Jumaat 8 Jan- Pemuda Cawangan Gelam Mas telah menganjur satu jamuan makan malam bertujuan mengumpul dana PASTI Al-Usrah Gelam Mas, Kampung Raja Besut.
Mohd. Salizan Sulaiman (gambar) Ketua Pemuda DUN Kota Putera, menyatakan beliau berasa bangga dengan sikap yang ditujukkan oleh pemuda cawangan Gelam Mas. "Walaupun golongan pemuda masa kini diserang dengan pelbagai pemikiran yang karut-marut tetapi pemuda PAS, khususnya pemuda cawangan Gelam Mas masih mampu lagi mempertahankan jati diri mereka sebagai pemuda Islam" ujarnya.
"Selain daripada mengumpul dana PASTI, jamuan ini bertujuan beramah mesra dengan pemuda-pemuda cawangan" tambahnya lagi.
Beliau juga berharap program-program seperti ini dapat diperbanyakkan lagi bagi menyahut slogan "ORANG MUDE GENG KITE".
Dua dari kiri Ketua Lajnah Penerangan Pemuda Besut, Ust Ridhuan b. Mat Yazid
"ORANG MUDE GENG KITE"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan