Tok Guru Kesayangan Ummah

Sabtu, 14 November 2009

DAURAH TADRIBIYYAH- Peringkat DUN Kota Putera

Daurah Tarbiyyah Dun Kota Putera telah diadakan di Markaz Benting Lintang, Besut. Majlis ini dimulakan dengan perbentangan kertas kerja oleh Ustaz Aziz b. Abas, selaku pengerusi MTD DUN Kota Putera.

Selepas solat Isya', Perbentangan kertas kerja yang bertajuk Usrah dan Kepentingannya oleh Ustaz Arifin Deraman, yang di pengerusikan oleh Ustaz Adam b Mat Said. Ustaz Arifin berasa bersemangat dengan kehadiran pada malam ini.
Beliau menekankan peri pentingnya usrah. Usrah dapat meningkatkan kefahaman kita tentang Islam yang kita perjuangkan. Disamping itu, tidak lupa juga dalam kita berusrah, hendaklah kita membetulkan niat kita iaitu ikhlas kerana Allah semata-mata. Setiap cawangan atau paling tidak pun setiap UPU mesti mengadakan program usrah bagi memastikan kesinambungan perjuangan Islam dapat diteruskan.

para hadirin khusyu' mendengar penerangan yang disampaikan oleh Ustaz Arifin Deraman.

kehadiran yang membanggakan, semoga Allah memberi manafaat kepada segal usaha kita.. amin

tambah ustaz.. nak balik jauh lagi nun

Tiada ulasan:

Catat Ulasan