Tok Guru Kesayangan Ummah

Selasa, 17 November 2009

Ibrahim Ali cadang bahagi dengan perompak - Wang Ihsan Petroleum Dicadang Dibahagi Dua

KUALA LUMPUR: Seorang anggota Parlimen hari ini mencadangkan agar wang ihsan petroleum yang akan diberikan kepada Kelantan mulai tahun depan dibahagi dua iaitu 50 peratus kepada Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) dan selebihnya kepada kerajaan negeri.Datuk Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) berkata ia bagi memastikan wang ihsan itu diberikan dengan adil serta dapat mengelakkan perasaan tidak puas hati manamana pihak.
"Berapa jumlah wang ihsan ini? Kalau RM200 juta, RM100 juta pergi ke JPP dan RM100 juta lagi beri kepada kerajaan negeri dan pembahagiannya janganlah bertindih.
"Kalau JPP, tumpu pada program basmi kemiskinan dengan buat rumah rakyat, beri bantuan pendidikan. Kerajaan negeri pula boleh gunakan untuk pembangunan prasarana seperti baiki jalan raya," katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2010 di peringkat jawatankuasa di Dewan Rakyat di sini hari ini.
Ibrahim berkata program pembasmian kemiskinan dan pembangunan prasarana itu boleh dilaksanakan menggunakan wang daripada tabung wang ihsan melalui kerajaan negeri dan dipantau oleh kerajaan persekutuan.
"Jadi adil...masing-masing ada peranan, kalau tidak ini tidak puas hati, itu tidak puas hati, semua politik, yang menderita akhirnya orang kampung," katanya yang berharap agar kerajaan mempercepatkan proses pemberian itu untuk kegunaan rakyat di Kelantan. Sumber-BERNAMA

Tubuh JPP tu sudah tak adil bagi rakyat Kelantan. menganggu tugas kerajaan negeri. Berkenaan dengan pembahagian "wang ihsan", jangan kata 50-50, bagi 1% kepada JPP pun memang tidak adil. Adil bukan sama banyak Dato' Paduka oii... adil tu letak biar pada tempatnya.

Masalah yang utama ialah mengapa Kerajaan 1Malaysia menukarkan Royalti kepada 'wang ihsan'? Tidak lain, melainkan kerana kerajaan pusat tidak sebulu dengan kerajaan negeri. Jadi kalau mahu adil, berilah apa yang menjadi hak kerajaan negeri iaitu ROYALTI. Ikutlah apa yang termaktub dalam perjanjian, itu baru adil namanya...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan