SHAH ALAM - Kerajaan Kelantan tetap mahu menuntut pembayaran wang royalti minyak walaupun Kerajaan Pusat mengumumkan pemberian wang ihsan.
Menurutnya, pemberian wang ihsan dalam bentuk projek pembangunan itu bertentangan dengan Akta Petroleum 144 yang memberikan peruntukan lima peratus kepada negeri pengeluar minyak.
“Jika pemberian wang ihsan dilaksanakan, Kerajaan Negeri tidak dapat menentukan projek pembangunan negeri kerana wang terus dimasukkan ke Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) dan segala projek pembangunan ditentukan sepenuhnya oleh Kerajaan Pusat,” katanya.
Salahuddin turut mendakwa JPP sebagai badan yang membela kroni Barisan Nasional (BN).
“Kerajaan Negeri akan terus mendesak wang royalti dibayar kepada akaun Kerajaan Negeri, secara tunai dua kali setahun dan akan terus memperjuangkan hak wang royalti atas dasar semangat federalisme,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan