Tok Guru Kesayangan Ummah

Sabtu, 9 Januari 2010

Lebih 1000 orang berhimpun bantah Mesir







Lebih seribu orang berhimpun secara aman di hadapan Kedutaan Mesir di ibu negara hari ini bagi menyerahkan memorandum membantah tindakan kerajaan negara itu yang bersekongkol dengan Israel menindas umat Islam Palestin.Himpunan anjuran Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) itu bermula di perkarangan Kompleks Tabung haji selepas solat Jumaat tengahari tadi dan seterusnya berarak ke Kedutaan Mesir.Perarakan diketuai Ketua DPPP, Nasrudin Hassan dan Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub.

Himpunan kali ini bagi membantah tindakan kerajaan Mesir yang menghalang pasukan konvoi Palestin di Pelabuhan El-Arish, yang mahu menghantar bantuan kemanusiaan seperti makanan, ubat-ubatan dan peralatan persekolahan bernilai lebih AS$1 juta kepada rakyat di sana.
Laungan takbir dan 'Hhidup Islam', 'Hancur Yahudi, 'bebasPalestin,bebas Al Aqsa, 'hancur Hosni Mubarak' bergema dalam perarakan itu.Mereka ketika ini sedang menunggu untuk menyerahkan memorandum kepada wakil Kedutaan Mesir sambil menyanyikan lagu Al-Amalulillah dengan penuh semangat.
Kelihatan pihak keselamatan mengawal baik himpunan dengan menjaga lalu lintas untuk memberi laluan kepada peserta himpunan.Manakala pasukan Unit Amal menjadi barisan hadapan dan menjaga keselamatan peserta himpunan.

DPPP meminta pihak Kedutaan membenarkan lima wakil mereka masuk untuk meyerahkan memorandum namun hanya empat orang sahaja yang dibenarkan masuk.Mereka ialah Salahudin, Nasrudin, Timbalan DPPP, Azman Shapawi Abdul Rani dan Ketua Muslimat, Nuridah Salleh.
Memorandum berkenaan berjaya diserahkan kepda Duta Mesir,Hani Abdel Kader Ahmed sendiri.Himpunan bersurai jam 3.30 petang tadi dalam keadaan aman.

Petikan Harakahdaily

Tiada ulasan:

Catat Ulasan