Tok Guru Kesayangan Ummah

Ahad, 15 November 2009

Pesanan Naib YDP Kawasan Besut.


Dalam sesi soal jawab, Naib YDP PAS Besut, Ustaz Adam sempat menyatakan beberapa pesanan dan peringatan kepada ahli jemaah sekalian. Antara pesanan beliau ialah menyentuh berkaitan peranan kita sebagai seorang pejuang yang ingin menegakkan agama Allah di muka bumi ini. Beliau berpesan agar kita sentiasa mendekatkan diri kepada Allah swt agar sentiasa berada dalam rahmatNYA.


Beliau juga bersetuju dengan pendapat yang diutarakan oleh Ustaz Arifin Deraman, bahawa sebagai pendukung gerakan Islam wajiblah kita bersifat dengan peribadi atau akhlak Islam. Di situlah terletak kekuatan kita. Remaja Islam mestilah ditanam dengan akhlak-akhlak Islam agar menjadi daya penarik atau penyebab kepada masyarakat untuk mendekati dan seterusnya menghayati Islam yang syumul ini.


Semoga pendukung gerakan Islam sentiasa melakukan muhasabah, dan memperbaiki diri dari masa ke semasa dalam kita melakukan tugas-tugas amal islami.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan