Tok Guru Kesayangan Ummah

Isnin, 11 Januari 2010

Bebaskan Al Quds

Oleh Nasrudin Hassan at Tantawi

1. Sewaktu saya menyerahkan memorundum kepada Duta Mesir Hani Abd Kader di Pejabat Kedutaannya , beliau bertanya kepada saya :

" Kamu ni Nasrudin , saya tahu kamu belajar di Mesir dan kamu kenal Mesir . Sekarang kamu nak sokong Mr. Galloway yang bukan Islam atau Husni Mubarak sedang ia seorang muslim ."

2. Kemudian dia berpaling kepada Yb. Salahuddin Ayub : Kamu tahu tahu berapa ramai orang Mesir dibunuh oleh Israel .....

3. Saya dan Yb. Salahudin cuba memberi penjelasan bahawa bantahan kita bukan untuk mempertahan dan menjulang Mr. Galloway tetapi yang kita perjuangkan ialah nasib ummat Islam di Palestine . Sementara George Galloway telah memimpin VIVA Palestine untuk membawa bekalan ubatan , makanan dan minuman kepada ummat Islam di Palestine .

4. Harapkan Mesir sebagai sebuah kerajaan besar mewakili ummat Islam di zaman ini , apakah usaha berkesan Mesir untuk memastikan penindasan dan kekejaman Israel ke atas ummat Islam di Palestine khususnya Gaza ? Sehingga hari ini entah berapa jenis perjanjian damai telah dilakukan dan dimateri di Mesir tetapi sehingga kini masih belum merubah apa - apa .

5. Sebaliknya Mesir semakin dilihat menjadi boneka kepada Yahudi dan Amerika . Menghalang rombongan VIVA Palestine dan menyusahkan usaha mereka membawa masuk sumbangan untuk ummat Islam adalah sebahagian dari tindakan yang mendapat kecaman dari seluruh ummat Islam . Tidak timbul nak sokong Galloway atau Husni Mubarak justeru isunya ialah Galloway membawa bekalan makanan dan ubat kepada penduduk Gaza sedang Kerajaan Mesir menghalang dan menyusahkannya

http://episodeperjuangan.blogspot.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan