Tok Guru Kesayangan Ummah

Khamis, 21 Januari 2010

Bajet 2010: Kerajaan bazir RM1 bilion

SHAH ALAM - Pas menyifatkan kerajaan bazir RM1 bilion dalam bajet 2010, bagi memajukan sukan F1 yang bukan untuk kepentingan atau faedah rakyat keseluruhannya.

Ketua Penerangan Pas Pusat, Idris Ahmad berkata, beliau kesal: :mengenai dasar meringankan beban tanggungan subsidi gula oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) dengan menaikkan harga gula 20 sen.

“Dasar ini menunjukkan BN cuba melepaskan tanggungjawab ekonomi mereka terhadap rakyat.

“Mungkin pandangan kerajaan kenaikan harga 20 sen adalah nilai kecil bagi sekilogram gula, tetapi ia dianggap besar dan merisaukan rakyat kerana bukan gula saja yang ingin dibeli setiap bulan,” katanya dalam kenyataan media kepada Sinar Harian, semalam.

Idris berkata, kerisauan ini akan terus berlaku kerana harga gula tanpa subsidi boleh berubah dan harga keperluan lain seperti tepung, beras, minyak masak dan sebagainya berkemungkinan akan meningkat.

“Dasar BN yang mengurangkan beban subsidi gula dan akan memperkenalkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) juga tidak digemari rakyat.

“Pas memahami kesulitan kerajaan sekiranya mereka (BN) tiada wang untuk memerintah disebabkan banyak pembaziran sebelum ini,” katanya.

Menurutnya, sebarang kenaikan tidak wajar dilakukan kini kerana negara masih mampu dan penjimatannya sepatutnya disalurkan bagi kepentingan rakyat. :

“Walaupun kerajaan bangga mengatakan penjimatan RM 1.3 bilion bagi tanggungan subsidi gula, tetapi pelaburan RM1 bilion bagi sukan F1 itu adalah perbelanjaan hangus yang hasilnya tidaklah seberapa,” katanya.

Katanya, Pas mahu kerajaan meningkatkan integriti dan memperbaiki bajet negara agar tidak membebankan rakyat.

“Kerajaan harus bijak menggunakan wang cukai rakyat dan tidak meminta rakyat berjimat sedangkan kerajaan membazir,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan