Tok Guru Kesayangan Ummah

Khamis, 12 November 2009

Isu UG selesai- Timb. Presiden

"SHAH ALAM, 9 Nov – Timbalan Presiden PAS, YB Ustaz Nasharudin Mat Isa menegaskan bahawa Kerajaan Perpaduan diantara PAS dan UMNO tidak mungkin boleh berlaku. Isu tersebut telah selesai dan ditutup rapat sepertimana yang telah dipersetujui oleh pucuk pimpinan parti Islam itu. Tetapi beliau juga mengakui bahawa polemik isu tersebut tidak akan selesai selagi ahli mempunyai prasangka buruk terhadap pimpinan dan mempercayai khabar-khabar angin lebih daripada pangakuan pemimpin sendiri
Beliau amat mengharapkan agar semua ahli dapat bersangka baik dan mengelakkan sebarang bentuk kesangsian buruk terhadap pimpinan. Ini kerana tegas beliau, Presiden telah menyatakan secara konsisten bahawa tiada kerjasama antara PAS dan UMNO untuk membentuk kerajaan perpaduan sepertimana yang telah diwar-warkan dan dimanipulasi oleh media termasuk beberapa blog tertentu.
Nasharudin, ketika ditemui di Majlis Sambutan 10 Tahun Jabatan IT PAS Pusat di Quality Hotel, Shah Alam amat berpuas hati dengan perjalanan Seminar Memperkasa Parti yang diadakan di Taman Melewar pada 7hb November 2009 yang lalu. Beliau berkata bahawa pandangan-pandangan yang diutarakan oleh ahli panel dan para perwakilan akan diperhalusi dan diambil sebagai satu muhasabah penting oleh kepimpinan dalam mengemudi parti Islam tersebut.
Beliau turut menegaskan bahawa intipati ucaptama yang disampaikan oleh Presiden PAS dalam seminar tersebut amat baik dan mampu merungkai permasalahan di dalam parti sekiranya difahami dan diperhalusi dengan terperinci oleh ahli. Sehubungan dengan itu beliau akan mencadangkan supaya setiap negeri dapat menganjurkan seminar yang sama dengan mengambil ucaptama Presiden itu untuk diwacanakan dan dibahas diperingkat akar umbi supaya PAS benar-benar diperkasakan bagi menghadapi pilihanraya ke13 nanti. – ANN

http://www.ann.com.my/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan