Tok Guru Kesayangan Ummah

Jumaat, 15 Januari 2010

Korban gempa bumi di Haiti lebih 100,000

PORT-AU-PRINCE - Lebih 100,000 orang dikhuatiri maut akibat gempa bumi kuat berukuran 7 skala Richter yang melanda Port-au-Prince, ibu kota Haiti, kelmarin.

Mangsa-mangsa terselamat terpaksa bermalam di atas jalan bersama beribu-ribu mayat ketika bencana masuk malam kedua, semalam.

Kebanyakan bangunan di ibu kota musnah sama sekali, termasuk bangunan sekolah, hotel dan istana Presiden.

Orang ramai dirayu supaya membantu mengeluarkan mangsa terperangkap di sebalik runtuhan konkrit.

Ketika masa semakin suntuk, operasi bantuan asing mula bertindak dengan pasukan penyelamat membawa jentera pengangkut dan ubat-ubatan serta makanan.:

Jumlah sebenar kematian dan kehilangan nyawa ketika ini adalah mustahil ditentukan.

Namun, Perdana Menteri Haiti, Jean-Max Bellerive memberitahu CNN bahawa jumlah kematian terkini adalah melebihi 100,000 orang.:

Presiden Rene Preval pula menganggarkan jumlah kematian sekitar 50,000 orang.

Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Hillary Clinton membandingkan bencana terbaru itu dengan tragedi tsunami yang menyebabkan lebih 220,000 orang terkorban lima tahun lalu.

Sama seperti penduduk Haiti lain, Preval ketika ini masih tiada tempat berteduh selepas rumahnya dan istana Presiden musnah akibat gempa bumi itu.

"Parlimen musnah. Pejabat cukai musnah, sekolah musnah, hospital musnah. Semuanya musnah," kata Preval.

Ketika beribu-ribu orang hilang, mangsa-mangsa terselamat dilihat berada dalam kebingungan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan