Tok Guru Kesayangan Ummah

Sabtu, 16 Januari 2010

ALLAH KRISTIAN: SATU PENGALAMAN NGERI

Oleh: YB Zulkifli Noordin

Salam 2 all.

Saya menerima satu kisah dari seorang Melayu yang pernah hidup di Indonesia. Dan pengalaman beliau benar-benar suatu iktibar dan pengajaran yang sangat berguna untuk kita di Malaysia. Walaupun peristiwa yang diceritakan itu berlaku di Indonesia, saya tidak hairan bahawa suatu hari nanti ia akan berlaku di Malaysia, tambahan melihat ada haprak dikalangan Melayu yang begitu beriya-iya nak menyokong puak-puak Kristian ini.!!

Saya lihat apa yang beliau ceritakan benar-benar menepati konsep 'uruf al balad yang menjadi dalil saya menentang penggunaan kalimah ALLAH oleh segelintir Kristian di Malaysia ini. Iaitu kita mesti melihat isu ini dalam konteks masyarakat setempat..iaitu masyarakat Malaysia sendiri.

Satu perkara yang jelas, bagi puak Kristian ini, nama ALLAH hanyalah satu terminologi; tapi bagi kita umat Islam ianya satu aqidah! Terminologi boleh ditukar ganti, tapi aqidah tetap sebati.

Puak Kristian berkeras mahu mengguna nama ALLAH sebagai satu terminologi ketuhanan Triniti-Tuhan Bapak, Tuhan Anak & Roh Suci. Itu adalah perbuatan syirik dan kufur kepada ALLAH. Dan bagi Melayu. Yang menyokong, ini bermakna kamu setuju dan redho dengan perbuatan mensyirik dan menyengutukan ALLAH. Dan "Arridho bil kufr..kufr: redho dengan kekafiran itu kafir namanya".

Amaran dan peringatan saya kepada Melayu yang menjadi penyokong dan pendokong para Kristian ini, kamu mungkin sudah melakukan suatu perbuatan syirik dan kufur atas keredhoan kamu. Dan kata Dato' Dr. Harun Din, itu kafir namanya!! Na'uzubillah min zalik.

Zulkifli Bin Noordin
Sabtu
29 Muharram 1431
16 Januari 2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan