Tok Guru Kesayangan Ummah

Isnin, 11 Januari 2010

OIC didesak bantah dasar imigran AS

ISLAMABAD - Setiausaha Agung Liga Muslim Pakistan-Q (PML-Q), Mushahid Hussain Sayed kelmarin mendesak Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) menghantar delegasi menemui Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama berhubung dasar baru imigran di AS.

"OIC sepatutnya memandang serius perkara ini kerana ia adalah penghinaan dan tidak boleh diterima. Ia hanya akan memulakan gelombang baru perang dingin antara Barat dan dunia Islam," katanya.

Mushahid mengkritik dasar imigran AS sebagai bercanggah dengan Piagam Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Menurutnya, OIC sepatutnya membantah dasar penghinaan ini manakala kerajaan Pakistan perlu melihat isu ini secara serius.

Mushahid juga mempertikaikan reaksi Washington yang sering mengambil tindakan tidak wajar terhadap penganut Islam.

Beliau berkata, AS kini meningkatkan jumlah musuh berikutan serangan dan campur tangan di Pakistan.

"Tinjauan terbaru mengenai serangan AS di negara ini menunjukkan bagi setiap seorang pengganas, 10 penduduk maut diserang pesawat pengintip," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan