Tok Guru Kesayangan Ummah

Jumaat, 8 Januari 2010

Awas!!! peminat kopi powerrrrr

AWAS!!!! inilah rasa-rasanya tajuk yang paling sesuai kepada peminat-peminat kopi-kopi power ni, khususnya kaum lelaki. Ianya bukan sahaja boleh menyebabkan penyakit kronik tetapi boleh menyebabkan maut.

Kopi yang berharga RM20 secawan ini dikatakan mampu 'menguatkan' kejantanan kaum lelaki. Difahamkan kopi ini dacampur dengan bahan terlarang iaitu seldinafi bagi meningkat kejantanan kaum lelaki, namun hal ini sebenarnya boleh mengundang 1001 masalah kepada pengguna bahan terlarang ini.


Mati kerana untuk 'kesedapan' seketika, rugi jugak hidup ni, tapi kalau kerana untukmembela agama berbaloi jugak... fikir-fikirkanlah...






KUALA LUMPUR: Secawan kopi susu biasanya dijual RM1.20 saja, namun kini timbul tanda tanya apabila muncul sejenis kopi istimewa mencecah RM20 secawan sehingga menimbulkan persoalan mengenai ramuan misterinya.

Persoalan itu terjawab apabila produk kopi yang diuar-uarkan mampu mengembalikan kejantanan suami di ranjang disahkan mengandungi racun berbahaya sildenafil yang dipercayai menjadi ramuan sulit syarikat pengeluar dan pengedarnya bagi melariskan jualan.

Bahan kimia terlarang itu yang boleh menyebabkan mati mengejut sering dicampur pembekal haram dalam serbuk kopi selepas didapati berupaya meningkatkan keinginan seksual lelaki walaupun pada masa sama mengundang 1,001 kesan sampingan berbahaya.

Penjualan ‘kopi batin’ terbabit terbongkar selepas sepasukan 10 pegawai Bahagian Penguat Kuasa Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyerbu sebuah syarikat berpejabat di Jalan Gombak di sini yang dikesan menjadi pengedar utama kopi maut terbabit.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan