Tok Guru Kesayangan Ummah

Jumaat, 20 November 2009

Siswa UM ditahan polis kes 'puaka'

Oleh Abdul Rahim Sabri

Seorang lagi pelajar Akademi Pengajian Islam (API) Universiti Malaya, yang dikehendaki polis berhubung siasatan kes menconteng perkataan "bini puaka" di sebauh dewan, berjaya ditahan hari ini. Muhammad Saufi Jelani ditahan oleh lima anggota polis di bangunan peperiksaan universiti itu kira-kira jam 10.30 pagi, selepas menduduki kertas terakhir semester ini. Beliau, pelajar terakhir ditangkap daripada sekumpulan lima orang yang disiasat berhubung kes tersebut, kemudian dibawa ke balai polis Jalan Pantai Baru, kira-kira 200 meter di depan kampus tersebut.

Exco Persatuan Mahasiswa Islam UM Mohd Syafie Hashim memberitahu Malaysiakini di kampus tersebut, beliau telah cuba menelefon Muhammad Saufi tetapi seorang anggota polis memaklumkan bahawa pelajar API itu sedang disiasat.Difahamkan dua pemimpin mahasiswa UM sedang berada di balai polis tersebut untuk mengikuti perkembangan penahanan pelajar berkenaan di balai polis tersebut.


Polis menjejaki suspek berhubung siasatan kes contengan perkataan-perkataan "C4", "bini puaka" dan "pembunuh Altantuya" di dinding sebuah dewan UM pada Jun lalu. Selain menceroboh dewan utama API awal pagi 24 Jun lepas, siasatan polis juga berhubung simbahan petrol di permaidani merah yang bakal dilalui isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor untuk satu program di dewan tersebut. Kejadian itu berlaku beberapa jam sebelum dewan tersebut digunakan oleh isteri Datuk Seri Najib Razak untuk program derma kanak-kanak Palestin, jam 9 pagi Rabu itu.

Pada 30 Jun lalu, dua pelajar API dituduh di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan bagi kesalahan khianat yang menyebabkan kerosakan sekurang-kurangnya RM25.Mohd Izzuddin Hilmi dan Mohd Syahruldeen Ahmad Rosli juga dihadapkan bawah Seksyen 436 kanun yang sama iaitu kesalahan khianat dengan api atau benda letupan dengan niat merosakkan harta benda.Seksyen 427 membawa hukuman dua tahun penjara, sementara Seksyen 436 mengakibatkan maksimum 20 tahun penjara. Kesalahan itu juga boleh didenda, jika disabitkan.- Malaysiakini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan