Kejadian bakar gereja sepatutnya tidak berlaku. Bagi umat Islam yang benar-benar memahami Islam, pasti tidak akan melakukan perkara yang ditegah oleh agama.
Rasulullah pernah berpesan kepada sahabat-sahabat baginda supaya tidak memusnahkan kebun-kebun tanaman dan tempat-tempat ibadat agama lain semasa perang, Apakah memusnahkan tempat ibadat agama lain dibolehkan dalam keadaan aman? Hal ini jelas merupakan suatu larangan bagi umat Islam.
Serangan terhadap tiga gereja, satu daripadanya menyebabkan kebakaran teruk, hari ini bercanggah dengan Islam, kata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang."Tindakan yang bercanggah dengan Islam ini, hanyalah dilakukan oleh orang yang tidak faham terhadap agama mereka sendiri," katanya, mengulas insiden mengejutkan itu.
"Ahli-ahli dan penyokong PAS di seluruh negara, serta rakyat keseluruhannya perlulah senantiasa diingatkan agar bertenang dan tidak terpengaruh dengan tindakan provokatif pihak-pihak tertentu."
Kepada pihak berkuasa, segeralah melakukan siasatan agar segala pemasalahan ini dapat dirungkaikan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan