lebih baik mereka akur saja dengan syarat BN, yakni memberi undi, asalkan mereka dapat sesuatu sebagai balasan.Sikap tidak kesah rakyat itu memudahkan BN menawarkan rasuah politik secara terbuka. Paling terbuka ialah bantuan di bawah program wang ihsan. Nama ini mula digunakan pada tahun 2000 terhadap kerajaan Terengganu yang diperintah PAS. Kononnya wang itu adalah sebagai ganti royalti minyak yang sejak lebih 20 tahun sebelumnya diterima kerajaan negeri itu.Apa yang melayakkannya dianggap rasuah politik ialah apabila BN memilih ‘pintu belakang’ untuk mengagihkannya. Ia tidak disalurkan kepada kerajaan negeri selaku penjaga sah yang dipilih rakyat Terengganu, sebaliknya dimanfaatkan mekanisme parti.Tindakan menyeleweng itu menzahirkan agenda jahat BN untuk kembali memenangi hati rakyat. Ertinya ia bersungguh mempamerkan bakti budi kepada rakyat Terengganu dengan maksud memancing sokongan dan undi mereka.BN berjaya menundukkan rakyat negeri itu lewat pilihan raya umum 2004. Curahan wang ihsan yang mengikat kesetiaan rakyat terhadap parti itu terbukti bukan semata-mata bantuan murni BN kepada rakyat. Ia sebenarnya rasuah politik paling terancang yang dilakukan secara terbuka tanpa silu.Kini setelah berjaya di Terengganu, BN berangan-angan mengulangi amalan terkutuk itu di Kelantan. Ibu segala rasuah politik itu bakal dijadikan umpan memancing hati rakyat negeri itu pula.
Sehingga niat jahat itu tidak dibatalkan BN, agak sukar kita mengharapkan rasuah lebih kecil dapat dibasmikan dalam negara ini.
Selasa, 17 November 2009
Ibrahim Ali cadang bahagi dengan perompak - Wang Ihsan Petroleum Dicadang Dibahagi Dua
"Berapa jumlah wang ihsan ini? Kalau RM200 juta, RM100 juta pergi ke JPP dan RM100 juta lagi beri kepada kerajaan negeri dan pembahagiannya janganlah bertindih.
"Kalau JPP, tumpu pada program basmi kemiskinan dengan buat rumah rakyat, beri bantuan pendidikan. Kerajaan negeri pula boleh gunakan untuk pembangunan prasarana seperti baiki jalan raya," katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2010 di peringkat jawatankuasa di Dewan Rakyat di sini hari ini.
Ibrahim berkata program pembasmian kemiskinan dan pembangunan prasarana itu boleh dilaksanakan menggunakan wang daripada tabung wang ihsan melalui kerajaan negeri dan dipantau oleh kerajaan persekutuan.
"Jadi adil...masing-masing ada peranan, kalau tidak ini tidak puas hati, itu tidak puas hati, semua politik, yang menderita akhirnya orang kampung," katanya yang berharap agar kerajaan mempercepatkan proses pemberian itu untuk kegunaan rakyat di Kelantan. Sumber-BERNAMA
Tubuh JPP tu sudah tak adil bagi rakyat Kelantan. menganggu tugas kerajaan negeri. Berkenaan dengan pembahagian "wang ihsan", jangan kata 50-50, bagi 1% kepada JPP pun memang tidak adil. Adil bukan sama banyak Dato' Paduka oii... adil tu letak biar pada tempatnya.
Masalah yang utama ialah mengapa Kerajaan 1Malaysia menukarkan Royalti kepada 'wang ihsan'? Tidak lain, melainkan kerana kerajaan pusat tidak sebulu dengan kerajaan negeri. Jadi kalau mahu adil, berilah apa yang menjadi hak kerajaan negeri iaitu ROYALTI. Ikutlah apa yang termaktub dalam perjanjian, itu baru adil namanya...
Ahad, 15 November 2009
Pesanan Naib YDP Kawasan Besut.
Sabtu, 14 November 2009
DAURAH TADRIBIYYAH- Peringkat DUN Kota Putera
kehadiran yang membanggakan, semoga Allah memberi manafaat kepada segal usaha kita.. amin
tambah ustaz.. nak balik jauh lagi nun
MAJLIS KONVOKESYEN PASTI BESUT KALI KE -5
Disamping itu, ada anugerah yang baru diperkenalkan iaitu anugerah PASTI Cemerlang. Anugerah ini berdasarkan prestasi pelajar yang terbaik. Anugerah ini dirangkul oleh PASTI An-Naziha, Padang Luas, Jertih.
para ibu bapa sedang mendengar ucapan alu-aluan
Khamis, 12 November 2009
Contohi Presiden PAS yang cool dan sabar mendengar kritikan
Sekali apabila harapan rakyat itu telah pudar dan patah, hendak mengembalikannya semula kepada keadaan yang baik seperti sebelumnya, atau dengan kata yang sering digunakan sekarang - hendak 'memperkasakannya' semula, bukanlah satu kerja mudah. Tidak cukup dengan menganjurkan seminar, dan tidak cukup dengan menganjurkan konvensyen. Terlajak perahu boleh diundur. Terlajak langkah pimpinan di depan, rakyat di belakang mulalah bercempera mencari 'ikon' baru tempat mengadu.
Apabila orang awam mula berkata: "Sama sajalah, PAS-kah, KeADILan-kah, Umno-kah, semuanya sama. Belum menang rakyat didahulukan. Bila dah menang semua nak berebut kuasa. Harapan rakyat tidak dipedulikan lagi."
Betul. Saya bersetuju dengan Lim Hong Siang (editor MerdekaReview versi Melayu) yang mengatakan "PAS bukan takut menang, tapi gagal uruskan kuasa". Baru sahaja mendapat sebahagian daripada kemenangan yang diperjuangkan, pihak pimpinan sudah menunjukkan 'warna' keikhlasan kepimpinan mereka yang mengundang kecurigaan di kalangan rakyat yang menaruh harapan menggunung kepada mereka.
Saya juga berfikir panjang dengan kenyataan Zolkharnain Abidin (bongkarsauh.blogspot) yang pulang dari Seminar Khas itu dengan membawa kehampaan, kerana katanya seminar itu "mengulangi komitmen-komitmen lama yang memang telah diketahui umum". Atau barangkali 'persepsi' Zolkharnain itu salah? Saya tak tahu, sebab saya tak hadir dalam seminar itu, makanya saya berfikir panjang membaca kenyataannya.
Seorang YDP kawasan bertanya saya, "Apa sebenarnya tujuan seminar itu?" Saya tanyakan dia semula, "Ustaz tak pergikah?" Dia jawab dia pergi. Ah, saya tak pergi ...
Apa pun, alhamdulillah, orang ramai mulai berfikir secara serius akan masalah yang sedang kita hadapi. Itu tanda-tanda dan ciri-ciri baik bagi sebuah masyarakat. Dan paling saya gembira ialah apabila Prof Dr Aziz Bari yang mengkritik Presiden Tuan Guru Abdul Hadi Awang begitu keras itu, diundang pula untuk menyampaikan pandangannya dalam seminar itu.
Tak usah fikir lainlah. Fikirkan kalau yang Aziz Bari kritik itu bukan Presiden PAS, tapi Presiden Umno. Apa akan jadi? Mungkinkah Umno akan undang Aziz Bari membentangkan pandangannya dalam seminar khas Umno? Saya tak fikir itu boleh berlaku dalam Umno. Sebaliknya Aziz Bari mungkin akan kehilangan jawatannya di Universiti Islam Antarabangsa.
Maka untuk itu saya fikir kita patut mengucapkan syabas kepada Tuan Guru Abdul Hadi Awang. Jelas dia seorang yang berhemah tinggi dan berjiwa besar. Teladan yang ditunjukkan itu, kita harap, akan menyemarakkan lagi ciri-ciri demokrasi dan kebebasan bersuara dalam PAS.
Tak mengapalah dengan kekecewaan dan kehampaan yang masih wujud di kalangan rakyat di sana sini. Itu tandanya harapan masih ada. Hanya kita perlulah memberikan perhatian yang lebih bersungguh-sungguh kepadanya. Yang terjadi telahpun terjadi. Kita terimalah realiti dan fakta itu, dan kita bekerjalah bagi mengembalikan semula harapan dan kepercayaan rakyat kepada kita
Bukan saja PAS. KeADILan pun sama. Sana sini timbul masalah "pemimpin yang bermasalah". Mula di Perak, kemudian di Pulau Pinang, kemudian di Kedah, dan sekarang di Selangor pula. Maka saya pun jadi terfikir juga - apakah ini semuanya terjadi secara kebetulan, atau kerana salah pimpinan masing-masing (PAS dan KeADILan), atau sebenarnya ini semua terjadi akibat daripada usaha 'underground' pihak Umno?
Saya terfikir begitu kerana saya dan kawan-kawan tidak mahu percaya bahawa para pimpinan peringkat atasan PAS boleh begitu mudah menimbulkan "masalah-masalah" itu. Kita macam tidak percaya? "Eh, takkan mereka boleh berfikir macam itu?"
Maka itulah kami pun berfikir bahawa "masalah" yang sedang berlaku dalam Pakatan Rakyat sekarang ini, ada kemungkinannya sebagai akibat daripada usaha halus dan tersembunyi di pihak Umno-BN. Mereka "membaca" di mana tersembunyinya kelemahan-kelemahan pihak yang memimpin PAS dan KeADILan sebagai manusia (kerana manusia itu mesti ada lemahnya), lalu mereka membuat serangan secara tersembunyi di sebalik helah-helah yang kelihatannya "baik" dan "lebih baik", demi untuk "Islam dan Melayu" - konon!
Tidak salah kita berfikir begitu. Kemungkinan itu memang ada. Bahkan saya lebih cenderung mempercayai kemungkinan itu. Memang kita boleh ketawa dengan slogan retorik Perdana Menteri Najib - Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan. Tetapi kita jangan pandang remeh dan lekeh kepada pemikiran dan strategi di belakang slogan itu.
Ketika harapan rakyat penyokong Pakatan Rakyat mulai pudar dan patah, tidak mustahil sebahagian mereka akan 'termakan' dengan slogan retorik itu. Sebab: kalau PAS dan KeADILan pun sama saja dengan Umno-BN, lebih baiklah sokong Umno-BN, dah tentu mereka lebih mampu untuk menolong rakyat, kerana mereka banyak duit.
Ha, kalau rakyat sudah berfikir seperti itu, bahaya besar. Bukan bahaya kecil, tapi bahaya besar. Maka eloklah kita cepat-cepat menyedarkan sesama kita, seperti yang disarankan al-Quran (surah al-'Asr), supaya kita sering ingat-mengingati, nasihat-menasihati.
Dan jangan cepat marah kalau orang menegur dan mengkritik kita. Jangan cepat melenting dan menuduh orang nak sabotaj kita. Contohi Presiden yang cool dan sabar mendengar orang mengkritiknya. Sekali lagi syabas Tuan Guru!
----Penulis boleh dihubungi dengan emel dinsman_49@yahoo.com.my atau SMS 0136362408
Isu UG selesai- Timb. Presiden
Beliau amat mengharapkan agar semua ahli dapat bersangka baik dan mengelakkan sebarang bentuk kesangsian buruk terhadap pimpinan. Ini kerana tegas beliau, Presiden telah menyatakan secara konsisten bahawa tiada kerjasama antara PAS dan UMNO untuk membentuk kerajaan perpaduan sepertimana yang telah diwar-warkan dan dimanipulasi oleh media termasuk beberapa blog tertentu.
Nasharudin, ketika ditemui di Majlis Sambutan 10 Tahun Jabatan IT PAS Pusat di Quality Hotel, Shah Alam amat berpuas hati dengan perjalanan Seminar Memperkasa Parti yang diadakan di Taman Melewar pada 7hb November 2009 yang lalu. Beliau berkata bahawa pandangan-pandangan yang diutarakan oleh ahli panel dan para perwakilan akan diperhalusi dan diambil sebagai satu muhasabah penting oleh kepimpinan dalam mengemudi parti Islam tersebut.
Beliau turut menegaskan bahawa intipati ucaptama yang disampaikan oleh Presiden PAS dalam seminar tersebut amat baik dan mampu merungkai permasalahan di dalam parti sekiranya difahami dan diperhalusi dengan terperinci oleh ahli. Sehubungan dengan itu beliau akan mencadangkan supaya setiap negeri dapat menganjurkan seminar yang sama dengan mengambil ucaptama Presiden itu untuk diwacanakan dan dibahas diperingkat akar umbi supaya PAS benar-benar diperkasakan bagi menghadapi pilihanraya ke13 nanti. – ANN
http://www.ann.com.my/
POEM: MY BELOVED HOLY QUR’AN
Pemuda PAS dan Prof. Aziz adakan pertemuan susulan
Meskipun mengakui kritikan Dr. Abdul Aziz terhadap PAS sangat keras, namun Nasaruddin yakin tindakan Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa itu bertujuan melihat PAS terus teguh dipersada politik negara."Saya menghargai kesudian dan kesungguhan Prof. Aziz Bari ini untuk memberi pandangan dan idea."Walaupun beliau bukan daripada orang dalam parti, tetapi melihat parti ini perlu bergerak aktif dan melakukan perubahan positif, " katanya lagi.Beliau juga turut mengakui ada sesetengah pandangan Dr. Abdul Aziz tidak dipersetujui DPP namun mereka mengambil sikap terbuka dan masing-masing saling menghormati perbezaan tersebut."(Perbezaan) itu tidak lah besar sangat, lebih kepada persepsi."Beliau ahli akademik membuat persepsi dari luar sedangkan kami dalam parti mempunyai pemerhatian sendiri.... apa yang penting kita tetap menghormati tulisan beliau," katanya.
- Harakahdaily
Selasa, 10 November 2009
Pembangunan yang merugikan rakyat
Projek-projek pembangunan yang dibiayai ’dana khas’ dan ’wang ehsan’ merupakan yang paling banyak mengalami kecacatan rosak dan runtuh.
Kerosakan besar yang berlaku adalah seperti runtuhnya atap Stadium Sultan Zainal Abidin, Pusat Akuatik Batu Burok yang bocor, siling lapangan terbang Sultan Mahmud yang tanggal, runtuhnya menara komunikasi di Tembila, Besut dan runtuhnya bumbung masjid di Kerteh.Manakala semakan Buletinonline mendapati, rata-rata masjid-masjid yang di bina pada zaman Idris mengalami kerosakan sebaik sahaja siap dan mula digunapakai.Antaranya adalah masjid Kristal yang mengalami kebocoran, masjid Hadhari, masjid Kampung Lingai, Batu Rakit dan masjid Kampung Bintang, Setiu.Manakala dalam kawasan Dewan Undangan Jerteh sendiri dimana Idris adalah wakil rakyatnya, pelbagai projek yang tidak munasabah yang dilaksanakan menjadi terbengkalai dan rosak.Antaranya pembinaan pasar besar Jerteh atau Jerteh Souq, bangunan Taman Selera di sisi jambatan Jerteh dan taman rekreasi ditebing sungai Jerteh berhampiran masjid Hadhari. Sebanyak enam buah wakaf di taman rekreasi Jabatan Parit dan Saliran (JPS) dibina menjadi lanskap bagi sebuah Masjid Hadhari disini, rosak ditenggelami airkerana dibina dalam lembah di tebing sungai Jerteh.Buletinonline dimaklumkan, Taman Rekreasi JPS dibina oleh Majlis Daerah Besut dengan kos lebih RM100 ribu.Seorang penduduk, Abdullah Mat Zin, 45, hairan bagaimana pembangunan sebuah Taman Rekreasi JPS yang dibina di tebing Sungai Jertih diluluskan.Ini kerana, katanya taman tersebut dibina terlalu rendah serta berada di bawah paras aliran air sungai berkenaan.“Saya rasa pelik macam mana pihak kerajaan boleh lulus buat Taman Rekreasi JPS ini. Mereka (kerajaan) buat di tempat rendah dan mudah ditenggelami air Sungai Jertih.“Jika air pasang atau hujan lebat sikit pun boleh tenggelam wakaf-wakaf serta Taman Rekreasi JPS itu,” jelasnya.Beliau mahukan pihak berkuasa seperti Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat.Selain Abdullah, seorang pesara kerajaan Mohamad Said, 63, berkata pembinaan wakaf dan taman rekreasi di tebing sungai Jerteh menjadi ‘bahan ketawa’ orang Jerteh.“Semua orang tahu, pada setiap tahun ketika musim hujan, air sungai Jerteh akan melimpah dan banjir akan berlaku,”pembinaan wakaf dan taman rekreasi tersebut, benar-benar tidak masuk akal,”katanya ketika ditemui.Beliau dimaklumkan pembinaan enam buah wakaf yang kini ditenggelami air Sungai Jertih tersebut mencecah harga RM20,000 sebuah.
Isnin, 9 November 2009
Wanita Iran: Pelihara Aurat, Maruah Terjaga
PRU ke-13:PAS rangka pelan kemenangan
Sabtu, 7 November 2009
Muhasabah Diri
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Orang yang pintar ialah orang yang menghitung dirinya serta beramal untuk hari selepas kematian sementara orang yang lemah ialah orang yang menikut hawa nafsunya serta beragan-angan terhadap Allah dengan angan-angan (yang banyak). (Riwayat al-Tarmizi).
Sesiapa yang bermuhasabah dirinya maka dia tidak akan meninggalkan ruang dan masa untuk dirinya melakukan perkara-perkara yang batil. Menyibukkan diri dengan ketaatan akan menghapuskan masa untuk membuat kejahatan. Dia akan mencela jiwanya di atas setiap kesalahan dan kekurangan yang yang dia lakukannya terhadap Allah Taala kerana takutnya diri ini kepada kekuasaanNya. Jika inilah keadaannya maka mana mungkin boleh didapati jalan dan ruang untuk membuat kesalahan dan kebatilan?
Berkata as-Sayyid Ahmad ar-Rifaie:
Daripada takut akan timbulnya muhasabah. Daripada muhasabah timbulnya muraqabah. Daripada muraqabah hati akan sentiasa sibuk bersama Allah Taala. (Kitab: al-Burhan al-Muayyad).Secara tegasnya muhasabah pasti akan menghasilkan perasaan bertanggungjawab terhadap Allah Taala dan rasulNya serta makhluk-makhlukNya. Melalui muhasabah juga manusia merasa diri mereka tidak diciptakan oleh Allah Taala dengan sia-sia. Setiap manusia pasti akan kembali semula kepada Allah Taala apabila telah sampai waktunya.
Firman Allah Taala bermaksud:
Setiap yang berjiwa (yang bernyawa) akan merasai mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sahajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga ia telah beruntung. Kehidupan dunai itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan. (Surah ali-Imran: Ayat 185).
Di dalam kesibukkan kita mengejar kekayaan dunia ini maka janganlah lupa juga untuk kita menyibukkan diri dengan mengingati Allah Taala. Perkara seperti inilah yang selalu dituntut oleh agama Islam.
Firman Allah Taala bermaksud:
Maka segeralah kembali kepada Allah maka sesungguhnya aku seorang pemberi peringatan yang nyata daripada Allah untukmu. (Surah adz-Dzaariyaat: Ayat 50).
Firman Allah Taala bermaksud:
Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dan hendaklah kamu bersama orang yang benar. (Surah at-Taubah: Ayat 119).
Adapun golongan sufi sentiasa menyibukkan diri dengan penghambaan dan pengabdian diri kepada Allah Taala. Mereka beriman di dalam perjalanan musafir ini menuju Allah Taala dengan bersungguh-sungguh dan ikhlas. Hati mereka sentiasa mengingati bahawa mereka akan kembali kepada Allah Taala pada setiap masa.
Firman Allah Taala bermaksud:
Di tempat yang disenangi (penuh kebahagiaan) di sisi tuhan (Allah Taala) Maha Kuasa. (surah al-Qamar: Ayat 55).
Berkata Syeikh Ahmad Zarruq:
Lalai dari bermuhasabah diri menyebabkan apa yang dilakukan menjadi silap. Kurang berbincang dengannya boleh membawa kepada adanya sifat redha nafsu atau rasa berpuas hati terhadapnya. Memerangi nafsu boleh menjauhkan daripada melekat pada diri dan tidak bersikap tegas terhadapnya menyebabkan dia menjadi pahlawan. Oleh itu lazimilah diri dengan sentiasa bermuhasabah dan berbincang serta beramallah dengan apa yang sahih tanpa bertolak-ansur terhadap perkara yang telah nyata salah. Ketika beramal jangan mencari sesuatu yang tidak jelas. (Kitab: Qawaid al-Tasawuf).
Demikianlah pentingnya muhasabah di dalam diri setiap individu. Tanpa muhasabah yang ikhlas maka seseorang itu akan sentiasa berasa diri tidak pernah melakukan kesalahan. Bermuhasabahlah diri dengan hati yang terbuka agar kita boleh memperbaiki kebatilan dan kelamahan diri sebelum diri kita menemui ajal.
Berkata Saidina Umar al-Khattab:
Hisablah diri kamu sebelum kamu dihisab. Timbanglah amalan kamu sebelum kamu ditimbang. (Kitab: Tahzib Madarij al-Salikin).