Tok Guru Kesayangan Ummah

Sabtu, 21 November 2009

Kementerian kenalpasti punca taun

KUALA TERENGGANU- Kementerian Kesihatan telah mengenalpasti beberapa punca yang menyebabkan berlakunya penularan penyakit taun di Terengganu, antaranya penggunaan ikan yang dicemari kuman 'Vibrio Cholera' untuk membuat keropok.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata keputusan makmal mendapati sampel ikan yang diambil daripada dua kilang keropok di negeri itu didapati positif terhadap kuman Vibrio Cholera, kemungkinan berpunca daripada ikan yang dicemari kuman itu yang dibawa masuk dari Thailand.
"Ini mungkin berlaku melalui Kompleks Perikanan Chendering yang membekalkan ikan ke daerah Kuala Terengganu dan Marang. "Selain itu, sampel ayam mentah yang diambil dari Pasar Borong Gong Pauh di Wakaf Mempelam, sampel swab di dua kilang ais di negeri itu juga didapati positif kuman berkenaan," katanya kepada pemberita selepas melawat pesakit di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini, hari ini. Beliau berkata 20 premis juga telah diarahkan tutup membabitkan 11 kilang ais, dua kilang keropok dan selebihnya kedai-kedai makanan. -BERNAMA-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan