Tok Guru Kesayangan Ummah

Selasa, 19 Januari 2010

Usah pertikai kalimah Allah

KUANTAN - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa kontroversi kalimah Allah sengaja ditimbulkan oleh UMNO untuk menunjukkan bahawa parti itu adalah pejuang Islam yang sebenar.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berkata, UMNO juga menjadikan isu berkenaan untuk menggugat kepercayaan rakyat kepada parti pembangkang yang kononnya gagal menangani kontroversi tersebut.

Menurutnya, penggunaan kalimah Allah sudah diguna beribu tahun lalu oleh penganut Kristian di Mesir malah tiada sebarang masalah timbul berhubung perkara tersebut.

“Saya merujuk kepada ulama Islam dunia iaitu Sheikh Yusuf Al-Qaradawi mengenai perkara tersebut dan beliau sen:diri menyatakan bahawa kalimah Allah tidak salah digunakan oleh orang buk:an Islam. Saya menganggap ia adalah isu yang sengaja direka oleh UMNO untuk menghangatkan suasana politik negara," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penutup Konvensyen PKR Negeri Pahang di sini, semalam.

Turut hadir Pengerusi PKR Pahang, Datuk Fauzi Abdul Rahman, bekas Menteri Kesihatan, Datuk Chua Jui Meng dan Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution.

Anwar yang juga Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR) berkata, isu kalimah Allah juga terlalu banyak digembar-gemburkan oleh media sehingga menimbulkan kemarahan orang Melayu.

Katanya, UMNO menganggap PR sudah longgar sehingga sanggup menggadaikan kalimah Allah kepada orang bukan Islam.

“Mereka boleh mengatakan apa sahaja malah boleh menyebarkan pelbagai isu untuk menutup kesilapan mereka.

“Yang penting, PKR mempunyai pandangan tersendiri dan melihat perkara ini selesai serta tidak perlu dikontroversikan,” katanya.

Pada konvensyen tersebut, Anwar menegaskan bahawa PKR meletakkan usaha yang komited untuk menawan Putrajaya pada 2011.

“Kita sedang beru:saha ke :arah itu malah setiap cabang akan melaksanakan tanggungjawab masing-masing untuk mendekati masyarakat termasuk golongan muda dan wanita,” katanya.

Konvensyen yang diadakan di negeri ini adalah konvensyen terakhir yang mengakhiri siri jelajah PKR ke setiap negeri bagi menyatakan pendirian dan kesetiaan terhadap perjuangan parti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan