Tok Guru Kesayangan Ummah

Khamis, 7 Januari 2010

Iktibar dari kemalangan DS Nizar

IPOH, 7 Jan: Kemalangan yang menimpa YB Dato’ Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin merupakan suatu takdir Illahi.Sama takdirnya, dengan jatuhnya Kerajaan Perak yang Dato’ Seri pimpin setahun yang lalu.

Dan malapetaka yang berlaku kepada beliau adalah di hadapan Hotel Casuarina (berdekatan bangunan UMNO PERAK).Adakah ini suatu kebetulan?Dengan penghakiman kes pencabulan demokrasi Negeri Perak masih belum selesai, seharusnya peribadi Dato’ Seri dijaga rapi terutamanya dalam aspek keselamatan diri dan keluarga beliau.

Tanpa mengaitkan kemalangan ini dengan unsur politik, semua kepimpinan PAS termasuk pihak Pas negeri, pusat khidmat masyarakat Dun Pasir Panjang dan Parlimen Bukit Gantang perlu memastikan beliau diiringi oleh seorang pengawal peribadi atau pemandu bagi segala urusan beliau.

Ini perlu bagi memastikan keselamatan beliau terpelihara.Sebagai suatu pengiktibaran, Almarhum Dato’ Prof Zulkifli Mohammad dan isteri juga mati disebabkan kecelakaan jalan raya.Sehinggakan kecelakaan beliau itu dikaitkan dengan motif politik yang memaksa kerajaan ketika itu dibawah kepimpinan Perdana Menteri, Almarhum Tunku Abdul Rahman terpaksa membuat ucapan dalam Dewan Parlimen menerangkan kematian Zulkifli Muhammad bukannya kerana angkara perbuatan khianat.

Ingatan ini bukan sama sekali menafikan takdir Illahi, kerana kita tahu jika takdir Illahi sudah sampai “Ia tidak akan dipercepat dan diperlambat walaupun sesaat” Walaubagaimanapun sebagai manusia yang diberi akal dan fikiran yang waras, kita boleh berusaha menghindarinya.Sekian, terima kasih

Mohd Ikhmal bin Mohd Iskandar
Mantan Setiausaha PAS Jalan Yadi Sungai Udang

1 ulasan:

  1. Respon kepada kenyataan Blogger UMNO yang menyatakan kemalangan Nizar disebabkan UMNO

    Kenyataan saya berkenaan Iktibar daripada kemalangan YB Dato Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin
    (http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=24074:iktibar-daripada-kemalangan-nizar&catid=27:surat-pembaca&Itemid=46)
    Respon kepada moderator blog yang menyalahtafsir kenyataan saya
    1. www.pisau.net
    (http://www.pisau.net/2010/01/nizar-kemalangan-di-sebabkan-umno.html)

    2. Panglima Perang Cyber
    (http://penembak-tepat.blogspot.com/2010/01/edisi-hangat-kemalangan-nizar-dirancang.html)

    Dalam surat yang saya hantar kepada harakahdaily.net mengulas kemalangan YB Dato Seri Ir Mohammad Nizar yang berlaku pada 7 Januari 2010, tiada mana-mana prasa atau ayat yang mengaitkan kejadian ini dengan perbuatan khianat UMNO ataupun bermotifkan politik.

    Masyarakat mengetahui punca kejadian adalah disebabkan YB Dato Seri cuba mengelak daripada sebuah kereta Volvo yang datang dari arah bertentangan. Cuba kebetulan kejadian itu berlaku berhampiran Bangunan UMNO Perak dan Hotel Casuarina.

    Dalam hal ini, saya hanya mengulas daripada sudut peri-pentingnya menjaga keselamatan YB Dato Seri daripada sebarang ancaman, bahaya dan malapetaka. Dan tanggungjawab itu perlu dipikul secara amnya kepada Pakatan Rakyat Perak dan khususnya kepada kepimpinan PAS Negeri, Pusat Khidmat Masyarakat Dun Pasir Panjang dan Parlimen Bukit Gantang.

    Kecelakaan yang menimpa Prof Dato Zulkifli Mohamad juga diketahui mencetuskan polimek yang hebat ketika itu sehingga memaksa Almarhum Perdana Menteri mengeluarkan kenyataan di Dewan Parlimen yang menafikan sebarang unsur khianat yang berlaku dalam kejadian itu. Dan sebagai ahli Pas yang sayangkan pemimpinnya, takkan kita tidak belajar sesuatu daripada kejadian itu.

    Disini sekali lagi saya tegaskan, saya menafikan sekeras-kerasnya yang menyatakan Kemalangan YB Dato Seri Ir Mohamad Nizar bermotifkan politik apatah lagi didalangi oleh UMNO

    Sekian, terima kasih.
    Mohd Ikhmal bin Mohd Iskandar
    Mantan Setiausaha PAS Jalan Yadi Sungai Udang

    BalasPadam